Mungkin sesuai saya katakan manusia didalam SPAD adalah sampah, Suruhanjaya itu bakal menyumbang kepupusan kepercayaan dan sokongan pemandu teksi kepada kepimpinan YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak dan kepada Kerajaan.
Mungkin selepas ini warga pemandu teksi tidak akan mempercayai lagi segala janji-janji yang ditaburkan Kerajaan ketika menjelang Pilihan Raya.
Merujuk kepada pertikaian yang dibuat PERS1M dan beberapa pihak kepada SPAD berhubung penceroboh Uber dan Grabcar yang merompak mata pencarian pemandu teksi selama ini, SPAD hanya memberi alasan bahawa isu tersebut diluar bidang kuasa mereka.
Namun pada 30hb Jun 2015 (Selasa) di Majlis pelancaran Kenderaan Operasi Bergerak Armada Penguatkuasaan SPAD, Syed Hamid Albar bercakap kepada pihak berita bahawa kenderaan persendirian yang terlibat dengan Uber, Grabcar dan seangkatan dengannya adalah salah dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat.
Syed Hamid Albar turut menjelaskan kepada pihak berita bahawa kenderaan Sewa & Pandu, dan Kenderaan limosin yang memiliki lesen pengendali boleh dianggap tidak sah jika penggunaan kenderaan itu melanggar syarat yang dicatatkan didalam lesen pengendali mereka.
Tambahan beliau, kebanyakan pemandu Uber dan Grabcar tidak mempunyai lesen memandu Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV), dan itu suatu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Selain itu manusia bernama Syed Hamid Albar telah menjadi HERO kepada Uber, apabila beliau mempertahankan Uber dengan menyatakan kepada pemberita bahawa Aplikasi Uber tidak salah disisi Undang-Undang, sekalipun Syed Hamid Albar sedar Aplikasi itu telah disalahgunakan. Tahniah diucapkan kepada beliau.
PERSOALAN SAYA:
● Kenapa selama ini pertikaian pemandu teksi terhadap Uber dan Grabcar, SPAD hanya memberi alasan "diluar bidang kuasa kami" dan pengguna suka perkhidmatan haram itu?
● Berapakah jumlah sebenar kenderaan Sewa & Pandu dan kenderaan Limosin yang disita diatas kesalahan terlibat dengan Uber dan Grabcar atau tidak ada satu pun kenderaan tersebut dikenakan tindakan Undang-Undang?
● Apakah tujuan sebenar SPAD menambah bilangan Permit Kereta Sewa dan Pandu, sedangkan jumlah permit teksi yang sedia ada telah melebihi keperluan semasa, malah terdapat ribuan kenderaan Sewa dan Pandu tersadai tanpa disewa pelancong?
Statistik : Terdapat hampir 91,000 pemandu telah berdaftar dengan MyTeksi dan GrabCar. Sedangkan pemandu teksi sah Lembah Klang sekitar 40,000. Persoalannya siapakah mereka dari jumlah 51,000 itu?
Kesimpulannya: Jika sahabat-sahabat masih leka dan terus mengamalkan sikap pentingkan diri sendiri, kita semua bakal terkubur.
#SPADharusdirombak.
#PERS1M #SPAD #Uber #Grabcar
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/06/30/SPAD-to-clamp-down-uber-grabcar/