Friday, July 10, 2015

Hujung bulan selesai isu teksi berkupon.

Sebenarnya saya tertarik dengan beberapa kenyataan di dalam akbar ini: 

1. "Pihaknya tidak bermusuhan dengan teksi bermeter, tetapi dalam masa yang sama berharap supaya jumlah kemasukan teksi berkenaan ke Klia2 dapat dihadkan". 

Dari sudut hati saya, saya bersimpati dengan nasib yang dihadapi sahabat-sahabat berkupon di KLIA dan Klia2, SPAD benar-benar telah menyusahkan kita semua.

Sekiranya perkara menghadkan jumlah kemasukan teksi bermeter belaku, #SPAD harus mengembalikan Surcaj RM12 kepada seluruh warga pemandu teksi bermeter yang bakal dihalang mengambil penumpang di Klia2.

Ini kerana pemansuhan Surcaj tersebut dikuatkuasakan diatas faktor kebenaran yang diberikan kepada pemandu teksi bermeter mengambil penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan Klia2.

Saya berpendapat sekalipun kebenaran teksi bermeter beroperasi di Lapangan Terbang tidak belaku dengan telus, ia harus dikekalkan. Atau sekiranya perkara menghadkan kemasukan teksi bermeter dilaksanakan, SPAD harus mengembalikan Surcaj RM12 kepada seluruh warga pemandu teksi bermeter.

Mungkin saya boleh mencadangkan, SPAD mengembalikan Surcaj RM12 kepada seluruh warga pemandu teksi bermeter dan kemasukan teksi bermeter dibenarkan secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan berdasar jumlah pesawat dan keupayaan teksi berkupon.

2. "Terpaksa menunggu sehingga 24 jam".

Nanti #SyedHamidAlbar akan jawap "Kenapa tunggu sampai 24 jam, pemandu teksi premier kena bijak". Jawapan ini pernah diberikan beliau kepada pemandu teksi bermeter yang merintih terpaksa tunggu lama di KLIA dan Klia2.

Sebelum ini saya/PERS1M pernah menyarankan kepada seluruh pihak (pemandu teksi) agar bersatu hati demi membela dan memartabatkan hak kita.

Namun sayangnya seruan kami tidak diendahkan dan tidak disahut, masing-masing mengamalkan sikap penting diri sendiri dan mewujudkan suasana berpuak-puak. Kita lupa "Sepakat membawa berkat".

Kesudahan.. SPAD menggunakan kerapuhan kita untuk terus menzalimi kita, SPAD yang dikendalikan oleh manusia tidak berhati perut terus menyusahkan kita dan menabur pasir ke dalam periuk nasi kita. 

Itu pun kita masih tidak sedar dan terus mewujudkan sempadan diantara kita, kita seharusnya saling hormat menghormati hak masing-masing.

3. Masalah kekurangan trip dan terpaksa menunggu lebih lama.

Saya amat pasti masalah tersebut bukan 100% berpunca dari kehadiran teksi bermeter di KLIA dan Klia2, sebaliknya ia disebabkan oleh beberapa faktor yang harus diterima akal, diantaranya:

● Kemerosotan kemasukkan pelancong luar.
● Masalah ekonomi Negara (GST).
● Ketirisan penumpang yang dirompak perkhidmatan haram.
● 75% hingga 80% penghijrahan penumpang kepada sistem aliran ringat (ERL).

Kini kita semua sudah tidak ada pilihan lain untuk keluar dari kemulut yang sedang melanda industri teksi kita, kita semua harus bersatu hati.

Sikap penting diri atau menjadi balaci menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu harus diakhiri, buat apa kita mengayakan mereka? Apakah selama ini mereka menjaga dan melindungi kebajikan kita?

Kita adalah bangsa yang bermaruah, kita harus sedar selama ini mereka langsung tidak pernah memikirkan kebajikan kita, melainkan mereka mencipta peluang untuk merompak dan memerah kederat kita. Sampai bila kita nak jadi balaci mereka?

Sedarilah... Semua masalah yang kita hadapi hari ini berpunca dari mereka yang tidak berhati perut, kita dijadikan hamba atau binatang untuk kepentingan mereka.

Kita semua harus berganding bahu mendesak Kerajaan agar merombak SPAD, selagi manusia-manusia didalam SPAD (pegawai tertinggi) tidak digantikan dengan wajah-wajah baru, selagi itulah masalah kita semua tidak akan pernah selesai dan kerjaya kita akan terkubur. 

Jangan beri muka atau percaya lagi kepada muka-muka didalam SPAD itu, kita harus akhiri kezaliman mereka.

Sebagai sebuah Persatuan (PERS1M), saya menyokong perjuangan Persatuan Pemandu Teksi Premier (PPTP), cuma mungkin kita perlu mencari cara dan kesepakatan yang lebih akfisyen untuk membela nasib keseluruhan warga pemandu teksi.

No comments:

Post a Comment