Thursday, May 28, 2015

Benarkah SPAD sebuah Suruhanjaya yang tulus?

Terus terang saya akui, satu ketika dulu saya sering terlibat didalam perjumpaan #MyTeksi dengan beberapa pihak Persatuan Teksi lain.

Diantara perbincangan kami adalah berkenaan menambah baik sistem Myteksi dan kebajikan pemandu teksi.

Namun tidak dinafikan, MyTeksi pernah memaklumkan kepada saya dan semua yang hadir, Grabcar diwujudkan ketika itu hanya ada15 unit bagi tujuan menentang kehadiran Uber.

Saya yakin saya adalah diantara individu-individu yang paling lantang menentang pelan MyTeksi (Grabcar) itu, namun diatas persetujuan bersama dimana Grabcar harus ditamatkan setelah PERS1M, MyTeksi dan Persatuan-Persatuan lain berjaya menghalau Uber dari tanah air kita yang tercinta ini.

Namun diatas kelalaian SPAD dan diatas sikap tidak bertanggungjawap SPAD, Uber makin bertambah tanpa tindakan tegas SPAD.

MyTeksi yang melihat Uber semakin selesa tanpa tindakan SPAD, mengambil kesempatan dan menjadi semakin berani dengan menambah jumlah bilangan kenderaan Grabcar berpermit mahupun yang tidak berpermit.

Pendapat saya sangat mudah:
Tanpa kebenaran SPAD membenarkan kenderaan berpermit (Teksi Mewah dan Kereta SewaPandu) menggunakan App Uber atau Grabcar. Aplikasi tersebut tidak mampu bertahan dan akan terkubur.

Melainkan mereka (App) melakukan kesalahan dengan hanya mendapatkan sokongan dari pemandu tidak sah dan menggunakan kenderaan persendirian, yang pastinya lebih mudah pihak berkuasa JPJ dan SPAD mengenakan tindakan Undang-Undang kepada mereka yang terlibat.

Tetapi bila SPAD sendiri yang membenarkan kenderaan Teksi Mewah dan Kereta SewaPandu bekerjasama dengan App-App tersebut, tahap kemampuan membenteras gejala HARAM itu menjadi terlalu sukar.

Lalu SPAD bersandiwara dengan membuat kenyataan "Diluar bidang kuasa kami".

Sebuah Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang telah diarahkan Kerajaan supaya melindungi dan menjaga industri pengangkutan awam boleh memaklumkan mereka tidak ada kuasa terhadap aktiviti haram perkhidmatan pengangkutan awam. Pelik.....

Atas desakan belbagai pihak termasuk PERS1M, SPAD mengambil keputusan untuk bermain wayang dengan mempelawa 3 4 kera pemandu teksi, kononnya bagi bekerjasama dengan SPAD untuk membuktikan bahawa mereka (SPAD) benar-benar ingin membenteras Uber dan Grabcar.

Tapi persoalannya:
Apakah SPAD akan mengenakan tindakan terhadap Syarikat-Syarikat yang melanggar syarat lesen pengendali Teksi Mewah dan Kereta SewaPandu Pelancongan?

Apakah #SPAD akan menyita kenderaan-kenderaan yang melanggar syarat lesen pengendali Teksi mewah dan Kereta SewaPandu?

Apakah hukuman yang dikenakan kepada persalah Uber dan Grabcar lebih berat dari hukuman terhadap pemandu teksi yang melakukan kesalahan kecil, atau hukuman persalah Uber dan Grabcar hanya seringgan segelas teh tarik?

No comments:

Post a Comment