SPAD adalah sebuah Agensi Kerajaan yang paling tidak berguna didalam sejarah industri teksi Negara.
Sejak SPAD mula beroperasi pada 31 January 2013, SPAD dilihat telah mencetuskan pelbagai masalah kepada pemengang Lesen Pengendali.
Setelah itu SPAD belakun bijak pandai dengan membenarkan teksi bermeter beroperasi di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2.
Pada waktu itu Negara sedang mengalami kenaikkan harga barang, dan dikesempatan itu dan kebenaran teksi bermeter beroperasi di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2, SPAD telah menjadi hiro Negara. SPAD dengan bangga dan banggangnya telah memansuhkan Sercaj RM12 kepada seluruh pemandu teksi bermeter bagi perjalanan membawa penumpang ke Lapangan Terbang KLIA dan Klia2.
Pemansuhan sercaj RM12 benar-benar telah menzalimi pemandu teksi bermeter.
Bila perkara sercaj RM12 ini dirujuk kepada SPAD, SPAD menjawap pemansuhan sercaj tersebut adalah bagi mengimbangi pemansuhan larangan teksi bermeter beroperasi di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2.
Bila perkara sercaj RM12 ini dirujuk kepada SPAD, SPAD menjawap pemansuhan sercaj tersebut adalah bagi mengimbangi pemansuhan larangan teksi bermeter beroperasi di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2.
Jika dulu teksi bermeter tidak dibenarkan beroperasi di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2, tapi dengan kebenaran tersebut teksi bermeter kini DIBEBASKAN beroperasi di KLIA dan Klia2.
Namun disebalik kebenaran beroperasi diLapangan Terbang KLIA dan Klia2, pemandu teksi bermeter telah dizalimi oleh pihak pengendali kaunter ( MIJ ).
Kaunter teksi bermeter diserahkan kepada MIJ bagi menguruskan aliran teksi bermeter, kesudahannya MIJ telah mengambil peluang tersebut untuk mempengaruhi penumpang agar menggunakan teksi berkupon. Kerana penggunaan kupon akan mendatangkan keuntungan 9% dari harga kupon sedangkan penggunaan teksi bermeter, MIJ hanya dapat RM2.
Masalah tersebut dirujuk kepada YBhg Tan Sri Syed Hamid Alba dan pegawai-pegawai SPAD. Namun SPAD menjawap "Ia diluar bidang kuasa kami dan sebagainya" SPAD hanya bersukap lepas tangan setelah mewujudkan masalah.
Pemandu teksi bermeter bukan sahaja dizalimi oleh MIJ, malah kehadiran teksi bermeter di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2 telah mencetuskan satu bebanan dan tekanan kepada sahabat-sahabat dari golongan teksi berkupon.
Segalanya berpunca dari kegagalan pencaturan SPAD.
SPAD dipercayai tidak membuat kajian menyeluruh tentang kapasiti penumpang yang terbahagi kepada perbagai kemudahan pengangkutan awam darat yang bakal dinaik taraf seperti ERL.
SPAD tiada pengetahuan dan pengalaman didalam industri teksi Negara.
Tetapi sikap keogaan dan kesombongan SPAD membuatkan mereka enggan membuat engagement dengan Persatuan-Persatuan teksi, dan menganggap cadangan yang diberi oleh warga pemandu teksi adalah sampah.
No comments:
Post a Comment