Hari ini berlangsungnya satu perjumpaan diantara pemandu teksi dan Persatuan-Persatuan Teksi.
Perjumpaan ini satu usaha jalinan kerjasama semua pihak bagi mengadakan dan menjayakan satu Konvensyen Persatuan-Persatuan Teksi Dan Pemandu Teksi Malaysia yang bakal diadakan pada penghujung tahun ini. InsyaAllah.
Tindakan ini wajar diadakan berikutan ketidakpuasan hati semua pihak terhadap keegoaan dan kerakusan SPAD selama ini sehingga telah menzalimi keseluruhan warga pemandu teksi.
Keputusan untuk mengadakan Konvensyen ini adalah keputusan bersama.
YAB PM Malaysia bakal dijemput.
Tarikh : 1 hingga 30 December 2014 mengikut kesesuaian kelapangan YAB Dato Najib.
Tempat : PICC Putrajaya.
Sehubungan dengan itu, saya memohon semua Persatuan-Persatuan Teksi diseluruh Negara memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.
Segala pemasalahan yang dihadapi oleh pemandu teksi akan diketengahkan, malah kita akan mohon kepada Kerajaan agar mewujudkan satu plan migrasikan Lesen Pengendali, bagi merialisasikan harapan YAB Dato Najib untuk menghapuskan penjajahan moden.
Logo setiap Persatuan akan dicatat tanpa mengutamakan mana-mana logo Persatuan tertentu.
Kerjasamadari semua Persatuan Teksi amatlah diharapkan, sila berhubung dengan saya. PM saya atau WhatsApp saya di talian 0196264572, atau berhubung dengan En Aziz ditalian 0125533145, atau berhubung terus dengan Persatuan-Persatuan yang hadir pada hari ini.
Bersatu kita teguh. Bercerai kita roboh.
*Sila sharekan, tanda sokongan kita terhadap perjuangan memartabatkan hak kita dan tolong maklumkan kepada sahabat2 kita terutama yang tidak memiliki Fb
No comments:
Post a Comment