Friday, October 31, 2014

SPAD disaran beri permit teksi kepada pemandu teksi

Susulan pertanyaan seorang sahabat didalam Fb, sejauh manakah jaminan prestasi mutu perkhidmatan teksi dapat diberikan oleh pemandu teksi kepada SPAD sekiranya semua pemandu teksi adalah pemegang Lesen Pengendali Individu (permit individu).
Saya terpanggil memberi maklum balas dan menjawap persoalan ini, kerana saya salah seorang yang terlibat secara langsung didalam perjuangan dan meminta plan Migrasi Lesen Pengendali diwujudkan, bagi membebaskan pemandu teksi dari penjajahan moden (Syarikat). Bagi saya ia adalah satu persoalan dan situasai yang  sangat mudah.
Melihat kepada keadaan semasa, apakah dengan sistem AliBaba yang sedia ada selama ini telah memberi mutu pretasi perkhidmatan teksi yang memuaskan kepada industri teksi Negara?
Apakah dengan longokkan Lesen Pengendali teksi kepada syarikat akan menjaminkan pretasi mutu perkhidmatan teksi yang memuaskan kepada SPAD?
Adakah dengan membiarkan keadaan zaman LPKP dimana pemandu teksi dijajah syarikat teksi itu dikatakan Transformasi Industri Teksi?
Saya pasti semua pembaca sedia maklum jawapannya adalah TIDAK. Kenapa?
Kerana sistem AliBaba yang sedia ada selama ini zalim dan menginayai pemandu teksi. Jadi adakah perjuangan atau tuntutan membebaskan pemandu teksi dari kezaliman sistem AliBaba ini tidak releven?


BERKENAAN MENJANJIKAN MUTU PERKHIDMATAN KEPADA SPAD.
Saya rasa perkara tersebut tidak timbul dan tak perlu pun. Malah saya menyangkal element-element yang menampakkan seakan-akan pemandu teksi ini satu golongan yang tidak tahu mengenang budi.
Saya yakin mutu perkhidmatan teksi akan bertambah baik, setelah pemandu teksi diberi Lesen Pengendali Individu. Malah tidak mustahil dengan penganugerahan tersebut, pemandu teksi akan membantu SPAD merialisasikan harapan YAB Dato Najib untuk melihat industri teksi Negara bertaraf dunia.
Pemandu teksi yang bebas dari system AliBaba dan diberikan Lesen  Pengendali individu akan berterima kasih kepada Kerajaan.
Secara automatik mereka akan berubah sikap, mereka akan lebih berdisplin dan mematuhi undang-undang. Malah mereka akan memberikan perkhidmatan yang lebih  baik dan memuaskan. Ini adalah fakta dari pengalaman saya sendiri.
Warga pemandu teksi akan berterima kasih kepada SPAD dan Kerajaan. Tak percaya? Jom kita cuba.


BERHUBUNG GEJALA TIDAK SIHAT  SEGELINTIR PEMANDU TEKSI & SEGELINTIR PEMEGANG LESEN  PENGENDALI INDIVIDU.
Ia adalah menjadi tanggungjawab SPAD untuk mengenali dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan, maka  itu Kerajaan menubuhkan SPAD, tapi apa yang belaku ketika ini SPAD sendiri membutakan mata dan membiarkan kebanyakan Syarikat melanggar syarat Lesen Pengendali mereka, Lesen Pengendali SEWAPANDU tapi beroperasi seperti teksi dan merompak penumpang teksi, seperti kes UBER.
Dasar Kerajaan ingin membebaskan pemandu teksi dari penjajahan moden dan melihat industri teksi Negara bertaraf  dunia itu dah betul. Cuma pelaksanaan oleh ajensi-ajensi tertentu seperti SPAD itu yang telah memperlingkupkan dasar Kerajaan.

SPAD telah mewujudkan satu suasana ketidakpuasan hati warga pemandu teksi terhadap Kerajaan serta mengugatkan keyakinan pemandu teksi terhadap kepimpinan YAB Dato  Najib.



PEMBERIAN LESEN PENGENDALI TEKSI INDIVIDU.
SPAD adalah pihak yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti beberapa golongan didalam Industri  teksi Negara yang layak diberi Lesen Pengendali Individu. SPAD seharusnya menjalinkan kerjasama dengan  Persatuan-Persatuan pemandu teksi bagi memudahkan SPAD mengenal pasti pemandu-pemandu teksi yang benar-benar layak diberi Lesen Pengendali Individu.

Tapi selama ini SPAD hanya menjalinkan hubungan akrab dengan Syarikat dan membelakangkan segala pandangan dan cadangan dari pemandu teksi mahupun dari Persatuan Pemandu Teksi.

SPAD mengamalkan budaya pergangtungan kepada Syarikat teksi.

 
DIANTARA GOLONGAN YANG ADA DIDALAM INDUSTRI TEKSI NEGARA.
1. Golongan pertama - Mereka terdiri dari golongan pemandu teksi yang benar-benar memandu teksi sepenuh masa dan menjadikan teksi sumber mata pencarian mereka.
2. Golongan kedua - Mereka yang terdiri dari golongan pemandu teksi yang memandu teksi sekadar suka-suka dan sambilan untuk mengisi masa lapang., termasuk mereka yang hanya beroperasi di kawasan-kawasan tertentu.
3. Golongan ketiga - Mereka yang memiliki  Lesen Pengendali tetapi mengamal budaya AliBaba seperti, Syarikat teksi, pemilik Lesen Pengendali individu yang menyewakan atau memajakkan Lesen Pengendali mereka kepada pihak-pihak tertantu.

Disinilah peranan SPAD dipertikaikan, SPAD seharusnya tulus dan ikhlas dalam merialisasikan Transfomasi. Golongan pertama harus diutamakan dari golongan  kedua.

Namun sekiranya semua pemandu teksi golongan pertama telah memiliki Lesen Pengendali, adalah tidak menjadi masalah pemohonan golongan kedua dipertimbangkan selagi teksi tidak melebihi dari keperluan semasa.


Bagi golongan ketiga, ia tidak layak dan tidak berhak sama sekali untuk memiliki sebarang Lesen Pengendali. Ketirisan wang pemandu teksi harus disifarkan.


 
KESIMPULANNYA :
Seharusnya istilah ukur baju dibadan sendiri, tidak timbul.
Tetapi SPAD yang seharusnya lebih tulus dan ikhlas dalam mentransfornasikan industri teksi Negara.

Jika dihati itu terkumit secebis perasaan bimbang tidak ada jawapan untuk bersoal jawap dengan SPAD. Saya menawarkan diri untuk berdepan dan bersoal jawap dengan mereka.

3 comments:

  1. Menteri pun Spad tak endah, ni kan pula tikus labu ..... Kenyataan dari Seorang Pegawai SPAD " kami tak ada peduli apa orang cakap termasuk menteri. "

    ReplyDelete
  2. Saya menyokong Permit Teksi memang harus dan wajib untuk individu ....paling tidak pun kepada koperasi sahaja..Bukan kepada Syarikat.
    Kalau koperasi maka ahli koperasi berhak mendapat keuntungan.tetapi malangnya banyak koperasi yang tak mampu untuk mendapat keistimewa apabila cuba buat pinjaman...reject kerana kewangan tak kukuh. Kalau kerajaan boleh keluarkan geran pinjaman untuk koperasi bagi kemudahan ahli bagus la.

    ReplyDelete
  3. Setidaknya pengusaha teksi ini diwajibkan untuk bergabung dibawah payung-payung persatuan / gabungan / atau pun konsortium. Ini bagi memudahkan kerajaan atau Spad menyalurkan maklumat terkini atau arahan terbaru, jadi menjadi tanggungjawab persatuan / gabungan / atau pun konsortium untuk menyebarkan dan memastikan ahli dibawah naungan mendapat update dengan tandatangan sebagai bukti menerima.

    ReplyDelete