Thursday, October 1, 2015

Beza antara pihak yang benar-benar telus dan pihak pembohong.

Hari ini saya telah diundang oleh EN HAJI ABDUL AZIZ dari Persatuan Teksi Rawang bagi membantu beliau berdailog dengan wakil Y.B HAJI ZAIDY BIN ABDUL TALIB (Ahli Dewan Negeri Selangor), MPS dan SPAD. Berhubung 3 masalah yang dihadapi warga pemandu teksi sekitar Selayang.

Seharusnya ucapan terima kasih dan tahniah diberikan kepada pihak YB Haji Zaidy yang prihatin dan bersungguh-sungguh ingin membantu warga teksi di Selayang, saya amat terharu dengan keprihatian beliau.

Saya difahamkan YB Zaidy mahu masalah yang dihadapi warga teksi di Selayang diselesaikan.

Saya diberi kesempatan untuk memulakan sesi mesyuarat, saya telah menerangkan secara terperinci 3 masalah yang dihadapi warga teksi di Selayang, dan seterusnya saya telah mencadangkan kepada pihak PBT.

1. Membuat atau menyediakan satu Perhentian Teksi di Magna Ville Selayang.

2. Sistem Perhentian teksi di Selayang Mall harus dinaiktaraf.

3. Aliran trafik di Hospital Selayang dikemaskini agar memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan teksi.

4. Beberapa langkah-langkah bagi mengelakkan kesesakan di Perhentian Teksi dan melarang sama sekali gejala monopoli oleh mana-mana pihak mahupun dari Persatuan teksi.

Pihak SPAD bersetuju dengan cadangan yang saya kemukakan, namun sedikit mengecewakan apabila SPAD menyentuh isu Uber dan Grabcar, SPAD seolah-oleh bertindak mempertahankan Uber dan Grabcar. Katanya pengguna mempunyai hak memilih perkhidmatan.

Keadaan menjadi sedikit tegang apabila saya mempersoalkan pendirian SPAD, saya bertanya apakah SPAD mengiktiraf Uber dan Grabcar sebagai perkhidmatan sah? SPAD menjawad "TIDAK". Lalu keadan diredakan oleh pengerusi mesyuarat.

Sekalipun saya bersetuju SPAD tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengharamkan Aplikasi Uber dan Grabcar, namun saya percaya SPAD masih mempunyai tanggungjawap memastikan pengguna menggunakan perkhidmatan yang sah, selamat dan seterusnya bertanggungjawap melindungi kebajikan warga pemandu teksi.

Saya berpendapat SPAD seharusnya memberi tekanan kepada SKM dengan memaklumkan bahawa statistik penangkapan jelas membuktikan Aplikasi itu telah disalahgunakan. Tapi kenapa hingga kini Aplikasi itu masih aktif dan terus merompak mata pencarian pemandu teksi?

KESIMPULANNYA
SPAD terlalu gairah mengejar perubahan yang ditiru di Negara Maju tanpa mengambil berat keupayaan pengguna, dan keupayaan pemandu teksi.

SPAD gagal mengenal pasti tanggungjawap dan kewajipan mereka, malah tanpa pengalaman dan pengetahuan, mereka merasakan  apa sahaja yang mereka buat adalah betul dan benar, sekalipun mendapat teguran dan bantahan.

RENUNGAN BERSAMA.
Insan yang zalim tidak akan merasakan diri mereka zalim, kerana mereka tidak merasa kezaliman itu, lalu mereka merasakan apa sahaja yang mereka fikir adalah benar dan tepat.

No comments:

Post a Comment