Tuesday, June 30, 2015

Bagaimana kamu ingin berjuang untuk pemandu teksi?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa saya telah menubuhkan sebuah group "Gerak Gempuh Perhimpunan Aman Gergasi Pemandu Teksi".

Beberapa Persatuan Teksi dan Kelab Teksi telah bersetuju menyertai garakan tersebut, walau bagaimana pun saya masih mengalu-alukan penyertaan dari Persatuan-Persatuan Teksi dan Kelab-Kelab Teksi, yang berdaftar ataupun yang masih belum berdaftar, bagi menguatkan lagi jentera gerakan dan menjayakan program Perhimpunan besar-besaran ini.

Namun sedikit mendukacitakan apabila sesebuah Pertubuhan yang kononnya "BERSATU" untuk memperjuangkan dan membela nasib pemandu teksi, enggan "BERSATU HATI" dengan perjuangan ini.

Malah lebih mengecewakan apabila mereka mengatakan bekerjasama dengan #PERS1M adalah satu keputusan yang bodoh.

Saya tertanya-tanya apakah perjuangan yang PERS1M bawa selama ini, perjuangan yang bodoh, atau untuk kepentingan PERS1M sendiri?

Atau mungkinkah mereka sendiri mempunyai kepentingan tertentu atau hasrat tertentu yang ingin mereka capai?

Sungguh mengecewakan, jika inilah cara pendirian mereka, saya percaya sampai bila-bila pun nasib sahabat-sahabat tidak akan terbela.

Harapan saya, semoga selepas ini sahabat-sahabat akan lebih bijak menilai dari memberi sokongan secara meluru.

Saya percaya kita semua mampu "BERSATU HATI" dan melahirkan kesepakatan secara mutlak untuk terus memperjuangkan hak kita. Perhimpunan Aman Gergasi Pemandu Teksi akan tetap dijayakan selepas raya. InshaAllah.

"Sesungguhnya kebenaran tidak mungkin akan mampu dipadam dengan kepalsuan".

No comments:

Post a Comment