"Kami telah bersedia menyahut seruan Kerajaan untuk menaik taraf mutu perkhidmatan teksi Negara".
Itulah ikrar yang selalu saya laungkan ketika saya mengetuai atau melibatkan diri didalam mana-mana perhimpuan warga teksi.
Ikrar itu dilaungkan agar ia menjadi satu keazaman disetiap jiwa warga pemandu teksi, supaya mereka akan berusaha menaik taraf mutu perkhidmatan teksi Negara sejajar dengan hasrat Kerajaan.
Namun malangnya Kerajaan sendiri tidak prihatin dan tidak bersungguh-sungguh membantu warga teksi, kebajikan dan ekonomi pemandu teksi terjejas teruk di bawah kendalian SPAD.
Permit teksi makin bertambah dengan longgokkan permit kepada syarikat Pelancongan, walaupun YAB Perdana Menteri sendiri mahu permit teksi diberikan kepada pemandu teksi. Mata pencarian pemandu teksi dirompak Uber, Grabcar dan seangkatan dengannya.
Janji "Penghapusan penjajahan moden" di PRU lepas hanya menjadi satu lipat sejarah, malah rungutan dan keluhan yang di adukan kepada Kerajaan (Perdana Menteri) melalui penyerahan Memorendum pun tidak dipeduli.
Apakah warga teksi satu golongan "BANGSAT" yang mudah untuk diperbodoh-bodohkan? Malang sungguh nasib kami (pemandu teksi).
Watch "10 tuntutan dikemukakan Persatuan Teksi (PERS1M)" on YouTube
https://youtu.be/Us8wzWUyKis
No comments:
Post a Comment