Sunday, September 20, 2015

DIMANA KEPRIHATIAN KERAJAAN TERHADAP WARGA TEKSI BERBANDING ANAK PANDA?

Kini warga teksi semakin terbeban dan tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat tinggi, disamping kepayahan mendapatkan penumpang.

Sebelum ini warga teksi terpaksa memperhambakan diri kepada syarikat, setelah SPAD membenarkan permit teksi dijadikan harta pusaka syarikat teksi dan Kerajaan mempolitikan hasrat membebaskan pemandu teksi dari penjajahan moden.

Selain itu pemandu teksi juga terpaksa menanggung ketirisan penumpang, setelah SPAD tidak bertindak bersungguh-sungguh membenteras gejala perkhidmatan haram Uber dan Grabcar.

Kini warga teksi terpaksa pula menanggung kos operasi yang amat tinggi setelah harga bahan bakar NGV dinaikkan berlipat kali ganda berbanding kenaikan kadar tambang teksi.

Saya pernah dimaklumkan oleh pihak Petronas, bahawa sebelum Petronas memperkenalkan bahan bakar NGV kepada perkhidmatan awam darat Negara, Kerajaan telah bersetuju membenarkan Petronas menjual bahan bakar NGV pada kadar 50% dari harga bahan bakar petro.

Namun diatas keprihatian Kerajaan ketika itu, Kerajaan telah meminta Petronas menjual bahan bakar NGV itu dibawah kadar sebenar, dan diatas rasa simpati dan tanggungjawap, Petronas menuruti pemintaan Kerajaan dengan menjual bahan bakar NGV itu dibawah harga sebenar.

Saya berpendapat sekalipun Petronas wajar mengemaskini harga bahan bakar NGV, namun adalah tidak wajar Kerajaan membazirkan wang rakyat sejumlah lebih kurang RM2,527,482.00 (US600,000) untuk setiap anak panda yang dilahirkan dibumi Malaysia.

Saya tidak pasti selama mana wang tersebut mampu memberi subsidi bahan bakar kepada warga teksi, tetapi yang pastinya subsidi tersebut mampu meringankan bebanan warga teksi (manusia) tanpa menafikan hak Petronas.

Persoalannya: Adakah anak PANDA (binatang) lebih bernilai dari rakyat Malaysia (melayu)?

Kami bukan menentang Kerajaan, tetapi kami kecewa diatas ketidaktelusan dan ketidakprihatian Kerajaan terhadap nasib kami. Janji Kerajaan membebaskan kami dari penjajahan moden, tetapi hingga kini Kerajaan mengabaikan kami.

No comments:

Post a Comment