Satu perkara yang tidak dapat dinafikan adalah perbezaan harga yang belaku di Lapangan Terbang KLIA dan Klia2. Mengikut maklumat yang dilapor SPAD kepada PERS1M pada 7 April 2013. SPAD akan menguatkuasakan hanya satu sistem teksi di Klia2, iaitu sistem teksi yang bermeter.
PERS1M menyambut baik plan tersebut kerana ia akan memberi satu suasana yang lebih adil kepada penumpang dan kepada pemandu teksi, setelah pemilik premis dimaklumkan telah memberi kuasa mengendalikan kaunter teksi kepada Syarikat Mersa Indah Jaya (MIJ).
Tetapi segalanya berubah sebaik sahaja Klia2 mula beroperasi, SPAD dilihat terlalu rapuh, sehingga membenarkan sistem kupon terus beroperasi dan MIJ dibenarkan mengendalikan dua kaunter sistem teksi yang berbeza.
Kupon - MIJ mendapat keuntungan 9% dari harga kupon.
Meter - MIJ hanya dapat RM2 bagi setiap trip pejalanan teksi bermeter.
Oleh kerana perbezaan keuntungan tersebut, MIJ telah bertindak mempengaruhi penumpang agar menggunakan teksi berkupon, kerana kupon mendatangkan keuntungan yang sangat lumayan berbanding meter.
MIJ dikesan telah menyalurkan maklumat palsu kepada penumpang kononnya harga kupon lebih murah dari harga meter, malah hasil penyelidikan dan pemantauan MIJ juga dikesan turut memburuk-burukkan imej pemandu teksi bermeter, kononnya teksi bermeter akan menggunakan jalan yang jauh bagi mengenakan caj yang mahal kepada penumpang.
Kesudahannya pemandu teksi bermeter terpaksa menunggu berjam-jam lamanya. Hasil dari penindasan dan kezaliman tersebut, PERS1M telah mengadakan beberapa sesi pertemuan dengan SPAD dan Pemilik Premis bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Pelbagai usaha dan cadangan diutarakan kepada SPAD, salah satunya ialah dengan meminta SPAD menyediakan senarai angaran kadar tambang meter dari Lapangan Terbang ke satu-satu destinasi mengikut kapasiti penumpang, bagasi dan destinasi. Ini berikutan budaya penumpang yang selalu bertanya angaran harga di kaunter teksi yang dikendalikan oleh MIJ, kesempatan itu digunakan untuk memburukan pemandu teksi bermeter dan mempengaruhi penumpang agar menggunakan meter.
Setelah hampir setahun PERS1M mendesak SPAD bagi menyediakan senarai angaran kadar tambang meter, akhirnya kini SPAD telah menyediakan senarai angaran kadar tambang meter tersebut.
Apa yang menarik ialah perbezaan harga tambang yang hujud diantara meter dan kupon sekalipun kedua-dua sistem tersebut menggunakan kenderaan model yang sama.
SPESIKASI PERBEZAAN HARGA TAMBANG TEKSI
Putrajaya : Kupon RM64.40 - Meter RM30.00 = Meter murah RM34.40.
Cheras Perdana : Kupon RM84.40 - Meter RM52.00 + Meter Murah RM32.40.
Selayang Baru : Kupon RM104.40 - Meter RM72.00 = Meter murah RM32.40.
Kesimpulannya:
Hanya penumpang yang tahu dan bijak sahaja akan mendapat nilai kepada wang mereka, sedangkan penumpang luar dan yang tidak tahu akan terperdaya dengan keadaan ini.
Penumpang A yang menggunakan Teksi Bajet Berkupon ke Selayang Baru dikena bayar RM104.40. Duduk didalam keadaan sempit dan sebahagian bagasinya terpaksa diriba.
Penumpang B yang menggunakan Teksi Bajet Bermeter ke Selayang Baru hanya perlu membayar RM72.00 sahaja. Sekalipun terpaksa duduk didalam keadaan sempit dan sebahagian bagasinya terpaksa diriba.
Namun keadaan berbeza apabila giliran penumpang bertembung dengan TEKS1M. Kendeaan yang luas, selesa dan semua bagasi muat di isi didalam bonet kenderaan.. Kadar tambang masih tetap RM72.00.
Persoalannya ialah:
1. Kewajaran apakah SPAD membenarkan perbezaan harga tersebut?
2. Keistimewaan apakah yang dimiliki MIJ sehingga SPAD membiarkan perkara tersebut belaku?
3. Apakah relevennya pemansuhan Sercaj RM12 jika dibezakan dengan harga kupon?
4. Dimanakah kewibaan SPAD?
5. Apakah kesannya kepada industri teksi Negara?
Lain-lain perkara
Keadaan yang dihujudkan SPAD di KLIA dan Klia2 telah mengundang tekanan kepada warga pemandu teksi Lapangan Terbang. Pemandu teksi Lapangan Terbang terpaksa bekerja lebih masa dan kekurangan pendapatan. Penumpang yang sedia ada terpaksa dikongsi bersama pemandu teksi bermeter, selain itu pengalihan 70% hingga 80% penumpang kepada ERL turut memberi kesan besar kepada warga pemandu teksi Lapangan Terbang. SPAD membunuh mata pencarian warga pemandu teksi Lapangan Terbang.
Terima kasih kepada warga pemandu teksi Lapangan Terbang yang selama ini tidak pernah menunjukan rasa tidak puas hati kepada warga pemandu teksi bermeter.
Inilah realiti kelemahan dan kegagalan SPAD, yang menjadi mangsa ialah penumpang dan pemandu teksi, sedang Syarikat terus mengaut untung. Siapakah SPAD dan apakah peranan SPAD?
* Coretan dari saudara Kani Rang Rumsil dan di edit semula oleh saya. Sila share dan like.
No comments:
Post a Comment