Thursday, September 3, 2015

Pengguna di KLIA dan Klia2 sentiasa terdedah dengan penipuan sistem teksi.

Merujuk kepada sebuah catatan seorang pengguna dilaman Facebook, beliau menceritakan pengalaman beliau ditipu pengendali kaunter teksi (Mesra Indah Jaya) di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.

Sebenarnya perkara ini telah lama belaku dan #PERS1M adalah sebuah Persatuan Teksi yang satu ketika dulu sering mempersoalkan ketelusan pengendali kaunter (MIJ) dalam menguruskan aliran teksi dan pengagihan penumpang di Terminal KLIA, mahupun di Klia2.

Ketidaktelusan MIJ sering dibawa ke meja runding bersama SPAD, Segi Astana dan MAHB, namun segalanya hanya sia-sia. MAHB, Segi Astana dan SPAD seolah-olah telah dirasuah.

Mereka (SPAD) bukan sahaja tidak berminat menyiasat laporan yang dikemukakan PERS1M kepada mereka, malah mereka turut memberi jawapan "Setelah membuat siasatan dan penyamaran, perkara yang dilaporkan tidak belaku". Sedangkan PERS1M pernah menyertakan rakaman perbualan dan video kepada mereka.

Kini satu lagi bukti dicatatkan sendiri oleh seorang pengguna dilaman Facebook beliau, sekalipun perkara ini tidak diketengahkan oleh pengguna tersebut, namun ia jelas menjadi bukti diatas laporan yang pernah PERS1M laporkan kepada MAHB, Segi Astana dan SPAD.

Diantara kesalahan yang sering dilakukan MIJ dibawah seksyen 205, mempengaruhi penumpang:

● Mengelirukan penumpang terutama pelancong luar yang ingin menggunakan "BlueCab" kepada teksi berkupon dengan mewarnakan biru pada kaunter teksi berkupon.

● Menafikan perkhidmatan teksi bermeter dengan memberi alasan kepada penumpang bahawa teksi bermeter sudah habis.

● Mengosongkan tapak teksi bermeter, dengan membekukan teksi bermeter dipadang menunggu.

● Memburukkan dan menakut-nakutkan penumpang, kononnya kadar tambang Teksi bermeter lebih mahal dan pemandu teksi bermeter akan menggunakan laluan yang jauh dan sebagainya.

Segala tindakan durjana MIJ ini dilakukan diatas sebab MIJ mengaut untung lebih diatas penjualan kupon, sedangkan penggunaan teksi bermeter sekadar memberi keuntungan RM2 bagi setiap trip perjalanan.

KESIMPULANNYA: Pengguna harus lebih bijak dan harus tegas, hapuskan pembohongan MIJ yang kononnya teksi bermeter mahal atau telah habis.

No comments:

Post a Comment