Wednesday, September 9, 2015

KEBIJAKSANAAN SPAD MENAMPAKKAN KEBODOHAN SEBENAR MEREKA.

Inilah akibatnya bila sesebuah organisasi Kerajaan dikendalikan oleh manusia yang tidak berpengetahuan dan tidak mempunyai pengalaman, mereka akan merasakan apa sahaja yang mereka buat adalah betul dan tepat.

Maka itu segala nasihat mahupun pandangan dari pihak lain, terutamanya dari pemain industri tidak mahu digunapakai ataupun diiktiraf. Tiada ungkapan yang lebih tepat untuk mengambarkan apa yang sedang belaku didalam SPAD melainkan satu ayat mudah, "BODOH SOMBONG".

SPAD merasakan tindakan yang mereka buat mampu menaiktaraf mutu perkhidmatan teksi Negara tanpa perlu menjaga kebajikan dan melindungi ekonomi pemandu teksi.

PERS1M telah berkali-kali memberi cadangan dan mendesak SPAD agar mewujudkan pelan migrasi lesen pengendali, dimana semua pemandu teksi dijanjikan penganugerahan permit teksi setelah tamat penjanjian sewa beli dengan syarikat tanpa ada tunggakan atau saman.

Cadangan tersebut bukan bermaksud SPAD harus menambah jumlah bilangan Permit teksi, sebaliknya permit syarikat yang diniagakan diataskan keperitan pemandu teksi dimigrasikan kepada permit individu dan seterusnya diserahkan kepada pemandu teksi.

Tetapi SPAD dan Syed Hamid Albar berpendirian tanpa syarikat teksi, pemandu teksi tidak ada kerja, makanya hingga ke hari ini SPAD dan mahluk Allah itu terus membiarkan sebilangan besar permit individu dipajakkan kepada Syarikat teksi.

Saya amat pasti jika pelan migrasi lesen pengendali diwujudkan, seluruh warga pemandu teksi akan berubah sikap, mereka akan lebih berdisiplin dan mematuhi Undang-Undang, malah mereka lebih bimbang melakukan kesalahan, secara tidak langsung keadaan itu meringankan tugasan penguatkuasaan SPAD, dan SPAD boleh menumpukan perhatian terhadap penceroboh industri teksi Negara.

Tapi apa yang belaku hari ini?

● SPAD menjadi pembela kepada Aplikasi Uber dan Grabcar.

● SPAD bermain wayang dengan operasi cabuk mereka membenteras gejala haram (Uber dan Grabcar).

● SPAD membiarkan sebahagian besar permit individu dipajakkan kepada Syarikat teksi.

● SPAD membiarkan syarikat teksi menjadikan permit teksi sebagai harta pusaka.

● SPAD menghukum pemandu teksi tanpa menyelesaikan masalah sebenar terlebih dahulu.

SPAD harus dirombak!

Tapi bagaimana jika Kerajaan sendiri berpura-pura prihatin terhadap masalah pemandu teksi?

*Pelantikan dari kroni dan bukan dari kelayakkan.

No comments:

Post a Comment