Friday, October 31, 2014

SPAD disaran beri permit teksi kepada pemandu teksi

Susulan pertanyaan seorang sahabat didalam Fb, sejauh manakah jaminan prestasi mutu perkhidmatan teksi dapat diberikan oleh pemandu teksi kepada SPAD sekiranya semua pemandu teksi adalah pemegang Lesen Pengendali Individu (permit individu).
Saya terpanggil memberi maklum balas dan menjawap persoalan ini, kerana saya salah seorang yang terlibat secara langsung didalam perjuangan dan meminta plan Migrasi Lesen Pengendali diwujudkan, bagi membebaskan pemandu teksi dari penjajahan moden (Syarikat). Bagi saya ia adalah satu persoalan dan situasai yang  sangat mudah.
Melihat kepada keadaan semasa, apakah dengan sistem AliBaba yang sedia ada selama ini telah memberi mutu pretasi perkhidmatan teksi yang memuaskan kepada industri teksi Negara?
Apakah dengan longokkan Lesen Pengendali teksi kepada syarikat akan menjaminkan pretasi mutu perkhidmatan teksi yang memuaskan kepada SPAD?
Adakah dengan membiarkan keadaan zaman LPKP dimana pemandu teksi dijajah syarikat teksi itu dikatakan Transformasi Industri Teksi?
Saya pasti semua pembaca sedia maklum jawapannya adalah TIDAK. Kenapa?
Kerana sistem AliBaba yang sedia ada selama ini zalim dan menginayai pemandu teksi. Jadi adakah perjuangan atau tuntutan membebaskan pemandu teksi dari kezaliman sistem AliBaba ini tidak releven?


BERKENAAN MENJANJIKAN MUTU PERKHIDMATAN KEPADA SPAD.
Saya rasa perkara tersebut tidak timbul dan tak perlu pun. Malah saya menyangkal element-element yang menampakkan seakan-akan pemandu teksi ini satu golongan yang tidak tahu mengenang budi.
Saya yakin mutu perkhidmatan teksi akan bertambah baik, setelah pemandu teksi diberi Lesen Pengendali Individu. Malah tidak mustahil dengan penganugerahan tersebut, pemandu teksi akan membantu SPAD merialisasikan harapan YAB Dato Najib untuk melihat industri teksi Negara bertaraf dunia.
Pemandu teksi yang bebas dari system AliBaba dan diberikan Lesen  Pengendali individu akan berterima kasih kepada Kerajaan.
Secara automatik mereka akan berubah sikap, mereka akan lebih berdisplin dan mematuhi undang-undang. Malah mereka akan memberikan perkhidmatan yang lebih  baik dan memuaskan. Ini adalah fakta dari pengalaman saya sendiri.
Warga pemandu teksi akan berterima kasih kepada SPAD dan Kerajaan. Tak percaya? Jom kita cuba.


BERHUBUNG GEJALA TIDAK SIHAT  SEGELINTIR PEMANDU TEKSI & SEGELINTIR PEMEGANG LESEN  PENGENDALI INDIVIDU.
Ia adalah menjadi tanggungjawab SPAD untuk mengenali dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan, maka  itu Kerajaan menubuhkan SPAD, tapi apa yang belaku ketika ini SPAD sendiri membutakan mata dan membiarkan kebanyakan Syarikat melanggar syarat Lesen Pengendali mereka, Lesen Pengendali SEWAPANDU tapi beroperasi seperti teksi dan merompak penumpang teksi, seperti kes UBER.
Dasar Kerajaan ingin membebaskan pemandu teksi dari penjajahan moden dan melihat industri teksi Negara bertaraf  dunia itu dah betul. Cuma pelaksanaan oleh ajensi-ajensi tertentu seperti SPAD itu yang telah memperlingkupkan dasar Kerajaan.

SPAD telah mewujudkan satu suasana ketidakpuasan hati warga pemandu teksi terhadap Kerajaan serta mengugatkan keyakinan pemandu teksi terhadap kepimpinan YAB Dato  Najib.



PEMBERIAN LESEN PENGENDALI TEKSI INDIVIDU.
SPAD adalah pihak yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti beberapa golongan didalam Industri  teksi Negara yang layak diberi Lesen Pengendali Individu. SPAD seharusnya menjalinkan kerjasama dengan  Persatuan-Persatuan pemandu teksi bagi memudahkan SPAD mengenal pasti pemandu-pemandu teksi yang benar-benar layak diberi Lesen Pengendali Individu.

Tapi selama ini SPAD hanya menjalinkan hubungan akrab dengan Syarikat dan membelakangkan segala pandangan dan cadangan dari pemandu teksi mahupun dari Persatuan Pemandu Teksi.

SPAD mengamalkan budaya pergangtungan kepada Syarikat teksi.

 
DIANTARA GOLONGAN YANG ADA DIDALAM INDUSTRI TEKSI NEGARA.
1. Golongan pertama - Mereka terdiri dari golongan pemandu teksi yang benar-benar memandu teksi sepenuh masa dan menjadikan teksi sumber mata pencarian mereka.
2. Golongan kedua - Mereka yang terdiri dari golongan pemandu teksi yang memandu teksi sekadar suka-suka dan sambilan untuk mengisi masa lapang., termasuk mereka yang hanya beroperasi di kawasan-kawasan tertentu.
3. Golongan ketiga - Mereka yang memiliki  Lesen Pengendali tetapi mengamal budaya AliBaba seperti, Syarikat teksi, pemilik Lesen Pengendali individu yang menyewakan atau memajakkan Lesen Pengendali mereka kepada pihak-pihak tertantu.

Disinilah peranan SPAD dipertikaikan, SPAD seharusnya tulus dan ikhlas dalam merialisasikan Transfomasi. Golongan pertama harus diutamakan dari golongan  kedua.

Namun sekiranya semua pemandu teksi golongan pertama telah memiliki Lesen Pengendali, adalah tidak menjadi masalah pemohonan golongan kedua dipertimbangkan selagi teksi tidak melebihi dari keperluan semasa.


Bagi golongan ketiga, ia tidak layak dan tidak berhak sama sekali untuk memiliki sebarang Lesen Pengendali. Ketirisan wang pemandu teksi harus disifarkan.


 
KESIMPULANNYA :
Seharusnya istilah ukur baju dibadan sendiri, tidak timbul.
Tetapi SPAD yang seharusnya lebih tulus dan ikhlas dalam mentransfornasikan industri teksi Negara.

Jika dihati itu terkumit secebis perasaan bimbang tidak ada jawapan untuk bersoal jawap dengan SPAD. Saya menawarkan diri untuk berdepan dan bersoal jawap dengan mereka.

Thursday, October 30, 2014

SPAD mewujudkan double standard didalam industri teksi Negara

Satu perkara yang tidak dapat dinafikan adalah perbezaan harga yang belaku di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2. Mengikut maklumat yang dilapor SPAD kepada PERS1M pada 7 April 2013. SPAD akan menguatkuasakan hanya satu sistem teksi di Klia2, iaitu sistem teksi yang bermeter.

PERS1M menyambut baik plan tersebut kerana ia akan memberi satu suasana yang lebih adil kepada penumpang dan kepada pemandu teksi, setelah pemilik premis dimaklumkan telah memberi kuasa mengendalikan kaunter teksi kepada Syarikat Mersa Indah Jaya (MIJ).

Tetapi segalanya berubah sebaik sahaja Klia2 mula beroperasi, SPAD dilihat terlalu rapuh, sehingga membenarkan sistem kupon terus beroperasi dan MIJ dibenarkan mengendalikan dua kaunter sistem teksi yang berbeza.

Kupon - MIJ mendapat keuntungan 9% dari harga kupon.
Meter - MIJ hanya dapat RM2 bagi setiap trip pejalanan teksi bermeter.

Oleh kerana perbezaan keuntungan tersebut, MIJ telah bertindak mempengaruhi penumpang agar menggunakan teksi berkupon, kerana kupon mendatangkan keuntungan yang sangat lumayan berbanding meter. 

MIJ dikesan telah menyalurkan maklumat palsu kepada penumpang kononnya harga kupon lebih murah dari harga meter, malah hasil penyelidikan dan pemantauan MIJ juga dikesan turut memburuk-burukkan imej pemandu teksi bermeter, kononnya teksi bermeter akan menggunakan jalan yang jauh bagi mengenakan caj yang mahal kepada penumpang. 

Kesudahannya pemandu teksi bermeter terpaksa menunggu berjam-jam lamanya. Hasil dari penindasan dan kezaliman tersebut, PERS1M telah mengadakan beberapa sesi pertemuan dengan SPAD dan Pemilik Premis bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Pelbagai usaha dan cadangan diutarakan kepada SPAD, salah satunya ialah dengan meminta SPAD menyediakan senarai angaran kadar tambang meter dari Lapangan Terbang ke satu-satu destinasi mengikut kapasiti penumpang, bagasi dan destinasi. Ini berikutan budaya penumpang yang selalu bertanya angaran harga di kaunter teksi yang dikendalikan oleh MIJ, kesempatan itu digunakan untuk memburukan pemandu teksi bermeter dan mempengaruhi penumpang agar menggunakan meter.

Setelah hampir setahun PERS1M mendesak SPAD bagi menyediakan senarai angaran kadar tambang meter, akhirnya kini SPAD telah menyediakan senarai angaran kadar tambang meter tersebut.


Apa yang menarik ialah perbezaan harga tambang yang hujud diantara meter dan kupon sekalipun kedua-dua sistem tersebut menggunakan kenderaan model yang sama.


SPESIKASI PERBEZAAN HARGA TAMBANG TEKSI
Putrajaya : Kupon RM64.40 - Meter RM30.00 = Meter murah RM34.40.
Cheras Perdana : Kupon RM84.40 - Meter RM52.00 + Meter Murah RM32.40.
Selayang Baru : Kupon RM104.40 - Meter RM72.00 = Meter murah RM32.40.


Kesimpulannya: 
Hanya penumpang yang tahu dan bijak sahaja akan mendapat nilai kepada wang mereka, sedangkan penumpang luar dan yang tidak tahu akan terperdaya dengan keadaan ini.

Penumpang A yang menggunakan Teksi Bajet Berkupon ke Selayang Baru dikena bayar RM104.40. Duduk didalam keadaan sempit dan sebahagian bagasinya terpaksa diriba.

Penumpang B yang menggunakan Teksi Bajet Bermeter ke Selayang Baru hanya perlu membayar RM72.00 sahaja. Sekalipun terpaksa duduk didalam keadaan sempit dan sebahagian bagasinya terpaksa diriba. 

Namun keadaan berbeza apabila giliran penumpang bertembung dengan TEKS1M. Kendeaan yang luas, selesa dan semua bagasi muat di isi didalam bonet kenderaan.. Kadar tambang masih tetap RM72.00.


Persoalannya ialah:
1. Kewajaran apakah SPAD membenarkan perbezaan harga tersebut?
2. Keistimewaan apakah yang dimiliki MIJ sehingga SPAD membiarkan perkara tersebut belaku?
3. Apakah relevennya pemansuhan Sercaj RM12 jika dibezakan dengan harga kupon?
4. Dimanakah kewibaan SPAD?
5. Apakah kesannya kepada industri teksi Negara?



Lain-lain perkara
Keadaan yang dihujudkan SPAD di KLIA dan Klia2 telah mengundang tekanan kepada warga pemandu teksi Lapangan Terbang. Pemandu teksi Lapangan Terbang terpaksa bekerja lebih masa dan kekurangan pendapatan. Penumpang yang sedia ada terpaksa dikongsi bersama pemandu teksi bermeter, selain itu pengalihan 70% hingga 80% penumpang kepada ERL turut memberi kesan besar kepada warga pemandu teksi Lapangan Terbang. SPAD membunuh mata pencarian warga pemandu teksi Lapangan Terbang.

Terima kasih kepada warga pemandu teksi Lapangan Terbang yang selama ini tidak pernah menunjukan rasa tidak puas hati kepada warga pemandu teksi bermeter.

Inilah realiti kelemahan dan kegagalan SPAD, yang menjadi mangsa ialah penumpang dan pemandu teksi, sedang Syarikat terus mengaut untung. Siapakah SPAD dan apakah peranan SPAD?

Coretan dari saudara Kani Rang Rumsil dan di edit semula oleh saya. Sila share dan like.

Wednesday, October 29, 2014

Pemandu teksi akan lebih berdisplin.

Taraf perkhidmatan teksi dan displin warga pemandu teksi akan bergerak ke arah kemajuan bertaraf dunia, sekiranya SPAD benar-benar tulus dan ikhlas untuk merialisasikan nya.

Namun sepanjang penubuhan SPAD secara rasmi pada 31 January 2011, memperlihatkan sikap ego, sombong, angkuh dan tidak keperhatian SPAD terhadap industri teksi Negara.

Pembuat dasar didalam SPAD tidak memahami atau menjiwai masalah sebenar. Malah Pengerusi SPAD, YBhg Tan Sri Syed Hamid Alba yang terlalu sibuk dengan urusan luar sehingga tidak menyedari pegawai-pegawai SPAD telah menzalimi pemandu teksi.

Sebagai contoh, Perkeliling Bil.4 2014. Tan Sri sendiri tidak membaca dan tidak tahu isi kandungan Perkeliling tersebut telah mencatatkan perkara yang tidak dipersetujui oleh beliau.

Selain itu saya yang mewakili PERSIM telah berkali-bali mencadangkan kepada SPAD dan 1 kali kepada Tan Sri agar pemandu teksi seluruh Negara dimartabatkan, merdekakan pemandu teksi dari jajahan moden (syarikat), berikan Lesen Pengendali kepada pemandu teksi.

InshaAllah kesan positif akan dapat dilihat sebaik pengumuman plan Migrasi Lesen Pengendali syarikat kepada Lesen Pengendali individu mengikut displin pemandu dan setelah tamat perjanjian sewabeli. 

Saya YAKIN sikap pemandu teksi secara automatik akan berubah dan akan lebih berdisplin. SPAD akan disanjungi, malah dapat mengurangkan aduan pemandu teksi keparas paling menima.

Selain itu warga pemandu teksi akan berterima kasih kepada SPAD kerana merialisasikan dasar Kerajaan untuk menghapuskan penghambaan moden didalam Industri teksi Negara. 

Persoalannya mampukah SPAD tulus dan ikhlas dalam mentransfornasikan industri teksi Negara?

Mampukah SPAD menghapuskan pergantungan kepada syarikat teksi?

Transformasi apakah yang dibawa SPAD didalam industri teksi Negara?

Bukti dimana tahap displin pemandu teksi lemah dan Syarikat tidak menyumbangkan sebarang penambahan baikkan didalam Industri teksi Negara, melainkan mengisap kederat pemandu teksi.

"Lu tak bayar sewa, wa tarik lu punya teksi. Lu sakit ka, lu mau mati ka, lu punya teksi rosak ka, lu tak pakai meter/unifom ka, wa tak mau tahu. Wa mau wa punya wang. Lagi Itu Tan Sri  ada cakap ma, SPAD tak da kuasa, lu orang kasi hentam castemer la, wa mau kaya. SPAD semua tak boleh buat apa".

SPAD merestui kezaliman terhadap pemandu teksi

Pemandu teksi tidak pernah terlepas dari kezaliman, namun begitu pemandu teksi dituntut memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada penumpang. 

Contoh yang ingin saya catatkan disini adalah berkenaan keperitan dan kepayahan yang dihadapi oleh warga pemandu teksi Airport Limo KLIA.

Saban hari kita sering terdengar rungutan penumpang berkenaan pemandu teksi Airport Limo yang tertidur ketika memandu, malah ada juga penumpang yang seriau untuk menggunakan perkhidmatan teksi Airport Limo kerana bimbang dengan sikap segelintir pemandu yang memandu terlalu laju.

Jujur saya katakan adalah tidak wajar pemandu teksi Airport Limo dipersalahkan sepenuhnya, mereka terpaksa kejar trip untuk menampung sewa, kos operasi dan gaji mereka, mereka hanya pihak yang diinaya dan dizalimi oleh Syarikat teksi tanpa pembelaan.

Mereka tidak dibenarkan terlibat dengan mana-mana Persatuan mahupun Pertubuhan, maka itu tiada pihak yang tampil untuk membela nasib mereka.

Namun kehujudan SPAD didalam industri teksi Negara diharapkan membawa perubahan, tetapi ia belaku sebaliknya, SPAD dilihat tidak mampu mewujudkan suasana yang adil didalam perjanjian sewabeli. Ia sesuatu yang mengecewakan. 

SPAD bukan sahaja GAGAL mentransformasikan industri teksi Negara, malah SPAD sering memberi alasan  dan memberi jawapan. "Ia diluar bidang kuasa kami". 



SPESIKASI KENDERAAN DAN TANGGUNGAN
Kenderaan : Proton Persona.
Sewa : RM120.
Kos operasi : RM40 (tiada pengecualian sekalipun tidak beroperasi).
Hanya surat cuti sakit dari Hospital Kerajaan (klinik swasta tak iktiraf). Pemandu teksi berdepan dengan pelbagai dipanati. Kos baik pulih lebih mahal berbanding bengkel luar. Perjanjian Sewabeli berat sebelah dan tidak diserahkan kepada pemandu. Pemandu yang membantah ketidak adilan syarikat akan dipecat. Syarikat melambat-lambatkan pemulangan wang diposit atau mencari alasan mengurangkan wang deposit. Perkara dan kezaliman ini telah belaku sejak zaman LPKP lagi, beribu-ribu aduan telah dibuat ke pelbagai Ajensi, namun hingga kini kezaliman ini masih berterusan. Siapakah yang akan membela nasib warga pemandu teksi?

Penubuhan SPAD  pada 31 Januari 2011 yang melaungkan TRANSFORMASI diharapkan bakal membawa sinar kepada warga pemandu teksi Airport Limo, namun ternyata hampa belaka. 

Wajarkah SPAD membiarkan syarikat menzalimi pemandu teksi dan mengaut untung diatas susah payah pemandu teksi? 

Transformasi apakah yang SPAD maksudkan? 



* Terima kasih diatas penulisan asal saudara Kani Rang Rumli. Sila kunjungi Fb saya di Persim Bersatu.

Tuesday, October 28, 2014

SPAD lepas tangan, Mycc tunjuk belang

Susulan kenyataan MyCC pada 24 Oktober 2014.  "MyCC bidas pengendali bas sekolah naik harga."

Mycc akan mengenakan tindakan undang-undang kepada pihak yang menaikkan kadar tambang bas sekolah mengikut Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 melarang perusahaan, termasuk persatuan, daripada menetapkan secara langsung atau tidak langsung suatu harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan yang lain bagi pembelian barangan dan perkhidmatan.

Di bawah Seksyen 40(4) akta berkenaan, jika sesebuah perusahaan (pemilik Lesen Pengendali) didapati bersalah, pihak MyCC boleh mengenakan penalti sehingga 10 peratus perolehan di seluruh dunia perusahaan dalam tempoh pelanggaran, atau memberikan apa-apa arahan lain yang dianggap sesuai untuk memastikan pematuhan oleh persatuan-persatuan serta perusahaan-perusahaan perniagaan pada masa akan datang.

Ini bermaksud pihak pengusaha dan pemegang Lesen Pengendali tidak dibenarkan sama sekali membuat sebarang ketetapan harga tambang. Ia amat bercanggah dengan pengumuman yang dibuat SPAD.

Terdahulu Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Alba telah megumumkan tambang bas sekolah dideregulasikan, dan ketetapan kadar tambang bas sekolah diserahkan kepada ibu bapa, pihak sekolah dan pengendali bas untuk berbincang mengenai kadar tambang yang mereka dimahukan.

Tindakan membebaskan kawalselia tambang bas sekolah ini akan mendatangkan satu keadaan yang tidak selesa kepada semua pihak.

Ibubapa akan terbeban dengan kadar tambang Bas Sekolah yang mahal.

Pihak Sekolah yang menjadi perantara bakal dipersalahkan oleh kedua pihak ibubapa dan pengusaha Bas Sekolah.

Pihak pengusaha Bas Sekolah terdedah kepada tindakan undang-undang dibawah Akta Suruhanjaya Persaingan Malaysia.

SPAD akan terus lepas tangan dan akan terus goyang serta membesarkan telor mereka.


SPAD MELEPASKAN TANGGUNGJAWAB.
SPAD ialah sebuah Ajensi Kerajaan yang mempunyai bidang kuasa untuk membuat dasar dan mengemaskini segala undang-undang berkenaan sistem Pengangkutan awam darat Negara.

Namun SPAD selalu memberi alasan diluar bidang kuasa dan bukan kami yang menetukan.

SPAD adalah BAPAK didalam Industri pengangkutan awam darat Negara.Tetapi mungkin layak saya katakan SPAD adalah bapak yang tidak bertangungjawab.

SPAD bukan sahaja melepaskan tanggungjawab mereka didalam menetukan kadar tambang Bas Sekolah, malah didalam Industri teksi SPAD juga telah bertindak melepaskan tangan dan membiarkan pihak-pihak tertentu menzalimi pemandu teksi. 

Contoh pengendali kaunter teksi bermeter di KLIA dan Klia2, sekalipun telah terbukti syarikat pengendali kaunter teksi bermeter yang mempunyai kepentingan pada penggunaan kupon mempengaruhi penumpang, namun sehingga kini tiada sebarang kertas siasatan dibuka terhadap syarikat pengendali kaunter tersebut mengikut Akta APAD seksyen 205 kerana melakukan kesalahan mempengaruhi penumpang. 

Bila perkara ini dirujuk kepada SPAD. SPAD hanya menjawap. 

"Ia diluar bidang kuasa kami ".

Kesimpulan :
SPAD sengaja meletakkan pemandu dan pengusaha Bas Sekolah didalam situasi bersalah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta tertentu.

Perkara yang sama belaku didalam Industri teksi Negara. Perkeliling Bil.3 2013. Bebas tanpa dilepas, malah hak dinafikan.

Kepada sahabat-sahabat semua, sila share dan like page ini. Kita sama-sama beri tekanan kepada SPAD yang mengamalkan sifat ISRAEL.

SPAD benarkan pencabulan undang-undang

SPAD adalah sebuah Agensi Kerajaan yang paling tidak berguna didalam sejarah industri teksi Negara.
Sejak SPAD mula beroperasi pada 31 January 2013, SPAD dilihat telah mencetuskan pelbagai masalah kepada pemengang Lesen Pengendali.
Setelah itu SPAD belakun bijak pandai dengan membenarkan teksi bermeter beroperasi di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2.
Pada waktu itu Negara sedang mengalami kenaikkan harga barang, dan dikesempatan itu dan kebenaran teksi bermeter beroperasi di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2, SPAD telah menjadi hiro Negara. SPAD dengan bangga dan banggangnya telah memansuhkan Sercaj RM12 kepada seluruh pemandu teksi bermeter bagi perjalanan membawa penumpang ke Lapangan Terbang KLIA dan Klia2.
Pemansuhan sercaj RM12 benar-benar telah menzalimi pemandu teksi bermeter.
Bila perkara sercaj RM12 ini dirujuk kepada SPAD,  SPAD menjawap pemansuhan sercaj tersebut adalah bagi mengimbangi pemansuhan larangan teksi bermeter beroperasi di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2.
Jika dulu teksi bermeter tidak dibenarkan beroperasi di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2, tapi dengan kebenaran tersebut teksi bermeter kini DIBEBASKAN beroperasi di KLIA dan Klia2.
Namun disebalik kebenaran beroperasi diLapangan Terbang KLIA dan Klia2,  pemandu teksi bermeter telah dizalimi oleh pihak pengendali kaunter ( MIJ ).
Kaunter teksi bermeter diserahkan kepada MIJ bagi menguruskan aliran teksi bermeter, kesudahannya MIJ telah mengambil peluang tersebut untuk mempengaruhi penumpang agar menggunakan teksi berkupon. Kerana penggunaan kupon akan mendatangkan keuntungan 9% dari harga kupon sedangkan penggunaan teksi bermeter, MIJ hanya dapat RM2.
Masalah tersebut dirujuk kepada YBhg Tan Sri Syed Hamid Alba dan pegawai-pegawai SPAD. Namun SPAD menjawap "Ia diluar bidang kuasa kami dan sebagainya" SPAD hanya bersukap lepas tangan setelah mewujudkan masalah.
Pemandu teksi bermeter bukan sahaja dizalimi oleh MIJ, malah kehadiran teksi bermeter di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2 telah mencetuskan satu bebanan dan tekanan kepada sahabat-sahabat dari golongan teksi berkupon.
Segalanya berpunca dari kegagalan pencaturan SPAD.
SPAD dipercayai tidak membuat kajian menyeluruh tentang kapasiti penumpang yang terbahagi kepada perbagai kemudahan pengangkutan awam darat yang bakal dinaik taraf seperti ERL.
SPAD tiada pengetahuan dan pengalaman didalam industri teksi Negara.
Tetapi sikap keogaan dan kesombongan SPAD membuatkan mereka enggan membuat engagement dengan Persatuan-Persatuan teksi, dan menganggap cadangan yang diberi oleh warga pemandu teksi adalah sampah.

Monday, October 27, 2014

Pemandu teksi duta kecil atau...?

Pemandu teksi adalah barisan hadapan yang bakal menyambut dan memperkenalkan Malaysia kepada pelancung luar.
Tapi bagaimanakah pemandu teksi dapat memberi perkhidmatan dan information yang memuaskan kepada pelancung luar sedangkan hak pemandu teksi dinafikan dan rompak oleh pihak-pihak tidak bertangungjawab?
Mungkin layak saya katakan pemandu teksi tidak ubah seperti lembu. Hak pemandu teksi dirombak untuk mengayakan pihak-pihak tertentu.
Malah penubuhan SPAD yang diharapkan akan mentransfornasikan industri teksi Negara dan memartabatkan pemandu teksi ternyata mengamalkan budaya Israel.
Pemandu teksi diwajibkan mematuhi segala undang-undang tanpa kompromi. Pemandu teksi yang disabit kesalahan tidak menggunakan meter bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Namun begitu perkara tersebut belaku sebaliknya terhadap syarikat. Syarikat tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang sekali pun dengan jelas telah melakukan kesalahan.
Terbaru pelancaran Aplikasi Cab2KLIA oleh TaxiMonger dan MIJ.
Apa yang dipertikaikan adalah harga tambang.
Harga tambang yang dipamirkan adalah sebuah harga yang mahal dan tidak mengikut meter, malah harga tersebut terbukti telah melakukan kesalahan dan mengingkari Perkeliling Bil.3 2013 yang telah memansuhkan Sercaj RM12 kepada seluruh pemandu teksi bermeter.
Persoalannya:
1. Adakah harga yang dipamirkan diApp itu bebas dari sercaj RM12?
2. Apakah keistimewaan yang dimiliki syarikat sehingga mereka bebas melakukan apa sahaja atau SPAD telah disogok?
3. Dimanakah Kewibawaan SPAD dalam menguatkuasakan undang-undang?
4. Kenapa SPAD membenarkan sistem duble standard didalam industri teksi Negara?
5. Berapa persenkah perlu dibayar kepada syarikat tersebut?
6. Sampai bilakah industri teksi Negara akan di AliBabakan?
7. Sampai bila pemandu teksi akan dijajah?
8. Kenapakah SPAD tidak berani berhenti pergantungan kepada syarikat?
9. Inikah yang dikatakan Transformasi?
10. Haruskah pengerusi SPAD terus menjawat jawatannya?

Konvensyen persatuan-persatuan teksi Malaysia

Hari ini berlangsungnya satu perjumpaan diantara pemandu teksi dan Persatuan-Persatuan Teksi.

Perjumpaan ini satu usaha jalinan kerjasama semua pihak bagi mengadakan dan menjayakan satu Konvensyen Persatuan-Persatuan Teksi Dan Pemandu Teksi Malaysia yang bakal diadakan pada penghujung tahun ini. InsyaAllah.

Tindakan ini wajar diadakan berikutan ketidakpuasan hati semua pihak terhadap keegoaan dan kerakusan SPAD selama ini sehingga telah menzalimi keseluruhan warga pemandu teksi.

Keputusan untuk mengadakan Konvensyen ini adalah keputusan bersama.

YAB PM Malaysia bakal dijemput.
Tarikh : 1 hingga 30 December 2014 mengikut kesesuaian kelapangan YAB Dato Najib. 
Tempat : PICC Putrajaya. 

Sehubungan dengan itu, saya memohon semua Persatuan-Persatuan Teksi diseluruh Negara memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.

Segala pemasalahan yang dihadapi oleh pemandu teksi akan diketengahkan, malah kita akan mohon kepada Kerajaan agar mewujudkan satu plan migrasikan Lesen Pengendali, bagi merialisasikan harapan YAB Dato Najib untuk menghapuskan penjajahan moden. 

Logo setiap Persatuan akan dicatat tanpa mengutamakan mana-mana logo Persatuan tertentu.

Kerjasamadari semua Persatuan Teksi amatlah diharapkan, sila berhubung dengan saya. PM saya atau WhatsApp saya di talian 0196264572, atau berhubung dengan  En Aziz  ditalian 0125533145, atau berhubung terus dengan  Persatuan-Persatuan yang hadir pada hari ini. 

Bersatu kita teguh. Bercerai kita roboh.

*Sila sharekan, tanda sokongan kita terhadap perjuangan memartabatkan hak kita dan tolong maklumkan kepada sahabat2 kita terutama yang tidak memiliki Fb





SPAD harus kembalikan sercaj RM12.

Pada 15 May 2013 SPAD dengan bangganya telah memansuhkan Sercaj RM12 kepada seluruh pemandu teksi bermeter bagi perjalanan menghantar penumpang ke Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. 

SPAD memaklumkan pemansuhan sercaj tersebut adalah bagi mengimbangi pemansuhan larangan teksi bermeter operasi di Lapangan Terbang KLIA. 

Perkara tersebut tercatat dengan jelas didalam Perkeliling Bil.3 2013. 
Malah dalam satu rancangan di Astro Awani, pengerusi SPAD YBhg Tan Sri Syed Hamid Alba turut menjelaskan sercaj tersebut dimansuhkan kerana teksi bermeter kini DIBEBASKAN beroperasi di KLIA dan Klia2 kelak.

Namun ternyata Pengerusi SPAD itu berbohong dan penipu terbesar didalam Industri teksi Negara. 

Pembebasan teksi bermeter beroperasi diLapangan Terbang KLIA dan Klia2 yang diwar-warkan SPAD  sebenarnya hanyalah satu dogenan. 

Warga pemandu teksi bermeter diperalatkan bagi kepentingan pihak tertentu bertujuan menampung kekurangan teksi berkupon dan menjadi penyelesaian kepada sikap segelintir pemandu teksi berkupon yang sering enggan mengambil penumpang pada satu-satu masa.

Malah sehingga kini SPAD masih melarang pemandu teksi bermeter mengambil penumpang tempahan (DOB) di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2.

SPAD bukan sahaja menafikan hak pemandu teksi bermeter mengambil penumpang tempahan di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2, SPAD juga telah bertindak menafikan hak penumpang, sedangkan didalam Perkeliling Bil. 3 2013 pada Bahagian Latar Belakang Perkeliling tersebut. SPAD telah menyatakan hasrat untuk memberi penumpang alternatif sebanyak mungkin mengenai mod pengangkutan awam yang bakal menjadi pilihan penumpang.

SPAD ternyata telah mencabuli Perkeliling Bil.3 2013.




BERKENAAN KEADAAN DI TERMINAL KLIA DAN Klia2

Kaunter teksi bermeter telah diserahkan kepada pihak yang memiliki kepentingan pada penggunaan kupon, seterusnya pengendali kaunter teksi bermeter telah mempengaruhi semua penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan teksi bermeter agar menggunakan perkhidmatan teksi berkupon.

Ini kerana pengendali kaunter akan mengaut keuntunggan 9% dari harga kupon, sedangkan pengendali kaunter hanya dapat RM2 bagi setiap perjalanan teksi bermeter. Disebebkan perbezaan keuntungan ini pihak pengendali kaunter telah bertindak mempengaruhi penumpang agar menggunakan teksi berkupon.

Malah hasil pemantauan yang dilakukan, saya mendapati staf pengendali kaunter turut menakut-menakutkan penumpang dengan mengatakan pemandu teksi bermeter akan membawa penumpang mengikuti perjalanan jarak jauh serta bertindak memburukkan pemandu teksi bermeter. 

Perkara ini telah dirujuk kepada SPAD termasuk kepada YBhg Tan Sri Syed Hamid Alba, Namun SPAD menjawap, "ia diluar bidang kuasa kami".

Perkara ini juga pernah dirujuk kepada YBhg Dato Azmi Murad ( MAHB ). Namun ternyata Dato Azmi menyokong pihak pengendali kaunter dengan memberi alasan, beliau bimbang jika kaunter teksi bermeter diserahkan kepada pihak lain selain MIJ, gejala melangan penumpang akan belaku seperti di Pudu Raya.

Saya merasakan alasan tersebut tidak masuk akal, kerana mengikut Akta APAD 2010, Seksyen 205, sesiapa yang disabitkan kesalahan melangan atau mempengaruhi penumpang, ia boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Jadi adalah tidak wajar gejala melangan menjadi kebimbang Dato Azmi Murud.

Walau bagaimana pun saya tetap meletakkan kelemahan dan kesalahan ini dibahu SPAD. SPAD adalah bapak kepada industri teksi Negara. Bagaimana seorang bapak boleh membiarkan anak-anaknya dizalimi?

Selain itu hasil siasatan dan pemantauan yang saya lakukan, saya mendapati pihak pengendali kaunter ( MIJ ) kini telah berjaya membuka 2 lagi kaunter teksi dilevel atas Klia2. Percaya atau tidak gejala mempengaruhi penumpang untuk menggunakan teksi berkupon akan lebih rancak.

Sehubungan dengan itu SPAD dituntut kembalikan semula sercaj RM12. Plan Migrasi Teksi untuk memastikan perkhidmatan teksi di Klia2 hanya menggunakan meter telah GAGAL.

Malah pemansuhan sercaj RM12 itu juga tidak adil kepada pemandu teksi bermeter yang tidak Q di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2.

KESIMPULAN.
Inilah akibatnya membuat perancangan dan keputusan mengikut fikiran sendiri tanpa membuat engagement dengan Persatuan-Persatuan pemandu teksi. 

Sikap bodoh sombong SPAD telah menzalimi keseluruhan pemandu teksi bermeter.

TAHNIAH kepada Pertubuhan terbaru diLTQB (Badan Bertindak KLIA/Klia2) yang telah berjaya menyokong kezaliman MIJ. Kini Klia2 telah menjadi LCCT, Q lah beramai-ramai di KLIA.

Pic 1 - Usaha PERS1M tak bagus. Usaha Badan Bertindak KLIA / Klia2 sangat bijak dan bagus, maka itu semua pemandu teksi bermeter kini hanya berselera Q di MTB (KLIA). Sedangkan di Klia2 kini telah dikuasai sepenuhnya oleh MIJ.
Pic 2 - Walaupun Q panjang pun tak mengapa, sebab sekalipun belaku gejala mempengaruhi penumpang oleh kaunter berkupon Airport Limo, namun ia tidak seteruk di Klia2. 



Pic 3 - MIJ berjaya membuka kaunter berkupon dilevel atas Klia2, sekaligus berjaya menguasai dan mempengaruhi penumpang. Trip taik akan dicampak kepada pemandu teksi bermeter. 



Tahniah kepada SPAD
Tahniah kepada Dato Azmi Murad MAHB
Tahniah kepada Tan Sri Syed Hamid Alba
Tahniah kepada Badan Bertindak KLIA / Klia2.

*Mohon jasa baik sahabat-sahabat sharekan post ini. Biar semua orang tahu masalah sebenarnya yang kita hadapi.