Tuesday, July 7, 2015

Kerajaan disaran jangan biarkan SPAD jadi duri dalam daging.

KERAJAAN JANGAN BIARKAN SPAD MENJADI DURI DIDALAM DAGING.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Radio #BFM FM89.9, yang sudi menemuramah saya dan menyiarakan info-info berguna kepada masyarakat.

Kesempatan ini saya mengharapkan Kerajaan akan lebih peka dan faham masalah yang sedang melanda industru teki Negara.

Kegagalan SPAD menaiktaraf mutu perkhidmatan teksi Negara telah dijadikan alasan kepada penyeroboh-penceroboh asing untuk menyerang industri teksi Negara dan merompak mata pencarian pemandu teksi.

Apa yang lebih menyedihkan, tanpa ketelusan SPAD mentransformasikan industri teksi Negara, semua pihak termasuk SPAD sendiri bertindak menyalahkan pemandu teksi.

Sedangkan segalanya masalah yang timbul di dalam industri teksi Negara berpunca dari kegagalan SPAD yang terlalu menjaga kepentingan individu-individu tertentu seperti Syarikat dan Ahli Politik.

Selama ini pemandu teksi dipaksa menggunakan kenderaan yang tidak berkualiti dan tidak berdaya tahan, malah kos penyelenggaraan tidak dikawal.

Pihak Syarikat Teksi mengaut untung Jutaan Ringgit dengan memerah kederat pemandu teksi.

Kebajikan pemandu teksi tidak dijaga, malah kebanyakkan kenderaan teksi milik Syarikat Teksi tidak diselenggara dengan baik.

Namun SPAD dan Kerajaan meminta pemandu teksi memberi perkhidmatan yang memuaskan dan berkualiti. Persoalannya, dimanakah logiknya?

PERTANYAAN :
● Dimana keprihatinan Kerajaan terhadap pemandu teksi dan industri teksi Negara?

● Kenapa Kerajaan tidak bersungguh-sungguh membebaskan pemandu teksi dari penjajahan moden (permit syarikat dimigrasikan kepada permit individu)?

● Apakah Kerajaan tidak sedar SPAD telah gagal menaik taraf mutu perkhidmatan teksi Negara?

● Apakah Kerajaan yakin SPAD telah menjalankan amanah yang telah diberikan Kerajaan kepada mereka?

● Layakkah individu-individu didalam SPAD dikekalkan?

● Sampai bilakah Kerajan dan SPAD akan terus bergantung harap kepada Syarikat Teksi untuk menaik mutu perkhidmatan teksi Negara?

●Kemana hilangnya janji-janji YAB Perdana Menteri untuk membela nasib pemandu teksi?

HARAPAN:
Berbekalkan secebis harapan yang ada, diharapakan dengan pengakuan yang dibuat pihak Uber ini, JPJ dan SKMM  dapat bekerjasama bagi membenteras pemandu-pemandu Uber dan Grabcar.

Kerana jelas aktiviti mereka ada faktor pembayaran dan ia boleh disabitkan kesalahan, sekalipun bayaran yang dibuat secara online. Buktikan Negara kita berperlembagaan.

Berhubung SPAD, Kerajaan harus telus dan buktikann kesungguhan Kerajaan dalam memartabatkan industri teksi Negara, SPAD harus dirombak.

SPAD GAGAL.

● SPAD gagal menaiktaraf mutu perkhidmatan teksi Negara.

● SPAD gagal melindungi ekonomi pemandu teksi, sekalipun Kerajaan telah mengarahkan SPAD berbuat demikian.

● SPAD gagal mematuhi dan ingkar arahan Kerajaan.

● SPAD telah menyebabkan sebilangan besar warga pemandu teksi hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Kerajaan.

SPAD wajar dirombak, pegawai-pegawai tertinggi SPAD dan Pengerusi SPAD seharusnya digantikan dengan wajah-wajah baru yang lebih telus dan bersungguh-sungguh menyahut seruan Kerajaan.

Jangan biarkan mereka menjadi duri didalam daging (kepada Kerajaan).

http://www.bfm.my/current-affairs-local-taxi-problems.html

PERS1M

No comments:

Post a Comment