Tuesday, December 8, 2015

HANYA ORANG BODOH SAHAJA YANG AKAN TERUS PERCAYAKAN SPAD.

Saya berpendapat hanya orang yang bodoh sahaja yang akan mempercayai SPAD, kononnya SPAD akan usul cadangan pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010..
Apakah Akta yang bakal dipinda itu akan memberi kebaikkan kepada permain industri, atau akan lebih menzalimi pemandu teksi?
...
Dulu dalam satu kes yang diadukan kepada saya, seorang pemandu teksi dijatuhkan hukuman penjara atau denda RM8000 hanya kerana kad pemandu tamat tempoh.
Nasib baik pengadu itu (pemandu teksi) dapat usahakan wang denda RM8000, jika gagal bayar denda itu, sudah pasti dia masuk penjara hanya kerana kad pemandu tamat tempoh.
Agak-agaknya lepas SPAD buat pindaan Akta, ada kemungkinan atau tidak hukuman gantung sampai mati diperkenalkan?

Bagi saya kenyataan "SPAD AKAN usul cadangan pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010", adalah sebuah tektik untuk meredakan kebangkitan warga teksi dan sekaligus melemahkan Perhimpunan Aman pemandu teksi pada 18hb Nov 2015.

Masalah Uber dan Grabcar bukanlah sebuah masalah yang dihadapi warga teksi untuk tempoh sebulan dua, tetapi ia adalah masalah yang telah lama berlanjutan dan telah memasuki tahun ketiga, namun SPAD hanya baru terfikir "AKAN" mengemaskini Akta.
Sedangkan untuk mengurangkan pendapatan pemandu teksi (memansuhkan surcaj RM12) SPAD boleh laksanakan kurang dari 6 bulan. Tapi melindungi ekonomi pemandu teksi, SPAD mengambil masa hampir 3 Tahun untuk berfikir.

Kemudian SPAD cuba mempolitikan fikiran masyarakat dan amnya fikiran pemandu teksi dengan keprihatinan Kerajaan. "Sebelum ini, kerajaan mewujudkan program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pada 2012 dan program Teksi 1Malaysia (TEKS1M) pada 2013 untuk mengatasi masalah industri teksi negara".

Dasar Kerajaan memang dah betul, Kerajaan mahu kebajikan dan ekonomi pemandu teksi dibela, dan sekaligus pemandu teksi mampu memberi perkhidmatan yang memuaskan selari dengan hasrat Kerajaan untuk melihat mutu perkhidmatan teksi Negara di menaiktaraf.
Sebagai contoh:
Kerajaan bagi bantuan tayar TR1Ma kepada pemandu teksi, dengan harapan dapat meringankan bebanan pemandu teksi, namun SPAD menyebabkan harga tayar dijual lebih mahal dari harga pasaran.

Kerajaan wujudkan program Teksi 1Malaysia (TEKS1M) bagi memberi imej dan keselesaan, tetapi SPAD menyebabkan ketirisan wang pemandu teksi berlaku sehingga 15% bagi setiap pembelian kenderaan TEKS1M (Proton Extra), setelah itu SPAD menghuru-harakan kenaikkan kadar tambang hingga menyebabkan TEKS1M mengalami kesukaran mendapatkan penumpang.

SPAD bukan sahaja menyusahkan pemandu teksi, sebaliknya SPAD menyusahkan Kerajaan, SPAD bertanggungjawab diatas kemarahan warga teksi terhadap Kerajaan.
SPAD harus dirombak demi kesejahteraan pemandu teksi dan Negara

No comments:

Post a Comment