Sunday, August 30, 2015

Kami telah bersedia menyahut seruan Kerajaan, tapi.....

"Kami telah bersedia menyahut seruan Kerajaan untuk menaik taraf mutu perkhidmatan teksi Negara".

Itulah ikrar yang selalu saya laungkan ketika saya mengetuai atau melibatkan diri didalam mana-mana perhimpuan warga teksi.

Ikrar itu dilaungkan agar ia menjadi satu keazaman disetiap jiwa warga pemandu teksi, supaya mereka akan berusaha menaik taraf mutu perkhidmatan teksi Negara sejajar dengan hasrat Kerajaan.

Namun malangnya Kerajaan sendiri tidak prihatin dan tidak bersungguh-sungguh membantu warga teksi, kebajikan dan ekonomi pemandu teksi terjejas teruk di bawah kendalian SPAD.

Permit teksi makin bertambah dengan longgokkan permit kepada syarikat Pelancongan, walaupun YAB Perdana Menteri sendiri mahu permit teksi diberikan kepada pemandu teksi. Mata pencarian pemandu teksi dirompak Uber, Grabcar dan seangkatan dengannya.

Janji "Penghapusan penjajahan moden" di PRU lepas hanya menjadi satu lipat sejarah, malah rungutan dan keluhan yang di adukan kepada Kerajaan (Perdana Menteri) melalui penyerahan Memorendum pun tidak dipeduli.

Apakah warga teksi satu golongan "BANGSAT" yang mudah untuk diperbodoh-bodohkan? Malang sungguh nasib kami (pemandu teksi).

Watch "10 tuntutan dikemukakan Persatuan Teksi (PERS1M)" on YouTube
https://youtu.be/Us8wzWUyKis

Thursday, August 27, 2015

Persatuan dan pemandu teksi jangan jadi seperti buih sabun.

Sejak akhir-akhir ini saya dapat melihat kebangkitan warga pemandu teksi dan Persatuan Pemandu Teksi dalam membenteras gejala Uber dan Grabcar..

Tahniah diucapkan kepada mereka, namun saya memohon maaf jika kenyataan saya agak tidak menepati kemahuan hati pihak-pihak tertentu.

Sejujurnya saya berpendapat tindakan dan semangat yang ditunjukkan itu tidak mendatangkan sebarang faedah, melainkan hanya membuang masa dan meletakkan diri sendiri didalam kemerbahayaan.

Tindakan tersebut bukan sahaja gagal mengharamkan Grabcar atau Uber, malah pemandu teksi bakal dikenakan tindakan Undang-Undang dengan pelbagai kesalahan yang mampu direka pemandu haram itu.

Dalam satu info yang saya terima, penumpang yang ditahan dan membuat pengakuan menggunakan perkhidmatan haram dibeli (dibayar) syarikat yang empunya Aplikasi, kesudahan penumpang tersebut menafikan pengakuan mereka di Makamah, lalu kes ditutup.

Dalam keadaan yang sama, pemandu teksi yang menahan atau menangkap kenderaan haram bakal disabit kesalahan dengan pelbagai kesalahan, sebagai contoh, mereka boleh didakwa menyebabkan pergaduhan atau menyebabkan kemalangan.

Tugas menahan menangkap dan menyabit kesalahan Uber dan Grabcar adalah tanggungjawab SPAD, JPJ, dan PDRM. Sedangkan kita langsung tidak memiliki sebarang kuasa untuk berbuat demikian.

Saya tahu ketika ini ramai sahabat-sahabat (pemandu teksi) yang terkesan dengan Uber dan Grabcar, namun percayalah kita tidak mampu berbuat apa-apa melainkan kita semua bersatu hati.

Seluruh warga pemandu teksi dan Persatuan Pemandu Teksi harus bergerak didalam sebuah organisasi dan bukannya bertindak bersendirian.

Kita ramai, tapi kita tidak ubah seperti pasir ditepi pantai.

Thursday, August 13, 2015

PENGEDAR DADAH TIDAK SALAH!

"Pengedar DADAH tidak salah dan yang salah, patut ditangkap dan dihukum hanya penagih dadah"

Itulah perumpamaan yang dapat saya ringkaskan bagi menterjemahkan kenyataan yang dibuat oleh manusia yang bernama Syed Hamid Albar bagi masalah Aplikasi Uber dan Aplikasi Grabcar.

Selama ini Syed Hamid Albar sering membuat statement kepada pihak media bahawa Aplikasi Uber dan Grabcar tidak salah, yang salah adalah kenderaan dan pemandu (tidak sah) yang terlibat dengan Aplikasi itu.

Diatas faktor itu, MyTeksi yang menyedari bahawa SPAD yang sedang diterajui oleh manusia terpandai didunia tidak akan menggenakan sebarang tindakan Undang-Undang terhadap mereka (MyTeksi).

Lalu MyTeksi menjadi semakin berani untuk terus mencabuli industri teksi Negara dan dengan secara senyap-senyap MyTeksi sedang menabur pasir ke dalam pemandu teksi.

Sebagai contoh:

Sehingga hari ini MyTeksi bebas mengiklankan perkhidmatan "HARAM" mereka dilaman-laman media sosial dan sebagainya.

Tetapi SPAD hanya mengatakan Aplikasi tersebut tidak salah, dan menasihatkan pemandu teksi yang tersempit dan dihimpit memberi perkhidmatan yang memuaskan.

#PERS1M

Tuesday, August 4, 2015

DERMA RM2.6 BILLION KEPADA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Saya mengucapkan "JUTAAN" terima kasih kepada mahluk Allah yang sudi menderma wang sebanyak itu kepada Perdana Menteri kami.

Saya berharap penderma itu sanggup memberi derma kepada rumah-rumah anak yatim di seluruh Malaysia dan membantu industri teksi Negara.

Dikesempatan ini, dengan rasa rendah diri saya merayu kepada YAB Perdana Menteri agar memberi sedikit sumbangan kepada seluruh warga pemandu teksi, bagi membantu mereka menaiktaraf mutu perkhidmatan teksi Negara dan menjana pendapatan mereka.

Sumbangan yang diharapkan seperti:

● Pengurangan 50% harga kenderaan Nasional mahupun kenderaan bukan Nasional.

● Memberi peluang kedua kepada pemandu teksi dengan membersihkan nama mereka dari senarai hitam perbankan.

● Menamatkan semua kontrak pengendali kaunter teksi diseluruh kawasan, diantara syarikat pengendali dan pemilik premis, supaya semua pemandu teksi boleh beroperasi di seluruh kawasan dan tempat tanpa halangan.

● Membuat Aplikasi Teksi yang dimiliki Kerajaan sepenuhnya, agar dengan adanya Aplikasi milik Kerajaan, ia akan memberi manfaat kepada seluruh warga pemandu teksi tanpa mempunyai niat mengkhianati pemandu teksi Negara. Aplikasi-Aplikasi penceroboh dan pengkianat seperti Uber dan Grabcar termasuk MyTeksi diharamkan sepunuhnya, sebagai satu pengajaran kepada mereka.