Tuesday, May 19, 2015

UBER DICEKUP SPAD.

Sekalung Tahniah diberikan kepada SPAD diatas penangkapan "DUA" kenderaan persendiran yang dipercayai melakukan kesalahan mengambil dan membawa penumpang secara haram.

Walau bagaimana pun terus terang saya katakan saya agak mencurigai kesahihan dakwaan SPAD, kononnya gambar dua kenderaan didalam wall fb SPAD ini terlibat dengan Uber.

Saya tertanya-tanya sejauh manakah kesungguhan SPAD membenteras Uber.

Mungkin dakwaan yang dibuat SPAD itu benar, tetapi apakah tujuan sebenar SPAD mengeluarkan Lesen Pengendali (Permit) Kereta SewaPandu Pelancuan?

Apakah SPAD tidak termaklum, jumlah teksi yang sedia ada telah melebihi keperluan semasa, malah beberapa kelas teksi seperti TEKS1M, Teksi Mewah dan Teksi Eksekutif boleh beroperasi/menghantar penumpang keluar kawasan?

Saya tidak nampak SPAD bersungguh-sungguh melindungi kebajikan dan ekonomi pemandu teksi.

Uber dan Grabcar terus bertahan dan terus menguasai pasaran teksi setelah  memberi kebenaran kepada kenderaan SewaPandu dan Teksi Mewah menggunakan App Uber?

Cuba bayangkan jika SPAD mengharamkan kenderaan Teksi Mewah dan kenderaan SewaPandu menggunakan App tersebut, adakah mereka (App) akan bertahan dan mampu melebarkan empayar penguasaan mereka?

Apakah tindakan menyita dua kenderaan ini sebagai satu tindakan "kambing hitam" yang bertujuan melindungi hasrat kotor SPAD untuk  "MEMBUNUH KERJAYA PEMANDU TEKSI"?

Agak menghairankan sebuah SURUHANJAYA yang diamanahkan kuasa didalam sistem Pengangkutan Awam Darat Negara memaklumkam mereka tidak mempunyai kuasa mengistiharkan HARAM kepada sesebuah syarikat penyedia Aplikasi teksi yang telah menyediakan perkhidmatan kepada kenderaan haram dan melanggar Akta Pengangkutan Awam?

"Pengedar dadah dibebas, dan dihalalkan. Penagih dadah dihukum". Logik ke tidak?

Dari sudut penguatkuasaan, saya berpendapat. SPAD lebih gairah menangkap pemandu teksi sah yang melakukan kesalahan berbanding membenteras kenderaan haram.

Jika dibandingkan dua situasi ini, saya percaya kesalahan menyediakan perkhidmatan haram lebih berat kesalahannya berbanding kesalahan yang dilakukan oleh pemandu teksi sah.


PEMINTAAN

Mohon SPAD istiharkan statistik kesalahan yang dilakukan pemandu teksi permit individu dan stastistik kesalahan yang dilakukan pemandu teksi permit Syarikat.

#SPAD #PERS1M #SuruhanjayaPengangkutanAwamDarat

No comments:

Post a Comment