Assalammualaikum & Salam Sejahtera diucapkan kepada semua sahabat-sahabat, terutamanya kepada ahli-ahli PERS1M yang amat dihormati dan dikasihi.
Suka cita dimaklumkan bahawa mesyuarat JKPTLK telah sebulat suara bersetuju mengadakan perhimpunan besar-besaran warga teksi di Pusat Bandar dalam waktu terdekat.
Saya sekali lagi diberi kepercayaan untuk menguruskan perhimpunan tersebut, satu tarikh telah saya cadangkan, dan Alhamdullilah, cadangan saya dipersetujui sebulat suara. Namun penghormatan diberikan kepada Pengerusi JKPTLK bagi mengumumkan tarikh tersebut.
Pengumuman tarikh tersebut akan dibuat dalam sidang media pada 14hb October 2015, bertempat di Restoran Kari Kepala Ikan Sentul, setelah pihak Peguam yang mewakili JKPTLK menamatkan PC mereka.
Sehubungan dengan itu saya pohon kepada semua sahabat-sahabat, terutamanya ahli-ahli PERS1M agar hadir pada sidang media 14hb October 2015 bagi memberi sokongan kepada pihak Peguam yang membantu kita dan kepada JKPTLK yang berjuang memartabatkan hak kita.
Selain itu satu tabung kutipan derma ikhlas akan diadakan bagi mengumpul dana. Namun ditegaskan tiada paksaan, terpulanglah kepada diri masing-masing, nak hulur derma atau sebaliknya.
Cuma..... Tanyalah diri sendiri, sampai bilakah anda akan biarkan kederat anda dirompak dan kerjaya yang menjadi sumber mata pencarian menyara anak bini anda dihina.
Perjuangan memerlukan pengorbanan.
Apakah anda sanggup berkorban, atau anda manusia yang bacul, yang sanggup dikeldaikan?
Persoalannya, sampai bilakah anda ingin hidup dijajah didalam Negara sendiri?
Sekian Terima kasih
"BERSATU KEARAH TRANSFORMASI"
#PERS1M
*sharekan maklumat ini di fb anda, tanda anda seorang pemandu teksi yang mahukan pembelaan, perubahan dan perbaharuan.
Update :
Kita berhampun!!!
Lokasi : Restoran Kari Kepala Ikan Sentul. Masa : 11:30am.
Agenda : Memberi sokongan kepada pihak Peguam yang mewakili kita mengumumkan tindakan mereka dan pengumuman Tuan Pengerusi JKPTLK mengumumkan tarikh perhimpunan besar-besaran.
Sebarang perubahan dimaklumkan kelak. InshaAllah.
07/10/15 UPDATE!!! PENUNDAAN TARIKH SIDANG MEDIA BARISAN PEGUAM.
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Dengan segala hormat, dimaklumkan tarikh sidang media barisan Peguam yang bakal diadakan di Restoran Kari Kepala pada 14/10/2015 terpaksa ditunda pada 21/10/2015, ia berikutan barisan Peguam yang membantu kita menghadapi kesempitan waktu.
Mohon sebarkan info ini kepada semua sahabat-sahabat kita.
Jumpa kami di Restoran Kari Kepala Ikan Sentul KL pada 21/10/15 Jam 11:00 pagi, sebarang perubahan dimaklumkan kelak. InshaAllah.
Tq
salam...tn
ReplyDeletemasaalah di hadapi terkini pemandu tertekan..
1/ gst
2/ kenaikan ngv
3/ kenaikan tol tiada subsidi untu teksi
apa kah tindakan tuan dalam hal ini.
sekian t.kaseh
Thanks En. Kamal.
ReplyDeleteI was there today and I didn't expect that there ll be so many taxi drivers will attend the meeting cause usually whenever there's a protest by taxi drivers there's only 100 or 200 drivers were there.
But today there were more than 500 taxi drivers.
I am confident that we could achieve our target to gather more than 6000 drivers on the 18th November 2015.
Once again Thanks En. Kamal for your sacrifice to help our Malaysia Taxi Industry.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSpatutnya kerajaan menurun cukai kereta..cukai kereta terlalu tinggi..sekira cukai di tiadakan ato di kurangkan saya percaya teksi bertukar wajah.ramai yang mampu menjadi kereta vios.honda..nissan sebagai teksi dan bisa bersaing dengan uber...
ReplyDeleteSekuranya kerajaan tidak mampu mengawal lebih baik semua pemandu teksi seluruh malaysia memulang kembali kepada syarikat dan semua pemandu teksi menyertai Uber...syarikat pula hanya mengutip keuntungan semata mata...
ReplyDeleteSekuranya kerajaan tidak mampu mengawal lebih baik semua pemandu teksi seluruh malaysia memulang kembali kepada syarikat dan semua pemandu teksi menyertai Uber...syarikat pula hanya mengutip keuntungan semata mata...
ReplyDelete