Monday, October 27, 2014

Pemandu teksi duta kecil atau...?

Pemandu teksi adalah barisan hadapan yang bakal menyambut dan memperkenalkan Malaysia kepada pelancung luar.
Tapi bagaimanakah pemandu teksi dapat memberi perkhidmatan dan information yang memuaskan kepada pelancung luar sedangkan hak pemandu teksi dinafikan dan rompak oleh pihak-pihak tidak bertangungjawab?
Mungkin layak saya katakan pemandu teksi tidak ubah seperti lembu. Hak pemandu teksi dirombak untuk mengayakan pihak-pihak tertentu.
Malah penubuhan SPAD yang diharapkan akan mentransfornasikan industri teksi Negara dan memartabatkan pemandu teksi ternyata mengamalkan budaya Israel.
Pemandu teksi diwajibkan mematuhi segala undang-undang tanpa kompromi. Pemandu teksi yang disabit kesalahan tidak menggunakan meter bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Namun begitu perkara tersebut belaku sebaliknya terhadap syarikat. Syarikat tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang sekali pun dengan jelas telah melakukan kesalahan.
Terbaru pelancaran Aplikasi Cab2KLIA oleh TaxiMonger dan MIJ.
Apa yang dipertikaikan adalah harga tambang.
Harga tambang yang dipamirkan adalah sebuah harga yang mahal dan tidak mengikut meter, malah harga tersebut terbukti telah melakukan kesalahan dan mengingkari Perkeliling Bil.3 2013 yang telah memansuhkan Sercaj RM12 kepada seluruh pemandu teksi bermeter.
Persoalannya:
1. Adakah harga yang dipamirkan diApp itu bebas dari sercaj RM12?
2. Apakah keistimewaan yang dimiliki syarikat sehingga mereka bebas melakukan apa sahaja atau SPAD telah disogok?
3. Dimanakah Kewibawaan SPAD dalam menguatkuasakan undang-undang?
4. Kenapa SPAD membenarkan sistem duble standard didalam industri teksi Negara?
5. Berapa persenkah perlu dibayar kepada syarikat tersebut?
6. Sampai bilakah industri teksi Negara akan di AliBabakan?
7. Sampai bila pemandu teksi akan dijajah?
8. Kenapakah SPAD tidak berani berhenti pergantungan kepada syarikat?
9. Inikah yang dikatakan Transformasi?
10. Haruskah pengerusi SPAD terus menjawat jawatannya?

No comments:

Post a Comment