Didalam video ini MyTeksi menunjukkan mereka begitu prihatin dengan nasib pemandu teksi, lalu MyTeksi melakukan beberapa aktiviti yang menampakkan keprihatinan mereka.
Tetapi hakikat sebenarnya MyTeksi sedang menabur pasir ke dalam periuk nasi pemandu teksi.
MyTeksi telah mengkhianati sokongan yang diberikan warga pemandu teksi kepada mereka.
Kononnya Grabcar siwujudkan bagi bersaing dan memberi tekaan kepada Uber, agar Uber tidak mampu bertahan dan akan keluar di dalam industri teksi Negara. Tetapi apa yang belaku kini adalah sebaliknya.
MyTeksi bukan sahaja merompak mata pencarian pemandu teksi, sebaliknya MyTeksi menambahkan lagi masalah kepada pemandu teksi.
Kini pemandu teksi bukan sahaja terpaksa menentang Uber, pemandu teksi kini terpaksa menentang Aplikasi dan perkhidmatan haram MyTeksi (Grabcar).
Masih segar diingatan saya bagaimana pada awalnya MyTeksi memasuki industri teksi Negara, mereka bagai pengemis yang mengharapkan pemandu teksi akan menggunakan dan menyokong Aplikasi mereka.
Namun kini setelah MyTeksi menguasai pasaran industri teksi Negara, MyTeksi bertindak besar kepala dan zalim.
MyTeksi akan menyekat sesiapa sahaja (pemandu-pemandu teksi) yang membantah Aplikasi Grabcar mereka.
Semoga dengan tindakan MyTeksi ini akan memberi pengajaraan kepada seluruh warga pemandu teksi agar bersatu hati.
Tanpa kesepakatan kita akan terus diperhambakan.
Saya berpendapat, sekiranya MyTeksi benar-benar telus membantu pemandu teksi, App Grabcar telah dihapuskan. Namun apa yang belaku hari ini?
MyTeksi memberi penghargaan kepada 2 3 kerat pemandu teksi, tetapi dalam masa yang sama MyTeksi terus menguasai industri teksi dan terus merompak mata pencarian seluruh warga pemandu teksi.
Semua ini salah SPAD, SPAD gagal menjalankan amanah yang telah diberikan Kerajaan kepada mereka agar melindungi kebajikan dan ekonomi pemandu teksi.
SPAD seharusnya dirombak.
PERS1M
http://youtu.be/s6nbrxuC7Ao
No comments:
Post a Comment