Pemandu teksi tidak pernah terlepas dari kezaliman, namun begitu pemandu teksi dituntut memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada penumpang.
Contoh yang ingin saya catatkan disini adalah berkenaan keperitan dan kepayahan yang dihadapi oleh warga pemandu teksi Airport Limo KLIA.
Saban hari kita sering terdengar rungutan penumpang berkenaan pemandu teksi Airport Limo yang tertidur ketika memandu, malah ada juga penumpang yang seriau untuk menggunakan perkhidmatan teksi Airport Limo kerana bimbang dengan sikap segelintir pemandu yang memandu terlalu laju.
Jujur saya katakan adalah tidak wajar pemandu teksi Airport Limo dipersalahkan sepenuhnya, mereka terpaksa kejar trip untuk menampung sewa, kos operasi dan gaji mereka, mereka hanya pihak yang diinaya dan dizalimi oleh Syarikat teksi tanpa pembelaan.
Mereka tidak dibenarkan terlibat dengan mana-mana Persatuan mahupun Pertubuhan, maka itu tiada pihak yang tampil untuk membela nasib mereka.
Namun kehujudan SPAD didalam industri teksi Negara diharapkan membawa perubahan, tetapi ia belaku sebaliknya, SPAD dilihat tidak mampu mewujudkan suasana yang adil didalam perjanjian sewabeli. Ia sesuatu yang mengecewakan.
Namun kehujudan SPAD didalam industri teksi Negara diharapkan membawa perubahan, tetapi ia belaku sebaliknya, SPAD dilihat tidak mampu mewujudkan suasana yang adil didalam perjanjian sewabeli. Ia sesuatu yang mengecewakan.
SPAD bukan sahaja GAGAL mentransformasikan industri teksi Negara, malah SPAD sering memberi alasan dan memberi jawapan. "Ia diluar bidang kuasa kami".
SPESIKASI KENDERAAN DAN TANGGUNGAN
Kenderaan : Proton Persona.
Sewa : RM120.
Kos operasi : RM40 (tiada pengecualian sekalipun tidak beroperasi).
Hanya surat cuti sakit dari Hospital Kerajaan (klinik swasta tak iktiraf). Pemandu teksi berdepan dengan pelbagai dipanati. Kos baik pulih lebih mahal berbanding bengkel luar. Perjanjian Sewabeli berat sebelah dan tidak diserahkan kepada pemandu. Pemandu yang membantah ketidak adilan syarikat akan dipecat. Syarikat melambat-lambatkan pemulangan wang diposit atau mencari alasan mengurangkan wang deposit. Perkara dan kezaliman ini telah belaku sejak zaman LPKP lagi, beribu-ribu aduan telah dibuat ke pelbagai Ajensi, namun hingga kini kezaliman ini masih berterusan. Siapakah yang akan membela nasib warga pemandu teksi?
Penubuhan SPAD pada 31 Januari 2011 yang melaungkan TRANSFORMASI diharapkan bakal membawa sinar kepada warga pemandu teksi Airport Limo, namun ternyata hampa belaka.
Wajarkah SPAD membiarkan syarikat menzalimi pemandu teksi dan mengaut untung diatas susah payah pemandu teksi?
Transformasi apakah yang SPAD maksudkan?
* Terima kasih diatas penulisan asal saudara Kani Rang Rumli. Sila kunjungi Fb saya di Persim Bersatu.
Mencadangkan untuk berjumpa dengan
ReplyDeleteSpecial Officer
PUBLIC RELATION DIVISION
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Dato’ Wan Ahmad Shihab Ismail bin Wan Ismail
03-8888 3984