Tuesday, September 22, 2015

SELAGI SPAD TIDAK DITRANSFORMASI. INDUSTRI TEKSI NEGARA AKAN HANCUR DAN WARGA TEKSI AKAN MERANA.

Inilah akibatnya bila Kerajaan meletakkan individu-individu yang tidak berkelayakkan didalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Negara.

Mereka (SPAD) tidak akan mampu mengenal pasti segala masalah-masalah dan perkara-perkara yang amat perlu dititik beratkan bagi merialisasikan pelan transformasi industri teksi Negara.

Sebaliknya mereka akan hanya berpendapat, untuk mentransformasikan industri teksi Negara, mereka hanya perlu melihat kepada dua aspek, dan 2 aspek ini sangat perlu diberi perhatian.

1. Perubahan fizikal.

2. Perubahan cara pemandu teksi berfikir.

Mereka (SPAD) tidak mampu mengenal pasti beberapa perkara-perkara yang lebih penting, yang seharusnya mereka titik beratkan bagi meringankan bebanan warga teksi dan sekaligus merialisasikan pelan transformasi.

Selain itu saya mendapati, SPAD tidak mampu menangani segala masalah yang diajukan warga teksi kepada mereka, malah kebajikan dan ekonomi pemandu teksi tidak dijaga mahupun dilindungi.

APA yang SPAD buat selama ini ialah:
1. Mengalakkan warga teksi menjadi hamba syarikat.

2. Membiarkan kenderaan haram Uber dan Grabcar terus merompak mata pencarian pemandu teksi.

3. Membenarkan permit-permit teksi syarikat dijadikan harta pusaka syarikat teksi.

4. Tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas ribuan permit teksi individu yang dipajakkan kepada syarikat teksi.

5. Mengiktiraf gejala monopoli yang diamalkan beberapa syarikat dibeberapa kawasan, dan banyak lagi masalah-masalah berbangkit yang tidak ingin diselesaikan SPAD.

Saya berpendapat sekiranya Kerajaan benar-benar telus terhadap warga teksi, Kerajaan harus merombak SPAD. Suruhanjaya itu harus diberi nafas baru, agar keyakinan rakyat (warga teksi) berputik kembali.

SAMPAH yang selama ini menyusahkan warga teksi harus dihapuskan.

*Petikaan pengucapan Syed Hamid Alba “Terdapat dua aspek yang perlu diberi perhatian apabila mengubah industri teksi – perubahan fizikal dan mengubah cara berfikir pemandu teksi".

Sunday, September 20, 2015

DIMANA KEPRIHATIAN KERAJAAN TERHADAP WARGA TEKSI BERBANDING ANAK PANDA?

Kini warga teksi semakin terbeban dan tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat tinggi, disamping kepayahan mendapatkan penumpang.

Sebelum ini warga teksi terpaksa memperhambakan diri kepada syarikat, setelah SPAD membenarkan permit teksi dijadikan harta pusaka syarikat teksi dan Kerajaan mempolitikan hasrat membebaskan pemandu teksi dari penjajahan moden.

Selain itu pemandu teksi juga terpaksa menanggung ketirisan penumpang, setelah SPAD tidak bertindak bersungguh-sungguh membenteras gejala perkhidmatan haram Uber dan Grabcar.

Kini warga teksi terpaksa pula menanggung kos operasi yang amat tinggi setelah harga bahan bakar NGV dinaikkan berlipat kali ganda berbanding kenaikan kadar tambang teksi.

Saya pernah dimaklumkan oleh pihak Petronas, bahawa sebelum Petronas memperkenalkan bahan bakar NGV kepada perkhidmatan awam darat Negara, Kerajaan telah bersetuju membenarkan Petronas menjual bahan bakar NGV pada kadar 50% dari harga bahan bakar petro.

Namun diatas keprihatian Kerajaan ketika itu, Kerajaan telah meminta Petronas menjual bahan bakar NGV itu dibawah kadar sebenar, dan diatas rasa simpati dan tanggungjawap, Petronas menuruti pemintaan Kerajaan dengan menjual bahan bakar NGV itu dibawah harga sebenar.

Saya berpendapat sekalipun Petronas wajar mengemaskini harga bahan bakar NGV, namun adalah tidak wajar Kerajaan membazirkan wang rakyat sejumlah lebih kurang RM2,527,482.00 (US600,000) untuk setiap anak panda yang dilahirkan dibumi Malaysia.

Saya tidak pasti selama mana wang tersebut mampu memberi subsidi bahan bakar kepada warga teksi, tetapi yang pastinya subsidi tersebut mampu meringankan bebanan warga teksi (manusia) tanpa menafikan hak Petronas.

Persoalannya: Adakah anak PANDA (binatang) lebih bernilai dari rakyat Malaysia (melayu)?

Kami bukan menentang Kerajaan, tetapi kami kecewa diatas ketidaktelusan dan ketidakprihatian Kerajaan terhadap nasib kami. Janji Kerajaan membebaskan kami dari penjajahan moden, tetapi hingga kini Kerajaan mengabaikan kami.

Saturday, September 19, 2015

SPAD SEBUAH SURUHANJAYA SAMPAH.


Mungkin itulah perumpamaan yang layak diberikan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dikendalikan oleh individu-individu yang bodoh sombong.

Mereka bukan sahaja tidak mampu mentranformasikan industri teksi Negara, malah mereka juga tidak akan pernah mampu menyahut seruan Kerajaan untuk menaiktaraf mutu perkhidmatan teksi Negara.

Lalu mereka menunding jari kepada pemandu teksi, kononya pemandu teksi tidak mahu berubah, wahal telah menjadi kewajiban dan tanggungjawap mereka (SPAD) melindungi dan menjamin kebajikan pemandu teksi.

Tetapi tanpa pengetahuan dan tanpa pengalaman didalam bidang pengangkutan awam darat Negara, mereka telah gagal melindungi dan menjamin kebajikan warga pemandu teksi. Malah mereka (SPAD) tidak telus membebaskan pemandu teksi dari penjajahan syarikat teksi, dan kini SPAD cuba menyalahkan pengguna pula.

Selain itu SPAD dikesan menutup mata terhadap permit teksi individu yang dipajakkan kepada syarikat teksi, tak cukup dengan itu, mereka menambah jumlah permit kepada syarikat dengan helah permit kereta sewapandu pelancongan.

Berhubung kereta sapu, cuba baca dan fahami kenyataan yang dibuat oleh SPAD "Ini yang menyukarkan usaha kita, sebab itu SPAD meminta orang ramai menggunakan perkhidmatan yang sah".

(http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1172356)

SPAD hanya mampu meminta orang ramai menggunakan perkhidmatan yang sah?

Cuba bayangkan jika PDRM juga mengeluh dan hanya meminta orabg ramai, terutamanya penjenayah, penagih dadah, perogol, pembunuh, dan sebagainya mematuhi undang-undang tanpa PDRM sendiri bersungguh-sungguh menguatkuasakan undang-undang. Agak-agaknya apa akan jadi kepada Negara yang tercinta ini?

Dalam isu kereta sapu yang makin berluas-luasa, saya berpendapat ia berpunca diatas sikap SPAD, terutama Syed Hamid Alba yang selama ini mempertahankan Aplikasi Uber dan Aplikasi Grabcar.

Syed Hamid Alba selalu mengatakan Aplikasi tersebut tidak salah, walaupun beliau sendiri tahu aplikasi itu telah disalahgunakan. Saya tidak pasti kenapa beliau terus mempertahankan aplikasi tersebut.

Saya pernah bertemu dengan Syed Hamid Alba dan mengatakan kepada beliau secara bersemuka, bahawa SPAD telah gagal, namun beliau menyangkal dakwaan saya. Tetapi hakikatnya? Mereka kini mengakuinya.

Monday, September 14, 2015

PEMANDU TEKSI MUDAH DIPERALATKAN

Saya amat mengagumi sajak yang ditulis oleh mantan Perdana Menteri Keempat Dr Mahathir Mohammad yang bertajuk "MELAYU MUDAH LUPA".

Diantara petikan sajak beliau "Ingatlah...Wahai bangsaku, Jangan mudah lupa lagi, Kerana perjuanganmu belum selesai".

Hari ini sahabat-sahabatku dari golongan TEKSIM merasa bangga bekerjasama dengan UBER, seperti yang belaku ketika sahabat-sahabat teksi bekerjasama dengan MyTeksi.

• Tapi apa yang belaku setelah MyTeksi mendapat tempat dihati pengguna?

• Apakah keadaan serupa tidak akan belaku setelah UBER juga mendapat tempat dihati pengguna?

• Siapa yang boleh beri jaminan, Aplikasi Yahudi itu akan menghotmati undang-undang Negara dan menghotmati hak asasi kita?

• Dan siapa pula yang boleh beri jaminan bahawa SPAD akan melindungi dan menjamin kebajikan kita semua?

Saya percaya, kerjasama ini dirancang SPAD bagi menjayakan program Migarsi PHV dan program CTS mereka.

Inilah program yang bakal melingkupkan masa depan warga pemandu teksi dan sekaligus meletakkan pemandu teksi secara 100% didalam penjajahan moden.

Pemandu teksi akan dipantau sepenuh masa, dikerah mengambil penumpang, dijadikan alasan membatalkan permit atau dijadikan penyebab permit teksi 7 Tahun (TEKSIM) tidak disambung.

Fikirlah secara bijak wahai sahabat-sahabatku, masa depan kita terletak ditangan kita sendiri.

Ingat sahabat-sahabatku!!!

Bukan bangsa lain yang sedang membinasakan kita, tetapi bangsa yang selama ini merompak, menzalimi dan menyusahkan kita adalah bangsa kita sendiri

APLIKASI DADAH 1MALAYSIA.

Saya bercadang ingin membangunkan sebuah Aplikasi DRUG4U, yang memudahkan orang ramai, terutamanya anak Syed Hamid Alba dan ahli keluarga SPAD menggunakan najis dadah.

Mungkin dengan adanya App seperti ini, pengedar dan penagih dadah akan terselamat dari tindakan undang-undang, seperti yang belaku didalam industri teksi Negara, apabila SPAD yang dipertanggungjawapkan mengendali sistem pengangkutan awam darat Negara bertindak melepas tangan.

SPAD dibawah pentakbiran Syed Hamid Alba tidak bersungguh-sungguh menangani isu pencerobohan yang dilakukan oleh kereta sapu, dulu LPKP dan JPJ bekerjasama membenteras gejala kereta sapu, namun setelah tubuhnya SPAD dan wujudnya Aplikasi Uber dan Grabcar, perkhidmatan haram itu seolah-olah telah dihalalkan SPAD.

PERTANYAAN:
• Apakah PDRM juga akan membiarkan saya (pemilik Aplikasi Drug4U) terus bebas mengaut keuntungan tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang?

• Apakah SKMM akan membiarkan App Drug4U saya terus dimuat turun oleh orang ramai?

• Apakah PDRM akan membuat statement seperti Syed Hamid Alba dan SPAD buat berhubung penyalahgunaan Aplikasi Uber dan Grabcar .

"Ia diluar bidang kuasa kami, tidak ada Akta, aplikasi Drug4U tidak salah, dan orang ramai sukakan dadah"?

Wednesday, September 9, 2015

KEBIJAKSANAAN SPAD MENAMPAKKAN KEBODOHAN SEBENAR MEREKA.

Inilah akibatnya bila sesebuah organisasi Kerajaan dikendalikan oleh manusia yang tidak berpengetahuan dan tidak mempunyai pengalaman, mereka akan merasakan apa sahaja yang mereka buat adalah betul dan tepat.

Maka itu segala nasihat mahupun pandangan dari pihak lain, terutamanya dari pemain industri tidak mahu digunapakai ataupun diiktiraf. Tiada ungkapan yang lebih tepat untuk mengambarkan apa yang sedang belaku didalam SPAD melainkan satu ayat mudah, "BODOH SOMBONG".

SPAD merasakan tindakan yang mereka buat mampu menaiktaraf mutu perkhidmatan teksi Negara tanpa perlu menjaga kebajikan dan melindungi ekonomi pemandu teksi.

PERS1M telah berkali-kali memberi cadangan dan mendesak SPAD agar mewujudkan pelan migrasi lesen pengendali, dimana semua pemandu teksi dijanjikan penganugerahan permit teksi setelah tamat penjanjian sewa beli dengan syarikat tanpa ada tunggakan atau saman.

Cadangan tersebut bukan bermaksud SPAD harus menambah jumlah bilangan Permit teksi, sebaliknya permit syarikat yang diniagakan diataskan keperitan pemandu teksi dimigrasikan kepada permit individu dan seterusnya diserahkan kepada pemandu teksi.

Tetapi SPAD dan Syed Hamid Albar berpendirian tanpa syarikat teksi, pemandu teksi tidak ada kerja, makanya hingga ke hari ini SPAD dan mahluk Allah itu terus membiarkan sebilangan besar permit individu dipajakkan kepada Syarikat teksi.

Saya amat pasti jika pelan migrasi lesen pengendali diwujudkan, seluruh warga pemandu teksi akan berubah sikap, mereka akan lebih berdisiplin dan mematuhi Undang-Undang, malah mereka lebih bimbang melakukan kesalahan, secara tidak langsung keadaan itu meringankan tugasan penguatkuasaan SPAD, dan SPAD boleh menumpukan perhatian terhadap penceroboh industri teksi Negara.

Tapi apa yang belaku hari ini?

● SPAD menjadi pembela kepada Aplikasi Uber dan Grabcar.

● SPAD bermain wayang dengan operasi cabuk mereka membenteras gejala haram (Uber dan Grabcar).

● SPAD membiarkan sebahagian besar permit individu dipajakkan kepada Syarikat teksi.

● SPAD membiarkan syarikat teksi menjadikan permit teksi sebagai harta pusaka.

● SPAD menghukum pemandu teksi tanpa menyelesaikan masalah sebenar terlebih dahulu.

SPAD harus dirombak!

Tapi bagaimana jika Kerajaan sendiri berpura-pura prihatin terhadap masalah pemandu teksi?

*Pelantikan dari kroni dan bukan dari kelayakkan.

Thursday, September 3, 2015

Pengguna di KLIA dan Klia2 sentiasa terdedah dengan penipuan sistem teksi.

Merujuk kepada sebuah catatan seorang pengguna dilaman Facebook, beliau menceritakan pengalaman beliau ditipu pengendali kaunter teksi (Mesra Indah Jaya) di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.

Sebenarnya perkara ini telah lama belaku dan #PERS1M adalah sebuah Persatuan Teksi yang satu ketika dulu sering mempersoalkan ketelusan pengendali kaunter (MIJ) dalam menguruskan aliran teksi dan pengagihan penumpang di Terminal KLIA, mahupun di Klia2.

Ketidaktelusan MIJ sering dibawa ke meja runding bersama SPAD, Segi Astana dan MAHB, namun segalanya hanya sia-sia. MAHB, Segi Astana dan SPAD seolah-olah telah dirasuah.

Mereka (SPAD) bukan sahaja tidak berminat menyiasat laporan yang dikemukakan PERS1M kepada mereka, malah mereka turut memberi jawapan "Setelah membuat siasatan dan penyamaran, perkara yang dilaporkan tidak belaku". Sedangkan PERS1M pernah menyertakan rakaman perbualan dan video kepada mereka.

Kini satu lagi bukti dicatatkan sendiri oleh seorang pengguna dilaman Facebook beliau, sekalipun perkara ini tidak diketengahkan oleh pengguna tersebut, namun ia jelas menjadi bukti diatas laporan yang pernah PERS1M laporkan kepada MAHB, Segi Astana dan SPAD.

Diantara kesalahan yang sering dilakukan MIJ dibawah seksyen 205, mempengaruhi penumpang:

● Mengelirukan penumpang terutama pelancong luar yang ingin menggunakan "BlueCab" kepada teksi berkupon dengan mewarnakan biru pada kaunter teksi berkupon.

● Menafikan perkhidmatan teksi bermeter dengan memberi alasan kepada penumpang bahawa teksi bermeter sudah habis.

● Mengosongkan tapak teksi bermeter, dengan membekukan teksi bermeter dipadang menunggu.

● Memburukkan dan menakut-nakutkan penumpang, kononnya kadar tambang Teksi bermeter lebih mahal dan pemandu teksi bermeter akan menggunakan laluan yang jauh dan sebagainya.

Segala tindakan durjana MIJ ini dilakukan diatas sebab MIJ mengaut untung lebih diatas penjualan kupon, sedangkan penggunaan teksi bermeter sekadar memberi keuntungan RM2 bagi setiap trip perjalanan.

KESIMPULANNYA: Pengguna harus lebih bijak dan harus tegas, hapuskan pembohongan MIJ yang kononnya teksi bermeter mahal atau telah habis.