Monday, July 13, 2015

SPAD SEHARUSNYA DIROMBAK.

Text pc dari saya:

Hari ini kami berhimpun disini adalah bertujuan mendapatkan penyerahan atau jawapan berhubung penyerahan memorandum bantahan kami terhadap Aplikasi Grabcar milik MyTeksi.

MyTeksi adalah sebuah syarikat penyedia Aplikasi teksi, selama ini kami yang bertanggungjawap memajukan syarikat ini.

Tanpa sokongan dari kami, Aplikasi MyTeksi tidak ubah seperti sebuah sampah.

Namun setelah MyTeksi berjaya dan menguasai industri kami, MyTeksi telah mengkianati kami, MyTeksi menyediakan perkhidmatan haram mereka bagi merompak mata pencarian kami.

Malah lebih mengecewakan, MyTeksi mengelar kami yang hadir hari ini bagi memperjuangkan kesinambungan periuk nasi kami sebagai "PENCEROBOH".

Saya tak pasti sama ada MyTeksi sedar atau pura-pura tidak sedar bahawa mereka yang sebenarnya sedang menceroboh industri kami.

Saya berpendapat segala masalah yang timbul hari ini didalam industri teksi Negara adalah berpunca dari kelalaian dan sikap lepas tangan yang diamalkan SPAD.

Bagi saya SPAD adalah sebuah Suruhanjaya yang paling teruk didalam Negara kita.

SPAD bukan sahaja telah GAGAL menaik taraf mutu perkhidmatan teksi Negara, sebaliknya SPAD telah mengingkari arahan Kerajaan supaya menjaga dan melindungi kebajikan dan ekonomi kami.

Dulu industri kami dibawah pentakbiran LPKP, tapi kami tidak pernah menghadapi masalah seteruk hari ini.

Namun setelah SPAD mengambil alih, kami menghadapi macam-macam masalah, malah dalam satu kajian yang dibuat oleh pihak luar baru-baru ini, Teksi Negara dikenali yang terburuk didunia.

Persoalannya : Haruskan kami dipersalahkan atau SPAD yang seharusnya dipertanggungjawapkan?

Saya difahamkan LPKP dulu dikendalikan oleh individu-individu yang mempunyai pengetahuan dan mempunyai hubung kait dengan system pengangkutan, seperti anggota JPJ dan sebagainya.

Namun didalam SPAD pula ia sangat berbeza, dari beberapa sumber yang boleh dipercayai, saya difahamkan ada diantara pegawai-pegawai tertinggi SPAD terdiri dari bekas wartawan hiburan dan sebagainya.

Mereka ini bukan sahaja tidak berpengetahuan, malah mereka tidak mempunyai pengalaman.

Jadi layakkah mereka ini dikekalkan didalam SPAD?

Biagaimana mereka ini mampu merangka atau mencari jalan penyelesaian bagi menaik taraf mutu perkhidmatan teksi Negara?

Jika ini caranya SPAD dibentuk, saya percaya, hasrat Kerajaan untuk melihat industri pengangkutan awam darat, terutamanya Industri Teksi Negara kita bertaraf dunia tidak akan tercapai.

Kerajaan seharusnya lebih telus dalam melantik individu-individu yang berpengetahuan, berpengalaman dan berkualiti untuk mengendalikan SPAD.

Sebagai satu contoh:
SPAD telah membazirkan wang rakyat, terbang ke Kota Landon dan buat kajian berkenaan system teksi disana, lalu mereka pulang ke tanah air dan ingin melaksanakan system teksi Landon (PHV) di Malaysia.

Persoalanya:  Adakah SPAD telah mengkaji keupayaan rakyat Malaysia membayar seperti mana rakyat Landon membayar kadar tambang perkhidmatan teksi mereka?

Kedua -  Berapa pula jumlah penduduk Landon jika berbanding jumlah teksi mereka, adakah teksi Negara kita seimbang dengan jumlah penduduk seperti di Kota Landon?

Saya berpendapat di Landon pemandu teksi mereka memperolehi pendapatan yang cukup lumayan, maka itu mereka mampu mengimbangi kos sara hidup dan membaik pulih kenderan mereka.

Sedangkan di Malaysia ia sangat berbeza, pemandu teksi berpendapatan rendah, jangankan nak membaik pulih kenderaan, nak tampung kos sara hidup pun kadang-kadang tak mampu. Itupun masih banyak mulut-mulut yang sedang ternganga mengisap wang kederat kami.

Kami warga pemandu teksi telah bersedia menyahut seruan Kerajaan untuk menaik taraf mutu perkhidmatan teksi Negara dan membersihkan imej kami.

Tetapi bagaimana kami mampu melakukannya sekiranya SPAD hanya tahu meminta kami melakukannya tanpa menyelesaikan masalah kami?

Sehubungan dengan itu kami merayu keprihatinan Kerajaan agar merombak semula SPAD.

Berikan kami sebuah Suruhanjaya yang benar-benar telus memajukan industri kami. Kami tidak meminta Kerajaan membubarkan SPAD, kami cuma mahu SPAD dikendalikan oleh individu-individu yang benar-benar telus, jujur, amanah, berpengalaman, berpengetahuan dan mempunyai sifat insan.

Sekian.

Kamal

Selanjutnya si #PERS1M

No comments:

Post a Comment