Mungkin benar EasyPlus tidak lagi aktif, dan mungkin telah terkubur, maka itu hadir seorang hamba Allah didalam Fb mempertahankan SPAD dan menuduh hati saya telah hitam, kerana saya tidak mempercayai SPAD.
Tapi bagaimana pula dengan gambar ini? Gambar ini dikirimkan seorang sahabat (pemandu teksi) kepada saya?
Saya dimaklumkan, oleh kerana terdorong rasa curiga apabila beliau ternampak stiker EasyTaxi terpapar dicermin belakang kenderaan ini, beliau bertindak mengekori kenderaan Viva ini.
Hasilnya beliau mengesan satu lagi stiker EasyTaxi dibahagian cermin hadapan kenderaan Viva ini.
Agak pelik sebuah kenderaan persendirian berminat menampal stiker EasyTaxi, sedangkan pemandu teksi yang menggunakan Aplikasi EasyTaxi pun tidak berminat menampal stiker EasyTaxi.
Beliau yang mencurigai terus mengekori kenderaan Viva ini dari Hartamas hinggalah ke Mont Kiara, pada awalnya kenderaan Viva ini tidak mempunyai penumpang, namun bebarapa ketika kenderaan Viva ini keluar dari Mont Kiara dengan membawa penumpang.
Apa yang menghairankan penumpang yang dibawa kenderaan Viva ini hanya duduk dibahagian belakang dan membiarkan bahagian tempat duduk depan kosong.
Oleh kerana tidak puas hati, sahabat tadi terus mengekori kenderaan Viva ini, namun mungkin kerana pemandu kenderaan Viva ini menyedari ia diekori, lalu pemandu kenderaan Viva bertindak melarikan diri.
PERSOALANNYA:
~ Siapakah yang dibawa kenderaan Viva ini?
~ Mungkinkah ini hanya sebuah prasangka atau ini satu kebenaran bahawa EasyPlus masih aktif dan mereka menyembunyikan aktiviti haram mereka dengan menggunakan Aplikasi EasyTaxi?
~ Adakah kenderaan Kereta SewaPandu Pelancongan dan Teksi Mewah yang melanggar syarat Lesen Pengendali (permit) dan bekerjasama dengan Aplikasi seperti Uber, Grabcar dan EasyPlus akan disita?
~ Apakah tujuan SPAD mengeluarkan permit Kereta SewaPandu Pelancongan, sedangkan jumlah teksi yang sedia ada telah melebihi keperluan semasa, malah TEKS1M dan Teksi Eksekutif yang sedia ada masih mampu memberi perkhidmatan yang diperlukan Syarikat Pelancongan?
KESIMPULANNYA:
Jika ditanya pendirian saya, terus terang saya katakan, selagi SPAD tidak dirombak, selagi itulah masalah didalam industri teksi Negara tidak akan selesai, malah hari demi hari hak pemandu teksi akan terus dirompak dan tidak mustahil kerjaya pemandu teksi bakal terkubur.
#SPAD #PERS1M.
No comments:
Post a Comment