Wednesday, November 12, 2014

Migrasi Teksi Kelas PHV (Private Hire Vehicle)




Dari sumber yang boleh dipercayai, Pada bulan ini SPAD akan mengumumkan 1 lagi plan Migrasi Teksi iaitu Private Hire Vehicle (PHV). 

Ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada YBhg Tan Sri Syed Hamid Alba dan Warga SPAD kerana telah berjaya memperbodohkan seluruh warga pemandu teksi pada Majlis Janji Di Tepati di PICC Putrajaya 24hb Mac 2013.

Didalam majlis itu, Tan Sri Syed Hamid Alba mengatakan pemandu teksi adalah merupakan barisan hadapan sektor pengangkutan awam darat di dalam Negara, dan Kerajan telah mengarahkan supaya langkah-langkah tertentu dirangka dan dilaksanakan secepat mungkin demi menjamin kebajikan dan ekonomi pemandu teksi.

Kenyataan tersebut menampakkan bertapa pentingnya pemandu teksi kepada Negara. 

Tetapi itu hanyalah untuk di Pilihan Raya sahaja, selepas habis Pilihan Raya, SPAD telah mengabaikan segala dasar Kerajaan.

SPAD menjadi sombong dan angkuh, malah segala peraturan dan undang-undang yang dibuat tanpa mengadakan sebarang engagement dengan Persatuan-Persatuan Teksi. 

SPAD lebih cenderung membuat keputusan sendiri dan mengamalkan budaya pergantungan kepada Syarikat teksi. Sehingga mengabaikan kebajikan dan ekonomi pemandu teksi. 

Dasar Kerajaan dah betul, tapi pelaksanaan oleh SPAD ternyata sebaliknya.

Contoh : Kenaikan tambang meter bagi teksi bajet tidak diumumkan sehingga hari ini. Pemansuhan Sercaj RM12 tidak dikaji secara menyeluruh sehingga telah menjejaskan ekonomi pemandu teksi dan menzalimi keseluruhhan pemandu teksi bermeter yang menghantar penumpang ke Terminal KLIA dan KLIA2.



PHV
Baru-baru ini SPAD telah membentangkan konsep dan dasar PHV. 

Persoalannya kepada siapakah perbentangan ini dibuat? 

Adakah kepada AliBaba (syarikat) atau kepada pengusaha sebenar (pemandu teksi)?

Siapakah pihak yang BERKEMPENTINGAN?

Apakah tujuan SPAD ditubuhkan? 

Adakah untuk merialisasikan hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia untuk menaiktaraf mutu perkhidmatan  teksi bertaraf dunia atau hanya untuk jaga kepentingan kroni sahaja (berkempintingan)?

Kenapa pengusaha sebenar (pemandu teksi) atau Persatuan Teksi tidak diundang menghadiri majlis pembentangan cadangan PHV?

Dimanakah ketulusan SPAD dalam mentransfornasikan industri teksi Negara?

Adakah ini caranya SPAD merealisasikan hasrat YAB Dato' Sri Najib untuk membebaskan pemandu teksi dari penjajahan moden?










Contoh- Contoh Kenderaan PHV




Kadar Tambang PHV






Cara PHV Beroperasi



Berkenaan cara PHV beroperasi ini saya berminat untuk mempertikaikan beberapa perkara.

Sejauh manakah kewibawaan  SPAD dapat memastikan pemegang Lesen Pengendali PHV tidak melanggar syarat Lesen Pengendali mereka?

Apakah SPAD mampu memastikan mereka tidak melakukan kesalahan mengambil penumpang ditepi jalan mahupun mengambil penumpang di hentian teksi?

Ia berikutan sehingga ke hari ini SPAD terbukti telah GAGAL menyelesaikan masalah ULAT 

Bagaimana SPAD dapat memastikan pemengang Lesen Pengendali PHV akan patuh kepada syarat Lesen?   

Dimakah relevennya undang-undang SPAD?

Kenapa syarikat yang melanggar syarat Lesen Pengendali Sewapandu tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang, sedangkan SPAD begitu tegas mengenakan tindakan kepada pemandu teksi walaupun kesalahan kecil? 

Kenapa kenderaan - kenderaan yang melanggar syarat Lesen Pengendali Sewapandu dibenarkan menggunakan App UBER, sedangkan sebelum ini UBER memasuki industri  teksi Negara tanpa menghormati Perundangan Negara?  

Mengapakah penjajah yang tidak ada adap ini masih diberi ruang didalam Industri pengangkutan awam darat Negara?

Apakah keistimewaan yang dimiliki oleh golongan ini (Syarikat & Uber) sehingga mereka bebas melakukan apa sahaja?

Apakah peranan sebenar SPAD didalam Industri Teksi Negara?

Kenapa perlu biarkan App UBER?

Tidak cukupkah App yang sedia ada?

Jika diteliti warna contoh kenderaan PHV, ia menyerupai kenderaan rasmi UBER. Apakah mungkin ada gejala RASUAH didalam SPAD?


*Lingkup Industri teksi...
Penumpang jadi mangsa.
Pemandu teksi  dipersalahkan.
AliBaba kaya raya.
SPAD lepas tangan dan hukum pemandu teksi.

2 comments:

  1. Taxi is:
    1. Smelly
    2. Unsafe
    3. Expensive
    4. Rude
    5. Liar
    6. Use old car
    7. Act like mafia

    while UBER and GrabCar is:
    1. Better
    2. Cheaper
    3. Friendly
    4. Foul-proof
    5. Safe
    6. Trustworthy
    7. Use better car

    AND, just admit people, when we use a TAXI, it's a sign to all people that you're so poor that you can't afford to buy a car, while when using UBER or GrabCar, it's like you tell the whole world that you're rich enough to hire a personal driver.

    And when you say about CUSTOMER, I'm a taxi user for 10 years. But ever since I use GrabCar (not UBER, since I don't have credit card), I say Grabcar is better than taxi. I feel that all the money I pay for a taxi is absolutely a total waste. Taxi drivers, you are FIRED.

    ReplyDelete
  2. Taxi is:
    1. Smelly
    2. Unsafe
    3. Expensive
    4. Rude
    5. Liar
    6. Use old car
    7. Act like mafia

    while UBER and GrabCar is:
    1. Better
    2. Cheaper
    3. Friendly
    4. Foul-proof
    5. Safe
    6. Trustworthy
    7. Use better car

    AND, just admit people, when we use a TAXI, it's a sign to all people that you're so poor that you can't afford to buy a car, while when using UBER or GrabCar, it's like you tell the whole world that you're rich enough to hire a personal driver.

    And when you say about CUSTOMER, I'm a taxi user for 10 years. But ever since I use GrabCar (not UBER, since I don't have credit card), I say Grabcar is better than taxi. I feel that all the money I pay for a taxi is absolutely a total waste. Taxi drivers, you are FIRED.

    ReplyDelete