Friday, May 29, 2015

Adakah pemandu teksi satu golongan yang mudah diperbodohkan?

U SAY NO TO UBER & GRABCAR, BUT U NOT UNDERSTAND WHAT SYED HAMID ALBAR SAY IN BAHASA.

Bila kita tidak faham maksud sesuatu kenyataan yang dibuat pihak tertentu, kita akan merasakan pihak itu menyebelahi kita dan sedang melindungi kebajikan kita.

Padahal kita tak sedar pihak tersebut sedang menabur pasir kedalam periuk nasi kita sendiri, namum kita masih merasa bangga kerana dapat bekerjasama dengan pihak tersebut.

Ketika kita membuat kempen mengatakan TIDAK kepada #Uber & #Grabcar, #SyedHamidAlbar (SPAD) pula sedang memberi kebenaran kepada Uber & Grabcar beroperasi didalam industri kita untuk terus merompak mata pencarian kita, tapi itu pun kita masih tidak sedar.

Mungkinkah kita ini golongan yang mudah diperbodohkan? Kita lupa janji manis #SPAD di Bukit Jalil, kita lupa apa yang telah SPAD lalukan kepada kita selama ini.

Mungkin kita nak tunggu sampai industri kita dimonopoli sepenuhnya, baru kita boleh sedar kembali siapa mereka didalam SPAD.

Cubalah kita baca dan kita terliti sedalam-dalamnya maksud yang tersirat didalam kenyataan Syed Hamid Albar:

"Walaupun SPAD mengalakkan apa-apa penambahbaikkan kepada sistem pengangkutan awam, Uber tidak terkecuali dari mematahui Undang-Undang Negara ini".

Boleh faham atau tidak?

Tidak dinafikan ketika ini SPAD melakukan tangkapan terhadap kenderaan persendirian yang terlibat dengan Uber dan Grabcar.

Tetapi kita jangan lupa, yang ditangkap itu hanyalah kenderaan persendirian, sedangkan kereta SewaPandu dan Teksi Mewah masih dibenarkan menggunakan App Uber dan App Grabcar.

Disitulah terletaknya pengertian "Uber dan Grabcar tidak terkecuali dari mematahui Undang-Undang Negara ini".

Maksudnya: Uber dan Grabcar boleh beroperasi dengan syarat mereka harus mematuhi Undang-Undang. Tapi persoalnya, Undang-Undang apakah yang harus Uber dan Grabcar patuhi?

Mereka tidak menyediakan Aplikasi kepada Teksi, sebaliknya menyediakan Aplikasi kepada kenderaan HARAM (persendirian dan kenderaan yang melanggar syarat lesen).

Cubalah tanya diri sendiri atau pun cubalah tanya SPAD, apakah SPAD akan menyita kenderaan Kereta SewaPandu dan Teksi Mewah yang terlibat dengan Uber dan Grabcar?

Apakah tujuan sebenarnya SPAD masih menambah bilangan permit kereta SewaPandu didalam industri kita?

Apakah Teksi Eksekutif dan TEKS1M yang sedia ada masih tidak mencukupi menampung keperluan semasa?

Terus terang saya katakan, saya yakin, tujuan SPAD mengeluarkan permit Kereta SewaPandu Pelancongan adalah bertujuan menghalalkan Uber dan Grabcar, supaya dengan adanya kenderaan tersebut, SPAD mampu mengatasi pertikaian yang dibuat sesetengah pihak termasuk PERS1M.

Contoh seperti perbualan yang sempat dirakam oleh seorang sahabat yang menelefon SPAD dan memaklumkan kenderaan persendirian telah mengambil penumpang dengan menggunakan App.

Lalu SPAD menjawap, itu kenderaan yang berdaftar dengan kami, dan kami tidak boleh ambil tindakan kerana kenderaan itu berdaftar dengan kami.

Kesudahannya kenderaan itu bebas merompak mata pencarian kita, adakah itu yang kita mahukan?

Saya tidak bijak seperti sahabat-sahabat yang bekerjasama dengan SPAD ketika ini, tapi percayalah, SPAD sebuah Suruhanjaya yang tidak tulus.

Bila kenderaan Kereta SewaPandu telah banyak, Uber dan Grabcar akan jadi halal, kerana Uber dan Grabcar menggunakan kenderaan berlesen dan perkara ini sedang belaku.

Persoalan timbul kenapa tiada tindakan Undang-Undang dikenakan terhadap kenderaan yang melanggar syarat lesen, sedangkan pemandu teksi yang melakukan kesalahan kecil dengan tidak disengajakan seperti Kad Pemandu tamat tempoh dikenakan hukuman yang berat.

Makanya..... Saya selalu mempertikaikan dan bertanya secara terbuka kepada mana-mana pihak yang menyokong dan bekerjasama dengan SPAD kononnya untuk membenteras Uber dan Grabcar.

Diantara persoalan saya yang hingga ketika ini tidak pihak tampil menjawap:

a. Apakah SPAD akan sita kenderaan SewaPandu dan Teksi Mewah yang terlibat dengn Uber dan Grabcar ?

b. Mengapakah SPAD tidak membatalkan permit milik Syarikat yang disalah gunakan?

c. Mengapakah SPAD masih mengeluarkan permit Kereta SewaPandu Pelancongan, sedangkan ketika ini banyak kenderaan SewaPandu tersadai dan disalah guna bagi menyokong Uber dan Grabcar?

Namun pertikaian saya tidak dijawap, yang ada hanyalah gambar-gambar sitaan kenderaan persendirian yang terlibat dengan Uber dan Grabcar.

Wahai sahabat-sahabat seperjuanganku sedarlah, SPAD adalah dalang disebalik Uber dan Grabcar. SPAD bercadang ingin menggunakan App tersebut untuk menjayakan pelan PHV mereka, ini pengakuan SPAD sendiri, maka itu mereka tidak mengistiharkan Uber dan Grabcar haram.

Nasihat saya, jangan mudah terlena dengan helah SPAD, saya dah alami semua itu, makanya saya tidak lagi mempercayai SPAD, melainkan SPAD dirombak atau SPAD dengan rasmi mengistiharkan Uber dan Grabcar "HARAM".

Tak salah bekerjasama dengan SPAD, tapi harus diterliti terlebih dahulu sejauh manakah ketulusan SPAD.

Jangan sia-siakan kepercayaan dan keyakinan yang diberikan sahabat-sahabat kepada kita.

Thursday, May 28, 2015

Benarkah SPAD sebuah Suruhanjaya yang tulus?

Terus terang saya akui, satu ketika dulu saya sering terlibat didalam perjumpaan #MyTeksi dengan beberapa pihak Persatuan Teksi lain.

Diantara perbincangan kami adalah berkenaan menambah baik sistem Myteksi dan kebajikan pemandu teksi.

Namun tidak dinafikan, MyTeksi pernah memaklumkan kepada saya dan semua yang hadir, Grabcar diwujudkan ketika itu hanya ada15 unit bagi tujuan menentang kehadiran Uber.

Saya yakin saya adalah diantara individu-individu yang paling lantang menentang pelan MyTeksi (Grabcar) itu, namun diatas persetujuan bersama dimana Grabcar harus ditamatkan setelah PERS1M, MyTeksi dan Persatuan-Persatuan lain berjaya menghalau Uber dari tanah air kita yang tercinta ini.

Namun diatas kelalaian SPAD dan diatas sikap tidak bertanggungjawap SPAD, Uber makin bertambah tanpa tindakan tegas SPAD.

MyTeksi yang melihat Uber semakin selesa tanpa tindakan SPAD, mengambil kesempatan dan menjadi semakin berani dengan menambah jumlah bilangan kenderaan Grabcar berpermit mahupun yang tidak berpermit.

Pendapat saya sangat mudah:
Tanpa kebenaran SPAD membenarkan kenderaan berpermit (Teksi Mewah dan Kereta SewaPandu) menggunakan App Uber atau Grabcar. Aplikasi tersebut tidak mampu bertahan dan akan terkubur.

Melainkan mereka (App) melakukan kesalahan dengan hanya mendapatkan sokongan dari pemandu tidak sah dan menggunakan kenderaan persendirian, yang pastinya lebih mudah pihak berkuasa JPJ dan SPAD mengenakan tindakan Undang-Undang kepada mereka yang terlibat.

Tetapi bila SPAD sendiri yang membenarkan kenderaan Teksi Mewah dan Kereta SewaPandu bekerjasama dengan App-App tersebut, tahap kemampuan membenteras gejala HARAM itu menjadi terlalu sukar.

Lalu SPAD bersandiwara dengan membuat kenyataan "Diluar bidang kuasa kami".

Sebuah Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang telah diarahkan Kerajaan supaya melindungi dan menjaga industri pengangkutan awam boleh memaklumkan mereka tidak ada kuasa terhadap aktiviti haram perkhidmatan pengangkutan awam. Pelik.....

Atas desakan belbagai pihak termasuk PERS1M, SPAD mengambil keputusan untuk bermain wayang dengan mempelawa 3 4 kera pemandu teksi, kononnya bagi bekerjasama dengan SPAD untuk membuktikan bahawa mereka (SPAD) benar-benar ingin membenteras Uber dan Grabcar.

Tapi persoalannya:
Apakah SPAD akan mengenakan tindakan terhadap Syarikat-Syarikat yang melanggar syarat lesen pengendali Teksi Mewah dan Kereta SewaPandu Pelancongan?

Apakah #SPAD akan menyita kenderaan-kenderaan yang melanggar syarat lesen pengendali Teksi mewah dan Kereta SewaPandu?

Apakah hukuman yang dikenakan kepada persalah Uber dan Grabcar lebih berat dari hukuman terhadap pemandu teksi yang melakukan kesalahan kecil, atau hukuman persalah Uber dan Grabcar hanya seringgan segelas teh tarik?

Wednesday, May 27, 2015

OPERASI REVUS SPAD HANYA WAYANG

Sebelum kita merasa bangga dan memuji tindakan SPAD, sila baca dan fahami betul-betul erti status yang dicatatkan #SPAD.

SPAD mencatatkan "Operasi Revus terhadap kereta TANPA permit yang menggunakan Aplikasi Grabcar".

Itu bermaksud SPAD hanya bertindak kepada kenderaan yang tidak memiliki permit, namun bagi kenderaan yang memiliki permit, mereka akan dibebaskan sekalipun mereka melanggar syarat permit.

Faham tak maksud tersebut? Jangan jadikan diri kita seseorang yang mudah diperbodohkan.

Cuba kita tanya, kenapa SPAD tidak mengharamkan kenderaan berpermit SewaPandu dan Teksi Mewah dari menggunakan App Uber atau Grabcar?

Kenapa perlu SPAD membenarkan kenderaan SewaPandu dan Teksi Mewah melanggar syarat permit dan bekerjasama dengan Uber atau Grabcar?

Percaya atau tidak, jika SPAD mengharamkan Kereta SewaPandu dan Teksi Mewah menggunakan App tersebut, App tersebut akan terkubur?

Tapi apa yang belaku hari ini, kerjaya pemandu teksi yang bakal terkubur.

Bagi saya sangat mudah, selagi SPAD tidak melarang atau mengharamkan Kenderaan SewaPandu dan Teksi Mewah menggunakan Uber atau Grabcar. SPAD pembohong besar dan apa saja tindakan SPAD hanyalah lakonan.

Monday, May 25, 2015

SEGALANYA BERKEMUNGKINAN BERLAKU

Sedar tidak sedar, ketika ini SPAD sedang menambah jumlah bilangan permit Kereta SewaPandu Pelancongan.

Apa tujuan dan alasan SPAD?

Apakah SPAD tidak nampak tindakan mereka bakal memberi kesan buruk terhadap industri teksi Negara?

Atau mungkin SPAD mempunyai perancangan untuk membunuh market teksi?

11 Tahun pengalaman saya didalam industri teksi, saya melihat ramai pemandu teksi yang terdesak terpaksa membawa penumpang ke satu-satu destination dengan kadar tambang dibawah paras meter, hmmm termasuk diri saya sendiri.

Sebenarnya perkara seperti ini telah lama belaku didalam kelas teksi Eksekutif, segalanya berpunca diatas sikap tidak bertanggungjawap pihak berwajib mengeluarkan permit teksi melebihi keperluan semasa dan bertembung dengan kenderaan Pelancongan.

Perkara ini pernah dirujuk kepada Pegawai SPAD, namun ternyata mereka tidak memperdulikan masalah yang dihadapi pemandu teksi. Yang penting cukup bulan mereka (SPAD) terima gaji.

Dari pandangan saya, SPAD sebenarnya mempunyai perancangan untuk membunuh kerjaya pemandu teksi individu. Maka itu sehingga kini SPAD masih melongokkan permit Kereta SewaPandu kepada Syarikat Pelancongan.

Mungkin ia bertuju memberi lampu hijau kepada Syarikat Pelancongan mengeluarkan kenderaan mewah dan menyediakan perkhidmatan "HARAM" menyerupai teksi.

SPAD menghalalkan perbuatan mereka, sekalipun dengan jelas perbuatan Syarikat Pelancongan tersebut melanggar syarat lesen Kereta SewaPandu.

Malah SPAD mengalakkan mereka bekerjasama dengan Uber dan Grabcar bagi merompak mata pencarian pemandu teksi.

KESANNYA TERHADAP INDUSTRI TEKSI:
*Kawasan beroperasi menjadi sempit.

*Jumlah penumpang akan menjadi susut, kerana pemandu teksi terpaksa berkongsi jumlah penumpang dengan perkhidmatan HARAM yang dihalalkan SPAD.

KESANNYA TERHADAP PEMANDU TEKSI:
*Pemandu teksi akan mengalami kesempitan kewangan, dan menyukarkan pemandu teksi menampung segala kos operasi termasuk kos sara hidup.

*Pemandu teksi permit individu akan berhadapan kesukaran membayar pembiayaan pinjaman teksi seperti Bank atau Mara. Namun mereka (pemandu teksi individu) terpaksa bertahan dan mengharungi keadaan tersebut kerana ingin menyelamatkan nama mereka dari disenarai hitam.

*Pemandu teksi Syarikat, mereka boleh serah teksi kepada Syarikat Teksi atau biarkan teksi itu kena tarik, selepas itu mereka akan bekerjasama (memandu) dengan Uber dan Grabcar. Perkara ini telah belaku dan sedang belaku.

KESUDAHANNYA:
Tidak mustahil satu ketika nanti, seluruh warga pemandu teksi akan jadi hamba penjajahan moden seumur hidup kepada Syarikat yang bekerjasama dengan Uber dan Grabcar.

#PERS1M

PEMANDU TEKSI BENTERAS UBER?

Mohon maaf jika pandangan saya tersasar.

Saya tertanya-tanya, apakah tindakan menyerang atau menyerbu Uber akan mampu meng"HARAM"kan UBER, atau menghentikan perbuatan individu-individu luar bekerjasama dengan Uber?

Mungkin kita terlupa hakikat sebenar bahawa SPAD sendiri yang menghalalkan Uber, malah ketika ini, SPAD sedang mengeluarkan permit Kereta SewaPandu Pelancongan bagi tujuan menyokong dan bekerjasama dengan Uber.

So.... Apakah tindakan kita menahan, menyerbu atau memusnahkan kenderaan Uber mampu melindungi industri kita?

Siapakah yang sepatutnya kita serbu dan persalahkan?

Jika keadaan ini pun kita tak faham dan tak mampu membezakan, kita sebenarnya tergolongan didalam golongan yang merugikan. Kita menyokong sesuatu yang kita sendiri tak faham.

Kalau setakat nak serbu, kantoikan, atau pecahkan kenderaan Uber, saya percaya ramai otai-otai di KL ni yang sanggup dan berani.

Persoalannya: Mampukah tindakan itu mengharamkan Uber?

Saya berpendapat, seharusnya kita semua harus BERSATU hati membuat DEMO aman, kita tunjukkan kepada KERAJAAN bahawa orang-orang didalam SPAD itu tidak berguna dan harus digantikan dengan wajah baru.

Seperti saranan TPM supaya PM pecat semua Lembaga Pengarah 1MDB, kerana merugikan Kerajaan dan yang paling utama menghilangkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan.

Perkara sama harus dilakukan terhadap SPAD, kerana SPAD yang benarkan Uber dan Grabcar bermaharajalela sehingga menyebabkan pemandu teksi menyalahkan Kerajaan. Jangan salahkan pemandu teksi jika pemandu teksi hilang keyakinan terhadap Kerajaan.

Selama ini SPAD bermain wayang dengan alasan "Bukan bidang kuasa kami", sedangkan aktiviti haram itu melibatkan sistem pengangkutan awam darat Negara.

SAYA NAK TANYA.
Berapa orangkah diantara kita yang sehingga kini masih bertanya kabar atau menghulurkan bantuan kepada saudara Arshad dari Persatuan Bistari yang pernah menentang sikap lepas tangan SPAD terhadap Ulat?

Hmmmm pasti ramai yang dah lupakan jasa beliaukan?

Kenapa? Mungkin kerana beliau tidak ada kabel Menteri kot....Hahahaha.

Pesanan ikhlas dari saya, jangan kita bangga dengan wayang, tangkap sekor tapi dalam masa yang sama dok mengipas SPAD, siap makan di Restoran Arab bilik VVIP. Ops... Siapa tu yer?

Hahaha sorry kalau ada pihak tergigit CILI.

Nasihat ikhlas saya kepada pihak tergigit CILI, hentikan kepentingan tertentu, perjuangkan dan martabatkan kebajikan pemandu teksi, sedarilah industri teksi dalam kemusnahan.

Tuesday, May 19, 2015

UBER DICEKUP SPAD.

Sekalung Tahniah diberikan kepada SPAD diatas penangkapan "DUA" kenderaan persendiran yang dipercayai melakukan kesalahan mengambil dan membawa penumpang secara haram.

Walau bagaimana pun terus terang saya katakan saya agak mencurigai kesahihan dakwaan SPAD, kononnya gambar dua kenderaan didalam wall fb SPAD ini terlibat dengan Uber.

Saya tertanya-tanya sejauh manakah kesungguhan SPAD membenteras Uber.

Mungkin dakwaan yang dibuat SPAD itu benar, tetapi apakah tujuan sebenar SPAD mengeluarkan Lesen Pengendali (Permit) Kereta SewaPandu Pelancuan?

Apakah SPAD tidak termaklum, jumlah teksi yang sedia ada telah melebihi keperluan semasa, malah beberapa kelas teksi seperti TEKS1M, Teksi Mewah dan Teksi Eksekutif boleh beroperasi/menghantar penumpang keluar kawasan?

Saya tidak nampak SPAD bersungguh-sungguh melindungi kebajikan dan ekonomi pemandu teksi.

Uber dan Grabcar terus bertahan dan terus menguasai pasaran teksi setelah  memberi kebenaran kepada kenderaan SewaPandu dan Teksi Mewah menggunakan App Uber?

Cuba bayangkan jika SPAD mengharamkan kenderaan Teksi Mewah dan kenderaan SewaPandu menggunakan App tersebut, adakah mereka (App) akan bertahan dan mampu melebarkan empayar penguasaan mereka?

Apakah tindakan menyita dua kenderaan ini sebagai satu tindakan "kambing hitam" yang bertujuan melindungi hasrat kotor SPAD untuk  "MEMBUNUH KERJAYA PEMANDU TEKSI"?

Agak menghairankan sebuah SURUHANJAYA yang diamanahkan kuasa didalam sistem Pengangkutan Awam Darat Negara memaklumkam mereka tidak mempunyai kuasa mengistiharkan HARAM kepada sesebuah syarikat penyedia Aplikasi teksi yang telah menyediakan perkhidmatan kepada kenderaan haram dan melanggar Akta Pengangkutan Awam?

"Pengedar dadah dibebas, dan dihalalkan. Penagih dadah dihukum". Logik ke tidak?

Dari sudut penguatkuasaan, saya berpendapat. SPAD lebih gairah menangkap pemandu teksi sah yang melakukan kesalahan berbanding membenteras kenderaan haram.

Jika dibandingkan dua situasi ini, saya percaya kesalahan menyediakan perkhidmatan haram lebih berat kesalahannya berbanding kesalahan yang dilakukan oleh pemandu teksi sah.


PEMINTAAN

Mohon SPAD istiharkan statistik kesalahan yang dilakukan pemandu teksi permit individu dan stastistik kesalahan yang dilakukan pemandu teksi permit Syarikat.

#SPAD #PERS1M #SuruhanjayaPengangkutanAwamDarat