Pada 15 May 2013 SPAD dengan bangganya telah memansuhkan Sercaj RM12 kepada seluruh pemandu teksi bermeter bagi perjalanan menghantar penumpang ke Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.
SPAD memaklumkan pemansuhan sercaj tersebut adalah bagi mengimbangi pemansuhan larangan teksi bermeter operasi di Lapangan Terbang KLIA.
Perkara tersebut tercatat dengan jelas didalam Perkeliling Bil.3 2013.
Malah dalam satu rancangan di Astro Awani, pengerusi SPAD YBhg Tan Sri Syed Hamid Alba turut menjelaskan sercaj tersebut dimansuhkan kerana teksi bermeter kini DIBEBASKAN beroperasi di KLIA dan Klia2 kelak.
Namun ternyata Pengerusi SPAD itu berbohong dan penipu terbesar didalam Industri teksi Negara.
Pembebasan teksi bermeter beroperasi diLapangan Terbang KLIA dan Klia2 yang diwar-warkan SPAD sebenarnya hanyalah satu dogenan.
Warga pemandu teksi bermeter diperalatkan bagi kepentingan pihak tertentu bertujuan menampung kekurangan teksi berkupon dan menjadi penyelesaian kepada sikap segelintir pemandu teksi berkupon yang sering enggan mengambil penumpang pada satu-satu masa.
Malah sehingga kini SPAD masih melarang pemandu teksi bermeter mengambil penumpang tempahan (DOB) di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2.
SPAD bukan sahaja menafikan hak pemandu teksi bermeter mengambil penumpang tempahan di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2, SPAD juga telah bertindak menafikan hak penumpang, sedangkan didalam Perkeliling Bil. 3 2013 pada Bahagian Latar Belakang Perkeliling tersebut. SPAD telah menyatakan hasrat untuk memberi penumpang alternatif sebanyak mungkin mengenai mod pengangkutan awam yang bakal menjadi pilihan penumpang.
SPAD ternyata telah mencabuli Perkeliling Bil.3 2013.
BERKENAAN KEADAAN DI TERMINAL KLIA DAN Klia2
Kaunter teksi bermeter telah diserahkan kepada pihak yang memiliki kepentingan pada penggunaan kupon, seterusnya pengendali kaunter teksi bermeter telah mempengaruhi semua penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan teksi bermeter agar menggunakan perkhidmatan teksi berkupon.
Ini kerana pengendali kaunter akan mengaut keuntunggan 9% dari harga kupon, sedangkan pengendali kaunter hanya dapat RM2 bagi setiap perjalanan teksi bermeter. Disebebkan perbezaan keuntungan ini pihak pengendali kaunter telah bertindak mempengaruhi penumpang agar menggunakan teksi berkupon.
Malah hasil pemantauan yang dilakukan, saya mendapati staf pengendali kaunter turut menakut-menakutkan penumpang dengan mengatakan pemandu teksi bermeter akan membawa penumpang mengikuti perjalanan jarak jauh serta bertindak memburukkan pemandu teksi bermeter.
Perkara ini telah dirujuk kepada SPAD termasuk kepada YBhg Tan Sri Syed Hamid Alba, Namun SPAD menjawap, "ia diluar bidang kuasa kami".
Perkara ini juga pernah dirujuk kepada YBhg Dato Azmi Murad ( MAHB ). Namun ternyata Dato Azmi menyokong pihak pengendali kaunter dengan memberi alasan, beliau bimbang jika kaunter teksi bermeter diserahkan kepada pihak lain selain MIJ, gejala melangan penumpang akan belaku seperti di Pudu Raya.
Saya merasakan alasan tersebut tidak masuk akal, kerana mengikut Akta APAD 2010, Seksyen 205, sesiapa yang disabitkan kesalahan melangan atau mempengaruhi penumpang, ia boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Jadi adalah tidak wajar gejala melangan menjadi kebimbang Dato Azmi Murud.
Walau bagaimana pun saya tetap meletakkan kelemahan dan kesalahan ini dibahu SPAD. SPAD adalah bapak kepada industri teksi Negara. Bagaimana seorang bapak boleh membiarkan anak-anaknya dizalimi?
Selain itu hasil siasatan dan pemantauan yang saya lakukan, saya mendapati pihak pengendali kaunter ( MIJ ) kini telah berjaya membuka 2 lagi kaunter teksi dilevel atas Klia2. Percaya atau tidak gejala mempengaruhi penumpang untuk menggunakan teksi berkupon akan lebih rancak.
Sehubungan dengan itu SPAD dituntut kembalikan semula sercaj RM12. Plan Migrasi Teksi untuk memastikan perkhidmatan teksi di Klia2 hanya menggunakan meter telah GAGAL.
Malah pemansuhan sercaj RM12 itu juga tidak adil kepada pemandu teksi bermeter yang tidak Q di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2.
KESIMPULAN.
Inilah akibatnya membuat perancangan dan keputusan mengikut fikiran sendiri tanpa membuat engagement dengan Persatuan-Persatuan pemandu teksi.
Sikap bodoh sombong SPAD telah menzalimi keseluruhan pemandu teksi bermeter.
TAHNIAH kepada Pertubuhan terbaru diLTQB (Badan Bertindak KLIA/Klia2) yang telah berjaya menyokong kezaliman MIJ. Kini Klia2 telah menjadi LCCT, Q lah beramai-ramai di KLIA.
Pic 1 - Usaha PERS1M tak bagus. Usaha Badan Bertindak KLIA / Klia2 sangat bijak dan bagus, maka itu semua pemandu teksi bermeter kini hanya berselera Q di MTB (KLIA). Sedangkan di Klia2 kini telah dikuasai sepenuhnya oleh MIJ.
Pic 2 - Walaupun Q panjang pun tak mengapa, sebab sekalipun belaku gejala mempengaruhi penumpang oleh kaunter berkupon Airport Limo, namun ia tidak seteruk di Klia2.
Pic 3 - MIJ berjaya membuka kaunter berkupon dilevel atas Klia2, sekaligus berjaya menguasai dan mempengaruhi penumpang. Trip taik akan dicampak kepada pemandu teksi bermeter.
Tahniah kepada SPAD
Tahniah kepada Dato Azmi Murad MAHB
Tahniah kepada Tan Sri Syed Hamid Alba
Tahniah kepada Badan Bertindak KLIA / Klia2.
*Mohon jasa baik sahabat-sahabat sharekan post ini. Biar semua orang tahu masalah sebenarnya yang kita hadapi.
No comments:
Post a Comment