LESEN PENGENDALI (PERMIT) DISITA ATAU DIGANTUNG.
Saban hari saya dan sahabat-sahabat tidak henti-henti menyalahkan SPAD diatas kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita. Tetapi pernah atau tidak kita menyalahkan diri kita diatas kesaliman SPAD?
Sebenarnya kita lah yang bersalah.... KENAPA?
Kerana kita adalah golongan yang paling sukar untuk bersatu, ramai diantara kita yang hanya mengamalkan sikap penting diri sendiri, kemudian merungut dan menyalahkan Kerajaan.
Kita tidak mahu BERSATU. Kita tidak mahu menyumbang tenaga dan sokongan, kta hanya berharap nasib kita terbela tanpa kita turut berusaha. Budaya apakah yang sedang kita amalkan ini? Jika datuk nenek kita bersikap seperti kita hari ini, tidak mustahil hari ini Negara kita masih dijajah.
Wahai sahabat-sahabatku bangkit lah, ayuh kita bersatu membela hak kita.
Cuba kita lihat kejadian di LCCT ketika SPAD ingin memigrasikan teksi berkupon kepada teksi bermeter di Klia2.
Persatuan dan semua pemandu teksi LCCT bersatu hati membantah.
(16 April 2014 - Teksi Berkupon berjaya dikekalkan. Tahniah kepada mereka).
Kesudahannya SPAD akur dan membatalkan hasrat melaksanakan sistem bermeter di Klia2.
Tetapi ia sangat berbeza dengan kita dibandar, kita terlalu sukar untuk bersatu, padahal kita mempunyai jumlah pemandu teksi yang lebih besar berbanding jumlah pemandu teksi di LCCT. Kita mampu lumpuhkan sistem pengangkutan Negara hingga menyebabkan Kerajaan tertekan dan memandang serius masalah yang kita bangkitkan. Tapi dimana kita?
Ayuh sahabat-sahabatku kita BERSATU, mari kita jayakan Kovensyen Persatuan-Persatuan Teksi dan Pemandu Teksi Malayasia yang bakal direncanakan pada bulan hadapan di PWTC, InshaAllah.
Kita mulakan tindakan kita dengan cara yang hormat, dan seandainya ia tidak membuahkan hasil seperti yang kita harapkan, kita ramai-ramai buat perhimpunan aman ditempat yang akan ditetapkan kemudian.
SPAD harus dirombak semula termasuk Pengerusinya.
Jalankan tanggungjawap kita menyampaikan info ini kepada semua sahabat-sahabat kita. Kita penuhkan PWTC, cipta sejarah penyatuan pemandu teksi.
"Bersatu Kearah Transfomasi"
Yakin kita mampu lakukan.
No comments:
Post a Comment