Monday, November 26, 2018

PERHIMPUNAN REFORMASI TEKSI AKAN TETAP DIADAKAN.

Kami menghormati keputusan Dato Sham yang telah memberi jaminan tidak akan melakukan sebarang protes atau bantahan sehingga 1 Januari tahun depan oleh semua pemandu teksi di bawah syarikat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd. Tetapi tidak bererti beliau boleh menghalang kami menuruskan Perhimpunan Reformasi Teksi pada 19/12/2018 ini.

Kami dari Gabungan Teksi Se'Malaysia - GTSM akan tetap mengadakan Perhimpun tersebut di setiap Negeri pada 19/12/2018 sebagai tanda bantahan kami terhadap keangkuhan YB Anthony Loke yang sehingga ke hari ini masih tidak mahu mengadakan sebarang perbincangan dengan pihak kami, serta gagal menyelesaikan masalah berkaitan e-hailing khususnya isu ketidaksamarataan peraturan diantara pemandu kami dengan pemandu kereta sapu e-hailing.

Sebenarnya kami melahirkan rasa kesal terhadap Dato Sham kerana beliau tidak menghormati nasihat dari kami supaya membatalkan perjumpaan bersama YB Anthony Loke yang difatkan tidak tulus dan tidak rasmi.

Perjumpaan tersebut seharusnya diadakan di Pejabat MOT secara rasmi serta dihadiri oleh kami semua supaya segala keputusan yang dibuat lebih transperan dan boleh diminitkan. Tetapi Dato Sham telah membuat keputusan bersendirian dan tidak mahu menghormati pandangan kami.

Kami menyifatkan perbincangan diantara Dato Sham dan YB Anthony Loke siang tadi di perkarangan Parlimen selepas waktu kerja sebagai satu perbincangan tidak rasmi dan tidak lebih seperti sembang petang di kedai kopi.

Ini adalah kali kedua perbincangan berkaitan industri teksi cuba dibuat diluar Pejabat MOT.

Kali pertama pada 8 Nov 2018 ketika kami ke MOT, kami dimaklumkan oleh wakil MOT, sepatutnya kami tidak dibenarkan berbincang di dalam bangunan MOT atas arahan orang atasan, kami hanya dibenarkan berurusan dengan MOT diluar bangunan MOT.

Dan hari ini sekali lagi isu teksi dibincangkan diluar bangunan MOT dan tidak diminitkan. Kami tidak yakin apa yang dibincangkan dan dipersetujui oleh Dato Sham dan YB Anthony Loke mampu menyelesaikan masalah kami.

Kesimpulan :
Kami akui Dato Sham boleh mewakili semua pemandu teksi dibawah Big Blue Taxi Service Sdn Bhd, tetapi beliau tidak mewakili seluruh warga teksi Negara.

Dan inilah salah satu tindakan yang menyebabkan sehingga ke hari ini kebajikan pemandu teksi tidak boleh dibela, mereka tidak mahu bersatu kerana mereka telah hilang kepercayaan kepada wakil-wakil yang telah diberi amanah memperjuangkan nasib mereka.

Perbuatan Dato Sham bukan sahaja memecah belahkan kesepakatan diantara beliau dengan kami (GTSM), tetapi apa yang belaku hari ini benar-benar menyedarkan kami agar lebih berhati-hati dengan pihak berkepentingan (syarikat).

InsyaAllah. kami akan meneruskan perjuangan ini, dan kami tidak akan berputus asa, adat perjuangan, ada yang mudah berputus asa, ada yang tidak bersemangat, ada yang setia, dan ada yang mengkianati.


Kamarudin Bin Mohd Hussain


YDP Gabungan Teksi Se'Malaysia

Tuesday, December 8, 2015

KEBODOHAN SPAD TIDAK DAPAT DINAFIKAN LAGI.

Pada awal bacaan saya terhadap kajian SPAD berhubung perkhidmatan teksi di Malaysia, saya agak berpuas hati. Tetapi bila masuk bab Uber dan Grabcar, saya mula menyampah dan sedar, SPAD memang sedang berusaha menjanamkan industri teksi Negara.

Didalam kajian SPAD, SPAD menggunakan perkataan "PERKHIDMATAN" bagi aktiviti kereta sapu Uber dan Grabcar.













KESIMPULANNYA: 

Keadaan ini jelas membuktikan SPAD telah mengiktiraf Kereta Sapu Uber dan Grabcar sebagai sebahagian dari perkhidmatan awam (TEKSI).
Malah pada soalan terakhir SPAD, SPAD terang-terang mengiktiraf kereta sapu Uber dan Grabcar sebagai teksi dan menambah kekeliruan pengguna terhadap perkhidmatan dan aktiviti haram, apabila SPAD bertanya : "Pendapat anda, adakah kita harus mengawalselia APLIKASI RANGKAIAN TEKSI yang menggunakan internet seperti Uber, Grabcar, Myteksi dan sebagainya bagi membolehkan mereka beroperasi di bawah undang-undang dan peraturan di Malaysia?"



Inilah akibatnya bila meletakkan individu-individu yang tidak berpengalaman dan tidak berpengetahuan didalam sesebuah Agensi Kerajaan, terutamanya SPAD. Hanya harapkan mereka berpelanjaran tinggi tetapi hakikatnya mereka lebih bodoh dari budak sekolah rendah.

Perkhidmatan dengan aktiviti haram pun mereka tak mampu membezakan, "Teksi yang menggunakan internet seperti Uber, Grabcar,MyTeksi dan sebagainya". Uber dan Grabcar itu teksi ker?



Sepatutnya SPAD harus buat kajian berhubung bebanan dan tekanan yang terpaksa pemandu teksi hadapi berbanding bebanan dan tekanan pemandu yang dihadapi kereta sapu. Setelah itu SPAD harus hapuskan dulu segala bebanan dan tekanan pemandu teksi, ketirisan pendapatan pemandu teksi harus diakhiri, sampai bila pemandu teksi akan dijadikan hamba syarikat? Setelah segala kebajikan dan ekonomi pemandu teksi terjamin selaras dengan dasar Kerajaan, barulah layak pemandu teksi dituntut memberi perkhidmatan yang memuaskan, pemandu teksi bukan BINATANG.
SPAD harus dirombak.

TANAH AIRKU UNTUK BANGSA ASING.


Alaf ini pemandu teksi terpaksa berjuang menentang pencerobohan pihak luar setelah agensi Kerajaan (SPAD) yang dikendalikan oleh Syed Hamid Albar bertindak melepaskan.

Kereta sapu yang dulu haram, kini menjadi kebanggaan, hanya kerana mereka menggunakan aplikasi Yahudi dan Kafir.

Pemandu teksi terpaksa membuat beberapa siri Perhimpunan Aman demi memperjuangkan periuk nasi mereka, itupun masih terdapat banyak pihak membantah dan berbunyi.
Namun lebih malang apabila pihak yang diberi mandat menguruskan tanah Malaysia tidak membenarkan tanah kepunyaan rakyat Malaysia digunakan untuk rakyat Malaysia mempertahankan hak mereka.

Tetapi bila mahluk Allah yang bernama Barack Obama datang Malaysia, boleh pulak beberapa jalan utama ditutup sehingga menyusahkan orang ramai. Ke mana hilangnya keprihatinan pihak-pihak tertantu yang selama ini mendakwa mereka terlalu pentingkan keselesaan orang ramai? Malang sungguh rakyat Malaysia yang mencari rezeki halal sebagai seorang pemandu teksi. Pelik tapi benar.

BENARKAH HANYA 500 PEMANDU TEKSI MENYERTAI PERHIMPUNAN AMAN PEMANDU TEKSI?


Mungkin kebanjiran pemandu teksi yang terpapar didalam gambar yang ini hanya berjumlah 500 orang sahaja seperti dakwaan Syed Hamid Albar, dan mungkin benar katanya bahawa Perhimpunan Aman ini tidak mewakili keseluruhan pemandu teksi. Sehubungan dengan itu beliau merasakan beliau perlu kekal didalam SPAD untuk terus menjahanamkan industri teksi Negara dan menabur pasir ke dalam periuk nasi pemandu teksi.



Mungkin beliau tidak sedar kebanjiran pemandu teksi yang menghadiri menyertai Perhimpunan Aman hari ini tidak diumpan dengan Kad TouchNGo RM10, makan, baju apatah lagi di bayar sewa mereka seperti yang di buat SPAD sebelum ini.


Seharusnya Syed Hamid Albar perlu mengucapkan ribuan terima kasih kepada PDRM dan DBKL yang telah menggugat kelancaran Perhimpunan Aman hari ini, di mana pelbagai tekanan dan halangan telah diberikan kepada kami sebelum perhimpunan ini bermula. Jika PDRM dan DBKL memberi kami kerjasama dan melancarkan Perhimpunan Aman kami, Saya pasti kehadiran warga teksi di Perhimpunan Aman kali ini akan melebihi 3 atau 4 kali ganda dari jumlah 2000 kehadiran hari ini.




Tak pa.... Lepas ni kami akan bincangkan keperluan untuk membuat Perhimpunan Besar-Besaran di KL Sentral pula, biar jem 1 hari di KL Sentral tu. Kita tengok apa pula Syed Hamid Albar nak jawap. Perhimpunan Aman hari ini lebih kepada menghormati nasihat ACP Tuan Zainol agar Perhimpunan Aman kami hari ini tidak memberi kesan kepada Persidangan Asean, atau menutup mana-mana jalan, maka itu kami menghadkan aktiviti kami.

Kalau diikutkan hati marah kami dan desakkan sahabat-sahabat kami, sudah pasti kami telah buat mee goreng didalam Pusat Bandar dan telah menutup beberapa jalan-jalan utama didalam KL. Tetapi kami ini pemandu teksi yang menghormati keharmonian Negara dan menjaga imej Negara, maka itu kami mengikut nasihat yang diberikan ACP Tuan Zainol kepada kami.

PERHIMPUNAN AMAN PEMANDU TEKSI DEMI MEMARTABATKAN HAK PEMANDU TEKSI AKAN HANYA ROSAKKAN IMEJ PEMANDU TEKSI, BETULKAH?

Benarkah Perhimpunan Aman Pemandu Teksi akan merosakkan imej pemandu teksi?
Apakah selama ini imej pemandu teksi tidak tercemar atau rosak diatas birokrasi yang sedia ada?

Benarkah Perhimpunan Aman Pemandu Teksi ini bakal menjejaskan pendapatan pemandu teksi atau jika pemandu teksi terus berdiam diri, pemandu teksi akan kehilangan mata pencarian buat selama-lamanya? Apakah usaha yang telah Pertubuhan ini usahakan untuk mengharamkan Kereta Sapu Uber dan Grabcar?

Apakah kebijaksanaan Pertubuhan ini berunding dengan SPAD telah berjaya menyelesaikan masalah industri teksi, atau Pertubuhan ini semakin rancak memonopoli kaunter-kaunter teksi seperti kaunter-kaunter teksi di KTM Berhad untuk kepentingan mereka?

FAKTA:
Dulu Pertubuhan ini telah mengajak saya/PERS1M menyertai gabungan mereka bagi mengadakan satu konvensyen, kononnya ada mantan Menteri simpati dengan nasib pemandu teksi, dan mantan menteri itu sanggup membantu.

Agenda mengadakan konvensyen adalah untuk menyerah memorendum kepada YAB Perdana Menteri diatas ketidakpuasan hati warga teksi terhadap SPAD yang telah gagal menyelesaikan masalah industri teksi Negara. Tapi dalam sedar tak sedar mereka mempunyai agenda meminta dana Kerajaan sebanyak RM60 Juta untuk buka Bank Pemandu Teksi yang kononnya untuk pemandu teksi. Tetapi disebabkan bantahan dari saya dan Perhimpunan Aman anjuran PERS1M di Pejabat SPRM, mantan Menteri yang simpati dengan nasib pemandu teksi telah menarik diri dan konvensyen itu terpaksa dibatalkan.

Persoalannya kenapa waktu mantan Menteri itu masih menjadi Menteri, beliau tidak mahu membantu pemandu teksi dan kenapa konvensyen itu harus dibatalkan tanpa penyertaan saya/PERS1M?
Dari sumber yang saya terima ketika terlibat dengan gabungan ini, Pertubuhan ini bertanggungjawab diatas kes tayar TR1Ma yang menyebabkan harga tayar lebih mahal dari harga pasaran.
Saya tertanya-tanya bolehkah pertubuhan ini dipercayai?

Dari info terbaru, pertubuhan ini akan melucutkan keahlian ahli mereka yang terlibat dengan Perhimpunan Aman Pemandu Teksi memartabatkan hak pemandu teksi, ada apa dengan pertubuhan ini?

WARGA TEKSI DIJADIKAN KAMBING SPAD.

SPAD menggunakan kehadiran warga teksi di Majlis Tin Kosong 15hb Nov 2015 sebagai satu muslihat untuk menafikan kebangkitan warga teksi mendesak SPAD dirombak.

Kononnya lebih dari 1000 pengusaha dan pemandu teksi dari seluruh Lembah Klang hadir bagi membuktikan perbincang secara damai adalah jalan terbaik untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah industri teksi.

Pemandu teksi diumpan dengan perkataan "BERINTERAKSI", wahal pemandu teksi tidak diberi ruang untuk mengemukan soalan atau bercakap.

 Pemandu teksi perlepasan sewa, bagi makan, bagi kad Touch'nGo RM10, SPAD beranggapan pemandu teksi menyebelahi mereka dan sebilangan besar pemandu teksi menolak Perhimpunan Aman Pemandu Teksi 18hb November 2015.

Cuba kita kaji semula berapa jumlah sebenar kehadiran pemandu teksi yang benar-benar menyokong SPAD, berbanding kakitangan SPAD, Persatuan Penjilat SPAD dan balaci SPAD?

 Keadaan ini sangat berbeza dengan kehadiran pemandu teksi di Majlis Sidang Media JKBPTLK di Kari Kepala Ikan Sentul.

 PERSOALANNYA:
 1. Apakah penyelesaian yang pernah dicapai sejak SPAD ditubuhkan?

 2. Berapa lama lagi warga teksi harus mengharapkan SPAD yang sedia ada menyelesaikan masalah industri teksi, apakah selama 4 Tahun SPAD ditubuhkan masih tidak cukup untuk SPAD menyelesaikan masalah industri teksi Negara?

 3. Perlukah warga teksi terus mempercayai janji-janji sampah didalam SPAD dan mempercayai percakapan barua-barua SPAD yang selama ini mementingkan kepentingan mereka sendiri?

 4. Apakah pencapaian yang telah berjaya diperoleh oleh balaci-balaci SPAD yang selama ini berunding dengan SPAD, adakah memberi kebaikkan kepada seluruh warga teksi, atau hanya memberi kebaikkan untuk tekak mereka sendiri?

 KESIMPULAN:
 Warga teksi harus bersatu hati menggunakan tarikh 18hb November 2015 ini untuk memperjuangkan hak mereka.

 Saya yang bertanggungjawab menetapkan tarikh 18hb November 2015, sebenarnya saya langsung tidak tahu tarikh tersebut akan ada persidangan Kemuncak Negara ASEAN, tarikh itu terlintas difikiran saya setelah saya menetapkan 1 bulan dari tarikh Sidang Media tindakan peguam JKBPTLK.

 Kita harus ingat Allah telah beri kita peluang untuk kita singkirkan sampah-sampah didalam SPAD, perumpamaan bola didepan pintu goal, adakah kita nak tendang, atau kita nak biarkan? Fikirlah....

 Saya dan JKBPTLK hanya mampu merancang dan mengusahakannya, tapi untuk mencapai matlamat itu sahabat-sahabat perlu berjuang bersama-sama kami, atau sahabat-sahabat biarkan hidup sahabat-sahabat terus diperalatkan dan dijajah.

 ‪#‎PERS1M

HANYA ORANG BODOH SAHAJA YANG AKAN TERUS PERCAYAKAN SPAD.

Saya berpendapat hanya orang yang bodoh sahaja yang akan mempercayai SPAD, kononnya SPAD akan usul cadangan pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010..
Apakah Akta yang bakal dipinda itu akan memberi kebaikkan kepada permain industri, atau akan lebih menzalimi pemandu teksi?
...
Dulu dalam satu kes yang diadukan kepada saya, seorang pemandu teksi dijatuhkan hukuman penjara atau denda RM8000 hanya kerana kad pemandu tamat tempoh.
Nasib baik pengadu itu (pemandu teksi) dapat usahakan wang denda RM8000, jika gagal bayar denda itu, sudah pasti dia masuk penjara hanya kerana kad pemandu tamat tempoh.
Agak-agaknya lepas SPAD buat pindaan Akta, ada kemungkinan atau tidak hukuman gantung sampai mati diperkenalkan?

Bagi saya kenyataan "SPAD AKAN usul cadangan pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010", adalah sebuah tektik untuk meredakan kebangkitan warga teksi dan sekaligus melemahkan Perhimpunan Aman pemandu teksi pada 18hb Nov 2015.

Masalah Uber dan Grabcar bukanlah sebuah masalah yang dihadapi warga teksi untuk tempoh sebulan dua, tetapi ia adalah masalah yang telah lama berlanjutan dan telah memasuki tahun ketiga, namun SPAD hanya baru terfikir "AKAN" mengemaskini Akta.
Sedangkan untuk mengurangkan pendapatan pemandu teksi (memansuhkan surcaj RM12) SPAD boleh laksanakan kurang dari 6 bulan. Tapi melindungi ekonomi pemandu teksi, SPAD mengambil masa hampir 3 Tahun untuk berfikir.

Kemudian SPAD cuba mempolitikan fikiran masyarakat dan amnya fikiran pemandu teksi dengan keprihatinan Kerajaan. "Sebelum ini, kerajaan mewujudkan program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pada 2012 dan program Teksi 1Malaysia (TEKS1M) pada 2013 untuk mengatasi masalah industri teksi negara".

Dasar Kerajaan memang dah betul, Kerajaan mahu kebajikan dan ekonomi pemandu teksi dibela, dan sekaligus pemandu teksi mampu memberi perkhidmatan yang memuaskan selari dengan hasrat Kerajaan untuk melihat mutu perkhidmatan teksi Negara di menaiktaraf.
Sebagai contoh:
Kerajaan bagi bantuan tayar TR1Ma kepada pemandu teksi, dengan harapan dapat meringankan bebanan pemandu teksi, namun SPAD menyebabkan harga tayar dijual lebih mahal dari harga pasaran.

Kerajaan wujudkan program Teksi 1Malaysia (TEKS1M) bagi memberi imej dan keselesaan, tetapi SPAD menyebabkan ketirisan wang pemandu teksi berlaku sehingga 15% bagi setiap pembelian kenderaan TEKS1M (Proton Extra), setelah itu SPAD menghuru-harakan kenaikkan kadar tambang hingga menyebabkan TEKS1M mengalami kesukaran mendapatkan penumpang.

SPAD bukan sahaja menyusahkan pemandu teksi, sebaliknya SPAD menyusahkan Kerajaan, SPAD bertanggungjawab diatas kemarahan warga teksi terhadap Kerajaan.
SPAD harus dirombak demi kesejahteraan pemandu teksi dan Negara