Wednesday, November 26, 2014

Hentikan Perkhidamatan Bas GOKL

Sebelum ini SPAD memaklumkan mulai 1 Mei 2014, warga Kuala Lumpur yang bercadang keluar bersiar-siar di sekitar Chow Kit dan Bukit Bintang boleh menggunaan bas percuma ini.

Bas percuma ini berhawa dingin dan dilengkapi  wi-fi

Perjalanan diantara 9km hingga 10.8km, setiap 5 minit dan 10 minit pada waktu puncak. 

Tujuan bas ini diadakan adalah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam. Sebanyak 25 bas telah disediakan dan jumlah tersebut akan ditambah mengikut pemintaan, SPAD akan mempertimbangkan. ( http://spadnews.blogspot.com/2014/04/spad-tambah-dua-laluan-bas-go-kl-mulai.html )


Pendapat saya:
Saya merasakan perkhidamatan bas GOKL secara percuma ini harus dimansuhkan segera. Kerana ia satu pembaziran. Saya tidak pasti wang siapakah yang telah gunakan untuk menampung segala kos operasi perkhidmatan bas ini?

Saya berpendapat adalah tidak munasabah warga kota yang ingin bersiar-siar diberi perkhidmatan percuma. Sebaliknya adalah lebih baik perkhidmatan bas percuma diberikan kepada anak-anak yang ingin ke sekolah. Mereka adalah generasi muda yang merupakan asset terpenting Negara dan mereka lah yang bakal memimpin Negara kelak.

Saya tidak pasti idea pembaziran ini dari siapa. Tapi apa yang dapat saya katakan disini, beliau seharusnya lebih peka kepada keperluan Negara daripada membazir wang rakyat. Seharusnya mereka yang terlibat dalam pembaziran ini dipecat, mereka tidak layak menjawat jawatan yang telah diamanahkan oleh Kerajaan Malaysia. Mereka bukan sahaja membazir duit rakyat, malah mereka turut menggugat pendapatan pemandu teksi. 

Mengikut laporan blog SPAD, dijangkakan 40 ribu penumpang akan menggunakan bas percuma ini. 

Persoalannya:
1. Penumpang seramai 40 ribu itu datang dari mana?
2. Apakah kesannya terhadap pemandu teksi?
3. Berjayakah kesesakan lalulintas dikurangkan dengan perkhidmatan tersebut?
4. Apakah motif sebenar pelaksanaan bas tersebut?


Cadangan saya:
    • Hentikan perkhidamatan bas merapu itu.
    • Gantikan Bas GOKL kepada Bas GOSchool.


    No comments:

    Post a Comment