Sunday, July 5, 2015

SPAD kesal pemandu teksi tidak mahu ubah sikap?

Tahniah harus diucapkan kepada ‪#‎SPAD‬ dan paling utama harus diucapkan kepada bapak propa ‪#‎SyedHamidAlbar‬.


1. SANGAT KESAL.
Kalian (SPAD) sangat kesal?


Apa yang kalian kesalkan?

Seharusnya kami ini (warga pemandu teksi), terutamanya sahabat-sahabat kami yang telah menghadiri Majlis Janji Ditepati Pemberian Lesen Teksi Individu pada 24 March 2013 yang lalu harus merasa kesal.

Sepatutnya Majlis itu dipulaukan bagi membuktikan kepada Kerajaan bahawa kalian didalam SPAD seharusnya dipecat.

Kalian (SPAD) yang mengambil alih pengurusan LPKP bukan sahaja telah GAGAL memartabatkan industri kami, sebalik kalian langsung tidak bertanggungjawap melindungi industri kami.

Malah kalian menyusahkan kami dan menafikan hak kami.

● Sila baca semula text ucapan Bapak Propa di Majlis Pemberian Lesen Teksi Individu.
Bukankah dengan jelas telah membuktikan Kerajaan telah memberi arahan kepada SPAD supaya melindungi kebajikan dan ekonomi kami? So.. Kenapa ‪#‎Uber‬ dan ‪#‎Grabcar‬ masih bebas merompak mata pencarian kami?

2. BEKERJASAMA DENGAN PERSATUAN PEMANDU TEKSI.

Hahahaha.... Kononnya Suruhanjaya kalian telah bekerjasama dengan Persatuan Pemandu Teksi untuk melakukan pelbagai program seperti penjenamaan, latihan dan menangani aduan.

Persatuan Pemandu teksi mana yang kalian bekerjasama? Tolong umumkan senarai nama-nama Persatuan pemandu teksi itu.

Persatuan Pemandu Teksi mana yang selama ini bekerjasama dengan SPAD sehingga mengharu harakan industri teksi Negara ni? Sila buat pengakuan sikit.

3. TEKSI EKSEKUTIF.
Kalian mengatakan "Kita adakan Teksi Eksekutif" Bukankah kalian sedang membunuh kelas Teksi Eksekutif? 

Tak baca pekeliling ker?

4. KENAIKKAN KADAR TAMBANG TEKSI.
Kini kalian berbangga dengan kenaikkan kadar tambang teksi, apakah kenaikkan kadar tambang teksi itu dilakukan dengan kerelaan hati kalian atau ia kerana tekanan?

Apakah kalian tidak sedar kenaikkan kadar tambang yang huru hara dari kalian telah menyusahkan pemandu teksi dan orang ramai?

Lagi tak mau mengaku dan terus menyalahkan pemandy teksi.
‪#‎PERS1M‬ #SPAD

No comments:

Post a Comment