U SAY NO TO UBER & GRABCAR, BUT U NOT UNDERSTAND WHAT SYED HAMID ALBAR SAY IN BAHASA.
Bila kita tidak faham maksud sesuatu kenyataan yang dibuat pihak tertentu, kita akan merasakan pihak itu menyebelahi kita dan sedang melindungi kebajikan kita.
Padahal kita tak sedar pihak tersebut sedang menabur pasir kedalam periuk nasi kita sendiri, namum kita masih merasa bangga kerana dapat bekerjasama dengan pihak tersebut.
Ketika kita membuat kempen mengatakan TIDAK kepada #Uber & #Grabcar, #SyedHamidAlbar (SPAD) pula sedang memberi kebenaran kepada Uber & Grabcar beroperasi didalam industri kita untuk terus merompak mata pencarian kita, tapi itu pun kita masih tidak sedar.
Mungkinkah kita ini golongan yang mudah diperbodohkan? Kita lupa janji manis #SPAD di Bukit Jalil, kita lupa apa yang telah SPAD lalukan kepada kita selama ini.
Mungkin kita nak tunggu sampai industri kita dimonopoli sepenuhnya, baru kita boleh sedar kembali siapa mereka didalam SPAD.
Cubalah kita baca dan kita terliti sedalam-dalamnya maksud yang tersirat didalam kenyataan Syed Hamid Albar:
"Walaupun SPAD mengalakkan apa-apa penambahbaikkan kepada sistem pengangkutan awam, Uber tidak terkecuali dari mematahui Undang-Undang Negara ini".
Boleh faham atau tidak?
Tidak dinafikan ketika ini SPAD melakukan tangkapan terhadap kenderaan persendirian yang terlibat dengan Uber dan Grabcar.
Tetapi kita jangan lupa, yang ditangkap itu hanyalah kenderaan persendirian, sedangkan kereta SewaPandu dan Teksi Mewah masih dibenarkan menggunakan App Uber dan App Grabcar.
Disitulah terletaknya pengertian "Uber dan Grabcar tidak terkecuali dari mematahui Undang-Undang Negara ini".
Maksudnya: Uber dan Grabcar boleh beroperasi dengan syarat mereka harus mematuhi Undang-Undang. Tapi persoalnya, Undang-Undang apakah yang harus Uber dan Grabcar patuhi?
Mereka tidak menyediakan Aplikasi kepada Teksi, sebaliknya menyediakan Aplikasi kepada kenderaan HARAM (persendirian dan kenderaan yang melanggar syarat lesen).
Cubalah tanya diri sendiri atau pun cubalah tanya SPAD, apakah SPAD akan menyita kenderaan Kereta SewaPandu dan Teksi Mewah yang terlibat dengan Uber dan Grabcar?
Apakah tujuan sebenarnya SPAD masih menambah bilangan permit kereta SewaPandu didalam industri kita?
Apakah Teksi Eksekutif dan TEKS1M yang sedia ada masih tidak mencukupi menampung keperluan semasa?
Terus terang saya katakan, saya yakin, tujuan SPAD mengeluarkan permit Kereta SewaPandu Pelancongan adalah bertujuan menghalalkan Uber dan Grabcar, supaya dengan adanya kenderaan tersebut, SPAD mampu mengatasi pertikaian yang dibuat sesetengah pihak termasuk PERS1M.
Contoh seperti perbualan yang sempat dirakam oleh seorang sahabat yang menelefon SPAD dan memaklumkan kenderaan persendirian telah mengambil penumpang dengan menggunakan App.
Lalu SPAD menjawap, itu kenderaan yang berdaftar dengan kami, dan kami tidak boleh ambil tindakan kerana kenderaan itu berdaftar dengan kami.
Kesudahannya kenderaan itu bebas merompak mata pencarian kita, adakah itu yang kita mahukan?
Saya tidak bijak seperti sahabat-sahabat yang bekerjasama dengan SPAD ketika ini, tapi percayalah, SPAD sebuah Suruhanjaya yang tidak tulus.
Bila kenderaan Kereta SewaPandu telah banyak, Uber dan Grabcar akan jadi halal, kerana Uber dan Grabcar menggunakan kenderaan berlesen dan perkara ini sedang belaku.
Persoalan timbul kenapa tiada tindakan Undang-Undang dikenakan terhadap kenderaan yang melanggar syarat lesen, sedangkan pemandu teksi yang melakukan kesalahan kecil dengan tidak disengajakan seperti Kad Pemandu tamat tempoh dikenakan hukuman yang berat.
Makanya..... Saya selalu mempertikaikan dan bertanya secara terbuka kepada mana-mana pihak yang menyokong dan bekerjasama dengan SPAD kononnya untuk membenteras Uber dan Grabcar.
Diantara persoalan saya yang hingga ketika ini tidak pihak tampil menjawap:
a. Apakah SPAD akan sita kenderaan SewaPandu dan Teksi Mewah yang terlibat dengn Uber dan Grabcar ?
b. Mengapakah SPAD tidak membatalkan permit milik Syarikat yang disalah gunakan?
c. Mengapakah SPAD masih mengeluarkan permit Kereta SewaPandu Pelancongan, sedangkan ketika ini banyak kenderaan SewaPandu tersadai dan disalah guna bagi menyokong Uber dan Grabcar?
Namun pertikaian saya tidak dijawap, yang ada hanyalah gambar-gambar sitaan kenderaan persendirian yang terlibat dengan Uber dan Grabcar.
Wahai sahabat-sahabat seperjuanganku sedarlah, SPAD adalah dalang disebalik Uber dan Grabcar. SPAD bercadang ingin menggunakan App tersebut untuk menjayakan pelan PHV mereka, ini pengakuan SPAD sendiri, maka itu mereka tidak mengistiharkan Uber dan Grabcar haram.
Nasihat saya, jangan mudah terlena dengan helah SPAD, saya dah alami semua itu, makanya saya tidak lagi mempercayai SPAD, melainkan SPAD dirombak atau SPAD dengan rasmi mengistiharkan Uber dan Grabcar "HARAM".
Tak salah bekerjasama dengan SPAD, tapi harus diterliti terlebih dahulu sejauh manakah ketulusan SPAD.
Jangan sia-siakan kepercayaan dan keyakinan yang diberikan sahabat-sahabat kepada kita.
No comments:
Post a Comment