Wednesday, October 29, 2014

Pemandu teksi akan lebih berdisplin.

Taraf perkhidmatan teksi dan displin warga pemandu teksi akan bergerak ke arah kemajuan bertaraf dunia, sekiranya SPAD benar-benar tulus dan ikhlas untuk merialisasikan nya.

Namun sepanjang penubuhan SPAD secara rasmi pada 31 January 2011, memperlihatkan sikap ego, sombong, angkuh dan tidak keperhatian SPAD terhadap industri teksi Negara.

Pembuat dasar didalam SPAD tidak memahami atau menjiwai masalah sebenar. Malah Pengerusi SPAD, YBhg Tan Sri Syed Hamid Alba yang terlalu sibuk dengan urusan luar sehingga tidak menyedari pegawai-pegawai SPAD telah menzalimi pemandu teksi.

Sebagai contoh, Perkeliling Bil.4 2014. Tan Sri sendiri tidak membaca dan tidak tahu isi kandungan Perkeliling tersebut telah mencatatkan perkara yang tidak dipersetujui oleh beliau.

Selain itu saya yang mewakili PERSIM telah berkali-bali mencadangkan kepada SPAD dan 1 kali kepada Tan Sri agar pemandu teksi seluruh Negara dimartabatkan, merdekakan pemandu teksi dari jajahan moden (syarikat), berikan Lesen Pengendali kepada pemandu teksi.

InshaAllah kesan positif akan dapat dilihat sebaik pengumuman plan Migrasi Lesen Pengendali syarikat kepada Lesen Pengendali individu mengikut displin pemandu dan setelah tamat perjanjian sewabeli. 

Saya YAKIN sikap pemandu teksi secara automatik akan berubah dan akan lebih berdisplin. SPAD akan disanjungi, malah dapat mengurangkan aduan pemandu teksi keparas paling menima.

Selain itu warga pemandu teksi akan berterima kasih kepada SPAD kerana merialisasikan dasar Kerajaan untuk menghapuskan penghambaan moden didalam Industri teksi Negara. 

Persoalannya mampukah SPAD tulus dan ikhlas dalam mentransfornasikan industri teksi Negara?

Mampukah SPAD menghapuskan pergantungan kepada syarikat teksi?

Transformasi apakah yang dibawa SPAD didalam industri teksi Negara?

Bukti dimana tahap displin pemandu teksi lemah dan Syarikat tidak menyumbangkan sebarang penambahan baikkan didalam Industri teksi Negara, melainkan mengisap kederat pemandu teksi.

"Lu tak bayar sewa, wa tarik lu punya teksi. Lu sakit ka, lu mau mati ka, lu punya teksi rosak ka, lu tak pakai meter/unifom ka, wa tak mau tahu. Wa mau wa punya wang. Lagi Itu Tan Sri  ada cakap ma, SPAD tak da kuasa, lu orang kasi hentam castemer la, wa mau kaya. SPAD semua tak boleh buat apa".

No comments:

Post a Comment