Thursday, August 27, 2015

Persatuan dan pemandu teksi jangan jadi seperti buih sabun.

Sejak akhir-akhir ini saya dapat melihat kebangkitan warga pemandu teksi dan Persatuan Pemandu Teksi dalam membenteras gejala Uber dan Grabcar..

Tahniah diucapkan kepada mereka, namun saya memohon maaf jika kenyataan saya agak tidak menepati kemahuan hati pihak-pihak tertentu.

Sejujurnya saya berpendapat tindakan dan semangat yang ditunjukkan itu tidak mendatangkan sebarang faedah, melainkan hanya membuang masa dan meletakkan diri sendiri didalam kemerbahayaan.

Tindakan tersebut bukan sahaja gagal mengharamkan Grabcar atau Uber, malah pemandu teksi bakal dikenakan tindakan Undang-Undang dengan pelbagai kesalahan yang mampu direka pemandu haram itu.

Dalam satu info yang saya terima, penumpang yang ditahan dan membuat pengakuan menggunakan perkhidmatan haram dibeli (dibayar) syarikat yang empunya Aplikasi, kesudahan penumpang tersebut menafikan pengakuan mereka di Makamah, lalu kes ditutup.

Dalam keadaan yang sama, pemandu teksi yang menahan atau menangkap kenderaan haram bakal disabit kesalahan dengan pelbagai kesalahan, sebagai contoh, mereka boleh didakwa menyebabkan pergaduhan atau menyebabkan kemalangan.

Tugas menahan menangkap dan menyabit kesalahan Uber dan Grabcar adalah tanggungjawab SPAD, JPJ, dan PDRM. Sedangkan kita langsung tidak memiliki sebarang kuasa untuk berbuat demikian.

Saya tahu ketika ini ramai sahabat-sahabat (pemandu teksi) yang terkesan dengan Uber dan Grabcar, namun percayalah kita tidak mampu berbuat apa-apa melainkan kita semua bersatu hati.

Seluruh warga pemandu teksi dan Persatuan Pemandu Teksi harus bergerak didalam sebuah organisasi dan bukannya bertindak bersendirian.

Kita ramai, tapi kita tidak ubah seperti pasir ditepi pantai.

No comments:

Post a Comment