Wednesday, November 26, 2014

Kita yang salah.

LESEN PENGENDALI (PERMIT) DISITA ATAU DIGANTUNG.

Saban hari saya dan sahabat-sahabat tidak henti-henti menyalahkan SPAD diatas kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita. Tetapi pernah atau tidak kita menyalahkan diri kita diatas kesaliman SPAD?

Sebenarnya kita lah yang bersalah.... KENAPA?

Kerana kita adalah golongan yang paling sukar untuk bersatu, ramai diantara kita yang hanya mengamalkan sikap penting diri sendiri, kemudian merungut dan menyalahkan Kerajaan.

Kita tidak mahu BERSATU.  Kita tidak mahu menyumbang tenaga dan sokongan, kta hanya berharap nasib kita terbela tanpa kita turut berusaha. Budaya apakah yang sedang kita amalkan ini? Jika datuk nenek kita bersikap seperti kita hari ini, tidak mustahil hari ini Negara kita masih dijajah.

Wahai sahabat-sahabatku bangkit lah, ayuh kita bersatu membela hak kita.


Cuba kita lihat kejadian di LCCT ketika SPAD ingin memigrasikan teksi berkupon kepada teksi bermeter di Klia2. 


(09 April 2014 - Tindakan membantah migrasi SPAD).
Persatuan dan semua pemandu teksi LCCT bersatu hati membantah. 




(16 April 2014 - Teksi Berkupon berjaya dikekalkan. Tahniah kepada mereka).
Kesudahannya SPAD akur dan membatalkan hasrat melaksanakan sistem bermeter di Klia2. 








Tetapi ia sangat berbeza dengan kita dibandar, kita terlalu sukar untuk bersatu, padahal kita mempunyai jumlah pemandu teksi yang lebih besar berbanding jumlah pemandu teksi di LCCT. Kita mampu lumpuhkan sistem pengangkutan Negara hingga menyebabkan Kerajaan tertekan dan memandang serius masalah yang kita bangkitkan. Tapi dimana kita?

Ayuh sahabat-sahabatku kita BERSATU, mari kita jayakan Kovensyen Persatuan-Persatuan Teksi dan Pemandu Teksi Malayasia yang bakal direncanakan pada bulan hadapan di PWTC, InshaAllah.

Kita mulakan tindakan kita dengan cara yang hormat, dan seandainya ia tidak membuahkan hasil seperti yang kita harapkan, kita ramai-ramai buat perhimpunan aman ditempat yang akan ditetapkan kemudian.

SPAD harus dirombak semula termasuk Pengerusinya.

Jalankan tanggungjawap kita menyampaikan info ini kepada semua sahabat-sahabat kita. Kita penuhkan PWTC, cipta sejarah penyatuan pemandu teksi.

"Bersatu Kearah Transfomasi"

Yakin kita mampu lakukan.

Hentikan Perkhidamatan Bas GOKL

Sebelum ini SPAD memaklumkan mulai 1 Mei 2014, warga Kuala Lumpur yang bercadang keluar bersiar-siar di sekitar Chow Kit dan Bukit Bintang boleh menggunaan bas percuma ini.

Bas percuma ini berhawa dingin dan dilengkapi  wi-fi

Perjalanan diantara 9km hingga 10.8km, setiap 5 minit dan 10 minit pada waktu puncak. 

Tujuan bas ini diadakan adalah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam. Sebanyak 25 bas telah disediakan dan jumlah tersebut akan ditambah mengikut pemintaan, SPAD akan mempertimbangkan. ( http://spadnews.blogspot.com/2014/04/spad-tambah-dua-laluan-bas-go-kl-mulai.html )


Pendapat saya:
Saya merasakan perkhidamatan bas GOKL secara percuma ini harus dimansuhkan segera. Kerana ia satu pembaziran. Saya tidak pasti wang siapakah yang telah gunakan untuk menampung segala kos operasi perkhidmatan bas ini?

Saya berpendapat adalah tidak munasabah warga kota yang ingin bersiar-siar diberi perkhidmatan percuma. Sebaliknya adalah lebih baik perkhidmatan bas percuma diberikan kepada anak-anak yang ingin ke sekolah. Mereka adalah generasi muda yang merupakan asset terpenting Negara dan mereka lah yang bakal memimpin Negara kelak.

Saya tidak pasti idea pembaziran ini dari siapa. Tapi apa yang dapat saya katakan disini, beliau seharusnya lebih peka kepada keperluan Negara daripada membazir wang rakyat. Seharusnya mereka yang terlibat dalam pembaziran ini dipecat, mereka tidak layak menjawat jawatan yang telah diamanahkan oleh Kerajaan Malaysia. Mereka bukan sahaja membazir duit rakyat, malah mereka turut menggugat pendapatan pemandu teksi. 

Mengikut laporan blog SPAD, dijangkakan 40 ribu penumpang akan menggunakan bas percuma ini. 

Persoalannya:
1. Penumpang seramai 40 ribu itu datang dari mana?
2. Apakah kesannya terhadap pemandu teksi?
3. Berjayakah kesesakan lalulintas dikurangkan dengan perkhidmatan tersebut?
4. Apakah motif sebenar pelaksanaan bas tersebut?


Cadangan saya:
    • Hentikan perkhidamatan bas merapu itu.
    • Gantikan Bas GOKL kepada Bas GOSchool.


    Monday, November 17, 2014

    Kerajaan perlu mewujudkan skim insuran kepada teksi

    Kerajaan perlu mewujudkan skim insuran yang dimiliki Kerajaan sepenuhnya tanpa ada usul-usul perniagaan.

    Dalam video dibawah, jika tidak salah fahaman saya, Insuran yang sedia ada tidak melindungi pemandu teksi yang berusia 65 tahun ke atas dan mengamalkan budaya pembohongan. Insuran sengaja mencari helah mengelak tuntutan pengguna.

    Perkara seperti ini telah lama belaku, dah saya percaya Kerajaan juga sedia maklum perkara ini. Oleh demikian saya mencadangkan Kerajaan mewujudkan satu skim insuran yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan.

    PRIHAL 1
    Mengikut fakta sebuah Koperasi, secara anggaran mereka membelanjakan sekitar RM17,500 untuk membeli insuran komprehensif kepada 14 biji Teksi Exsekutif Naza Ria 2.5, namun mengikut rekod tuntutan pada tahun tersebut mereka hanya membuat tuntutan sejumlah RM1800. Itu bermakna  penjualan insurun sangat-sangat menguntungkan.

    PRIHAL 2
    Mengikut sebuah Koperasi lagi, mereka telah memberi saya figure yang tepat berkenaan pembiayaan insuran mereka sejak Jun 2006 hingga Jun 2011. 

    Mereka memaklumkan telah membelanjakan wang sebanyak RM1,454,844.00 untuk membeli insuran first party, dan didalam tempoh berkenaan mereka hanya membuat tuntutan (own damage claim") berjumlah hanya RM132,500.00 sahaja, bebanding bayaran sebenar pembelian insuran komprehensif sebanyak  RM1,454,844.00. Ini bermaksud Syarikat insuran mengaut keuntungan perjuanlan sebanyak RM1.3 juta.


    KESIMPULANNYA:
    Saya berpendapat sekiranya Kerajaan menubuhkan insuran khas kepada industri Teksi, saya percaya harga penjualan insuran dapat dikurangkan, malah Kerajaan mampu memberi perlindungan insuran yang lebih komprehensif kepada pemandu teksi dan penumpang.

    Dengan penglibatan Kerajaan menyediakan skim insuran kepada pemadu teksi, bebanan yang dipikul oleh pemandu teksi dapat dikurangkan. 

    Selain itu wang keuntungan penjualan insuran tersebut boleh diguna pakai untuk menaiktaraf industri teksi Negara.


    BERKENAAN KES PEMANDU TEKSI MELEPASKAN HAD USIA.

    1. Apakah bayaran pembelian insuran golongan ini lebih murah?

    2. Atau mungkin bayarannya tetap sama tetapi pihak insuran tidak mahu bertanggungjawab?

    3. Dimanakah peranan SPAD untuk memastikan plan insuran untuk teksi yang sedia ada ini adil?

    4. Inikah Transformasi yang SPAD dimaksudkan?

    5. Sebelum ini SPAD dilihat begitu gairah meniru industri teksi London, apakah di London, industri teksi mereka juga mempunyai masalah perlindungan insuran?

    6.  Usaha apakah yang telah dilakukan SPAD untuk meminimakan atau menghapuskan tekanan dan bebanan yang ditanggung oleh pemandu teksi?



    PENDAPAT SAYA SECARA PERIBADI.
    SPAD telah GAGAL mentransfornasikan industri teksi Negara. Untuk melihat mutu perkhidmatan teksi Negara bertaraf dunia, SPAD perlu dirombak. 

    SPAD yang sedia tidak tulus dan terlalu bergantung kepada syarikat teksi, tanpa memikirkan cara untuk meringankan bebanan dan mengurangkan tekanan pemandu teksi.

    Pemandu teksi harus dibebaskan dari penjajahan Syarikat.

    SPAD bukan sahaja mengamalkan budaya pergantungan kepada Syarikat teksi, Malah keegoan dan kesombongan SPAD menjalin kerjasama dengan Persatuan dan pemandu teksi, Benar-benar telah menzalimi pemandu teksi sehingga membuatkan pemandu teksi menjadi marah kepada Kerajaan.

    Saya yakin masalah yang dihadapi oleh pemandu teksi sebenarnya bukan berpunca dari Kerajaan. Tetapi ia berpunca dari keegooan dan kesombongan SPAD.

    Maka itu saya berpendapat SPAD perlu di Migrasi terlebih dahulu sebelum industri teksi di Migrasi SPAD.

    Ahli-Ali Lembaga Pengarah SPAD harus ditukar dan digantikan oleh wakil-wakil pemandu teksi yang lebih memahami masalah sebenar industri teksi Negara. Jika tidak.

    Tidak mustahil hasrat YAB Perdana Menteri untuk melihat teksi Negara bertaraf dunia tidak akan kesampaian.

    Corak pengurusan SPAD perlu diberi nafas baru.

    Sokong - Like
    Setuju - Share




    Sunday, November 16, 2014

    Kenapa SPAD gagal?

    Mengikut fahaman saya selama berurusan dengan pegawai-pegawai SPAD dan pengerusi SPAD.

    SPAD dilihat tidak mempunya edia ke arah perubahan, SPAD terlalu bergantung kepada Alibaba (syarikat) sedangkan SPAD sedia maklum syarikat teksi tidak menyumbang sebarang penambah baikkan kepada industri teksi Negara, melainkan mengisap kederat pemandu teksi.

    Syarikat teksi tidak pernah memikirkan kebajikan pemandu teksi yang terbeban dan tertekan dengan provokasi yang ditimbulkan oleh mereka. Syarikat hanya tahu pemandu teksi yang terikat dengan mereka perlu menjelaskan bayaran sewabeli atau sewa pada masa yang ditetapkan tanpa memperdulikan masalah yang dihadapi oleh pemandu teksi.

    Pemandu teksi sering menghadapi beberapa masalah terutamanya kesihatan, kemalangan, dan kesempitan kawasan beropersi apabila SPAD menghalalkan sistem kroni dibeberapa kawasan seperti pusat pelancungan dan Hotel-Hotel mewah. 

    Selain itu SPAD terlalu sombong untuk mengkaji dan menggunapakai edia-edia dari pihak pemandu teksi mahupun dari Persatuan Teksi. SPAD tidak tulus dalam menjalankan tugas mereka untuk mentransformasi industri teksi Negara.

    Malah Pengerusi SPAD mengamalkan budaya tidak ambil kesah. 

    Dalam satu pertemuan saya bersama Tan Sri Syed Hamid Alba, saya mendengar sendiri pengakuan beliau. Beliau tidak kesah pemandu teksi nak kata apa pada beliau.

    Budaya inilah punca sebenar kegagalan SPAD dalam mentransformasikan Industri Teksi Negara. 

    Beliau tidak menghiraukan rungutan pemandu teksi, beliau lebih yakin dengan laporan yang dihantar oleh pegawai-pegawai beliau.

    Seharusnya sebagai seorang Pengerusi, beliau seharusnya mendengar dan mengambil tahu serta menyiasat sendiri rungutan pemandu teksi untuk mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh pemandu teksi. 

    Masalah pemandu teksi harus diselesaikan terlebih dahulu, sebelum SPAD menuntut pemandu teksi memberi perkhidamatan yang memuaskan kepada penumpang.

    Skim Insuran Murid Sekolah 4 Bilion Ringgit





    Ucapan ribuan terima kasih dan Tahniah kepada Kerajaan diatas keperihatinan Kerajaan berkenaan kepentingan keselamatan pelajar menaiki bas sekolah. 

    Namun apakah pelaksanaan yang dibuat oleh #SPAD telah berjaya dan mencapai tahap keinginan Kerajaan? Atau SPAD hanya mewujudkan suasana ketidakadilan kepada Ibubapa dan Pengusaha bas sekolah?

    Merujuk kepada ini, Ingin saya mempertikaikan beberapa perkara berkenaan ketulusan SPAD dalam merialisasikan hasrat Kerajaan.

    Didalam video ini YBhg Tan Sri Syed Hamid Alba berkata, pada Belanjawan Negara 2013, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Kerajaan peruntukan 4 bilion Ringgit bagi mewujudkan satu skim insuran murid sekolah rendah dan menengah, Ia bertujuan mengalakan syarikat-syarikat bas untuk memperbaiki bas mereka.


    PERSOALAN SAYA : 

    1. Apakah wang tersebut telah diserapkan kepada pengusaha-pengusaha bas sekolah untuk menampung kos baik pulih dan kos penyelengaraan bas sekolah?

    2. Jika jawapannya =  BENAR. Berapakah jumlah wang yang telah disalurkan kepada pengusaha-pengusaha Bas Sekolah tersebut?

    3. Jika jawapannya = TIDAK. Bagaimana Pengerusi SPAD boleh membuat stement "Bagi mengalakan syarikat-syarikat bas untuk MEMPERBAIKI bas mereka" sedangkan wang tersebut tidak disalurkan kepada mereka?

    Saya percaya kepada dasar Kerajaan. Tetapi saya tidak percaya kepada SPAD.

    Pendapat peribadi saya. Daripada SPAD membazirkan duit rakyat dengan menyediakan bas percuma kepada pelancung, PATI dan golongan yang mampu, adalah lebih baik wang tersebut digunakan untuk menyedikan bas sekolah percuma untuk anak-anak Malaysia yang bakal meminpin Negara suatu hari nanti.

    Wednesday, November 12, 2014

    Migrasi Teksi Kelas PHV (Private Hire Vehicle)




    Dari sumber yang boleh dipercayai, Pada bulan ini SPAD akan mengumumkan 1 lagi plan Migrasi Teksi iaitu Private Hire Vehicle (PHV). 

    Ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada YBhg Tan Sri Syed Hamid Alba dan Warga SPAD kerana telah berjaya memperbodohkan seluruh warga pemandu teksi pada Majlis Janji Di Tepati di PICC Putrajaya 24hb Mac 2013.

    Didalam majlis itu, Tan Sri Syed Hamid Alba mengatakan pemandu teksi adalah merupakan barisan hadapan sektor pengangkutan awam darat di dalam Negara, dan Kerajan telah mengarahkan supaya langkah-langkah tertentu dirangka dan dilaksanakan secepat mungkin demi menjamin kebajikan dan ekonomi pemandu teksi.

    Kenyataan tersebut menampakkan bertapa pentingnya pemandu teksi kepada Negara. 

    Tetapi itu hanyalah untuk di Pilihan Raya sahaja, selepas habis Pilihan Raya, SPAD telah mengabaikan segala dasar Kerajaan.

    SPAD menjadi sombong dan angkuh, malah segala peraturan dan undang-undang yang dibuat tanpa mengadakan sebarang engagement dengan Persatuan-Persatuan Teksi. 

    SPAD lebih cenderung membuat keputusan sendiri dan mengamalkan budaya pergantungan kepada Syarikat teksi. Sehingga mengabaikan kebajikan dan ekonomi pemandu teksi. 

    Dasar Kerajaan dah betul, tapi pelaksanaan oleh SPAD ternyata sebaliknya.

    Contoh : Kenaikan tambang meter bagi teksi bajet tidak diumumkan sehingga hari ini. Pemansuhan Sercaj RM12 tidak dikaji secara menyeluruh sehingga telah menjejaskan ekonomi pemandu teksi dan menzalimi keseluruhhan pemandu teksi bermeter yang menghantar penumpang ke Terminal KLIA dan KLIA2.



    PHV
    Baru-baru ini SPAD telah membentangkan konsep dan dasar PHV. 

    Persoalannya kepada siapakah perbentangan ini dibuat? 

    Adakah kepada AliBaba (syarikat) atau kepada pengusaha sebenar (pemandu teksi)?

    Siapakah pihak yang BERKEMPENTINGAN?

    Apakah tujuan SPAD ditubuhkan? 

    Adakah untuk merialisasikan hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia untuk menaiktaraf mutu perkhidmatan  teksi bertaraf dunia atau hanya untuk jaga kepentingan kroni sahaja (berkempintingan)?

    Kenapa pengusaha sebenar (pemandu teksi) atau Persatuan Teksi tidak diundang menghadiri majlis pembentangan cadangan PHV?

    Dimanakah ketulusan SPAD dalam mentransfornasikan industri teksi Negara?

    Adakah ini caranya SPAD merealisasikan hasrat YAB Dato' Sri Najib untuk membebaskan pemandu teksi dari penjajahan moden?










    Contoh- Contoh Kenderaan PHV




    Kadar Tambang PHV






    Cara PHV Beroperasi



    Berkenaan cara PHV beroperasi ini saya berminat untuk mempertikaikan beberapa perkara.

    Sejauh manakah kewibawaan  SPAD dapat memastikan pemegang Lesen Pengendali PHV tidak melanggar syarat Lesen Pengendali mereka?

    Apakah SPAD mampu memastikan mereka tidak melakukan kesalahan mengambil penumpang ditepi jalan mahupun mengambil penumpang di hentian teksi?

    Ia berikutan sehingga ke hari ini SPAD terbukti telah GAGAL menyelesaikan masalah ULAT 

    Bagaimana SPAD dapat memastikan pemengang Lesen Pengendali PHV akan patuh kepada syarat Lesen?   

    Dimakah relevennya undang-undang SPAD?

    Kenapa syarikat yang melanggar syarat Lesen Pengendali Sewapandu tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang, sedangkan SPAD begitu tegas mengenakan tindakan kepada pemandu teksi walaupun kesalahan kecil? 

    Kenapa kenderaan - kenderaan yang melanggar syarat Lesen Pengendali Sewapandu dibenarkan menggunakan App UBER, sedangkan sebelum ini UBER memasuki industri  teksi Negara tanpa menghormati Perundangan Negara?  

    Mengapakah penjajah yang tidak ada adap ini masih diberi ruang didalam Industri pengangkutan awam darat Negara?

    Apakah keistimewaan yang dimiliki oleh golongan ini (Syarikat & Uber) sehingga mereka bebas melakukan apa sahaja?

    Apakah peranan sebenar SPAD didalam Industri Teksi Negara?

    Kenapa perlu biarkan App UBER?

    Tidak cukupkah App yang sedia ada?

    Jika diteliti warna contoh kenderaan PHV, ia menyerupai kenderaan rasmi UBER. Apakah mungkin ada gejala RASUAH didalam SPAD?


    *Lingkup Industri teksi...
    Penumpang jadi mangsa.
    Pemandu teksi  dipersalahkan.
    AliBaba kaya raya.
    SPAD lepas tangan dan hukum pemandu teksi.

    Tuesday, November 11, 2014

    PROGRAM KONVENSYEN PERSATUAN-PERSATUAN TEKSI DAN PEMANDU TEKSI MALAYSIA.

    1 November 2014 (Semalam)

    PROGRAM KONVENSYEN PERSATUAN-PERSATUAN TEKSI DAN PEMANDU TEKSI MALAYSIA.

    Alhamdullilah.

    Semalam telah berlangsung satu perjumpaan Pesatuan-Persatuan Pemandu Teksi Malaysia di WISMA MUTIARA, Sungai Besi Kuala Lumpur.

    Satu Jawatankuasa telah berjaya ditubuhkan bagi menjayakan program Konvensyen Persatuan-Persatuan Teksi dan Pemandu Teksi Malaysia pada bulan dapan. InshaAllah.

    Pada awalnya Konvensyen tersebut direncanakan di PICC Putrajaya, namun diatas kesepakatan semua, Konvensyen tersebut bakal diadakan di PWTC, bagi memudahkan pemandu teksi hadir dengan sistem pengangkutan awam yang mudah, selain mencuba mendapatan ruang letak teksi tanpa bayaran. Walau bagaimana pun ia masih tertakluk dengan kelulusan pihak bangunan.

    Jemputan khas kepada YAB Dato' Seri Najib bagi mendengar sendiri permasalahan dan bebanan yang ditanggung oleh pemandu teksi selama ini. InshaAllah YAB Dato' Sri Najib akan hadir.

    Konvensyen ini adalah anjuran dan kerjasama semua Persatuan-Persatuan Teksi. Oleh demikian kami menyeru semua Persatuan-Persatuan Teksi diluar sana yang berdaftar ataupun tidak berdaftar sila memberi komitmen. Bersama-sama kita jayakan program ini.

    Inilah masanya untuk kita buktikan ketulusan kita dalam memperjuangkan hak ahli kita mahupun hak keseluruhan pemandu teksi.

    Untuk membuktikan program ini tidak mempunyai kepentingan individu mahupun pihak tertentu, setiap logo Persatuan akan dipamirkan tanpa provokasi, malah digalakkan semua yang hadir memakai baju koprat Persatuan masing-masing. Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.

    Perjumpaan berikutnya pada 25 November 2014. Jam 9 pagi ditempat yang sama.

    "BERSATU KEARAH TRANFORMASI"

    Sunday, November 9, 2014

    Lingkup industri teksi Negara dapat kat SPAD

    Sebahagian kecil pendedahan eksklusif kecelaruan yang diwujudkan SPAD didalam industri teksi Negara.

    Bagaimana pemandu teksi dapat memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada penumpang/pengguna sedangkan SPAD sendiri tak betul.

    SPAD telah GAGAL mentransfornasikan industri teksi Negara selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia untuk melihat industri teksi Negara bertaraf dunia.

    Berapa lama lagikah imej pemandu teksi akan diburuk-burukkan oleh semua pihak diatas kegagalan SPAD?

    Malah SPAD telah mewujudkan kemarahan warga pemandu teksi kepada kepimpinan YAB Dato` Sri Najib.

    Dasar Kerajaan itu dah betul, tapi pelaksanaan oleh SPAD yang merosakan segalanya.

     Watch "Lingkup industri teksi" on YouTube
    Lingkup industri teksi: http://youtu.be/fA9rX9kKFzE

    Thursday, November 6, 2014

    Touch`nGo khas untuk teksi

    Sudah tiba masanya kad Touch`nGo khas diwujudkan kepada pemandu teksi. Ini berikutan perkhidmatan teksi sering menggunakan tol dan terpaksa Q bersama-sama pengguna yang enggan menggunakan Touch`nGo mahupun Smart TAG.
    PERS1M telah mencadangkan pelaksanaan Touch`nGo khas kepada Kementerian Kerja Raya. 

    Diharapkan kad Touch`nGo khas ini akan dapat membantu kelancaran aliran trafik di Plaza Tol.

    Selain itu PERS1M turut mencadangkan agar gajet Smart TAG dijual kepada pemandu teksi dengan harga yang lebih berpatutan. 

    Ini kerana penggunaan Tol oleh pemandu teksi lebih kerap berbanding pengguna biasa.



    buku transformasi industri teksi - SPAD




    Buku Transformasi Industri Teksi adalah sebuah buku yang menceritakan tentang tekanan dan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pemandu teksi Negara.

    Tahniah diucapkan kepada SPAD kerana telah berjaya mengenal pasti segala pemasalahan yang dihadapi oleh seluruh pemandu teksi.

    Terima kasih diucapkan kepada SPAD, kerana bersungguh-sungguh ingin menaiktaraf kehidupan warga pemandu teksi.

    Dari penghayatan saya membaca buku ini, saya pasti SPAD tulus didalam membuat kajiaan, segala janji-janji SPAD didalam buku ini menampakkan kesungguhan SPAD untuk membebaskan pemandu teksi dari penjajahan moden dan menaiktaraf kehidupan pemandu teksi, selaras dengan hasrat YAB Dato` Sri Najib untuk melihat mutu perkhdimatan teksi Negara bertaraf dunia.

    Terima kasih kepada YAB Dato` Sri Mohd Najib Tun Abd Razak.

    SPAD ditubuhkan pada 3 Jun 2010, dan beroperasi secara rasmi pada 31 Januari 2011. SPAD mempunyai bidang kuasa dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, dan diletakkan dibawah pengawasan YAB Perdana Menteri.

    Namun SPAD sungguh mengecewakan.

    Kepercayaan dan sokongan pemandu teksi telah dicabuli, SPAD terlalu  sombong dan angkuh untuk mengadakan jalinan kerjasama dengan Persatuan-Persatuan Pemandu Teksi mahupun dengan pemandu teksi.

    SPAD terlalu bergantung harap kepada Syarikat-Syarikat teksi yang selama ini tidak pernah memikirkan imej dan mutu perkhidmatan teksi, mereka hanya tahu mengaut untung diatas kepayahan pemandu teksi.

    Segala pemasalahan dan inisiatif yang tercatat didalam buku ini hanya menjadi catatan sejarah tanpa pelaksanaan.

    • PERKESO.
    • Insuran kemalangan diri 
    • Cuti tanpa dikenakan sewa 
    • Kemudahan pinjaman peribadi 
    • Penambahan Pejabat SPAD 
    • Pemudahan & penyelarasaan proses 
    • Kepelbagaian saluran akses
    • Duta kecil pelancong 
    • Pengiklanan 
    • Mekanisme kajian tambang 
    • Mekanisme utk meningkatkan jarak berbayar 
    • Pengisian NGV yang lebih baik 
    • Workshop & Pembaikan kecil tepi jalan 
    • Mengurangkan kos operasi 
    • Pengisian NGV 
    • Pemansuhan Cukai Jalan 
    • Subsidi Petrol
    • Tol lebih rendah 
    • Bantuan tukar tayar (Harga tayar lebih mahal dari harga pasaran)
    • Insuran teksi mampu bayar (tapi pemandu teksi sesak nafas nak beli insuran)
    • Yuran perbaharui lesen PSV&Kad pemandu 
    • Yuran Pemeriksaan PUSPAKOM (Tak pernah dapat pun)
    • Kesesuai Enjin Campro 
    • Pengecualian Duti eksais 
    • Subsidi kadar faedah pinjaman 
    • Bantuan penggantian kenderaan 

    Malah SPAD telah GAGAL melakukan Transformasi, tapi SPAD telah berjaya mewujudkan kemarahan pemandu teksi terhadap Kerajaan. 

    Seharusnya SPAD harus dirombak semula, pegawai-pegawai termasuk pengerusi SPAD perlu gantikan dengan wajah baru yang berpengalaman dan berpengetahuan didalam industri pengangkutan awam darat.

    Jika tidak harapan YAB Dato` Sri Najib untuk melihat industri teksi Negara bertaraf dunia tidak akan tercapai.















    Berapa keratkah pemandu teksi pernah jumpa dan baca buku ini? 
    Buku ini telah menjadi asas pertikaian didalam perjuangan PERS1M. Saya telah simpan dan berulang-ulang kali membaca buku ini saja tahun 2011. Makin kerap baca, makin kerap sakit hati.

    Tuesday, November 4, 2014

    Apakah paranan #SPAD didalam Industri teksi Negara?

    Apakah peranan sebenar SPAD didalam industri teksi Negara?