Tuesday, June 30, 2015

Bagaimana kamu ingin berjuang untuk pemandu teksi?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa saya telah menubuhkan sebuah group "Gerak Gempuh Perhimpunan Aman Gergasi Pemandu Teksi".

Beberapa Persatuan Teksi dan Kelab Teksi telah bersetuju menyertai garakan tersebut, walau bagaimana pun saya masih mengalu-alukan penyertaan dari Persatuan-Persatuan Teksi dan Kelab-Kelab Teksi, yang berdaftar ataupun yang masih belum berdaftar, bagi menguatkan lagi jentera gerakan dan menjayakan program Perhimpunan besar-besaran ini.

Namun sedikit mendukacitakan apabila sesebuah Pertubuhan yang kononnya "BERSATU" untuk memperjuangkan dan membela nasib pemandu teksi, enggan "BERSATU HATI" dengan perjuangan ini.

Malah lebih mengecewakan apabila mereka mengatakan bekerjasama dengan #PERS1M adalah satu keputusan yang bodoh.

Saya tertanya-tanya apakah perjuangan yang PERS1M bawa selama ini, perjuangan yang bodoh, atau untuk kepentingan PERS1M sendiri?

Atau mungkinkah mereka sendiri mempunyai kepentingan tertentu atau hasrat tertentu yang ingin mereka capai?

Sungguh mengecewakan, jika inilah cara pendirian mereka, saya percaya sampai bila-bila pun nasib sahabat-sahabat tidak akan terbela.

Harapan saya, semoga selepas ini sahabat-sahabat akan lebih bijak menilai dari memberi sokongan secara meluru.

Saya percaya kita semua mampu "BERSATU HATI" dan melahirkan kesepakatan secara mutlak untuk terus memperjuangkan hak kita. Perhimpunan Aman Gergasi Pemandu Teksi akan tetap dijayakan selepas raya. InshaAllah.

"Sesungguhnya kebenaran tidak mungkin akan mampu dipadam dengan kepalsuan".

Jadilah insan yang bijak dan bukannya yang mudah dipijak.

Saya tak berapa pandai Inggeris, tetapi saya cukup faham dengan maksud yang tersirat didalam statement Syed Hamid Albar ini.

Bagaimana dengan anda?

"Syed Hamid Albar menegaskan bahawa tidak ada yang salah dengan aplikasi mudah alih yang menawarkan perkhidmatan perjalanan, selagi ia memudahkan kenderaan dengan permit yang sah dan pemandu mempunyai lesen yang sah".

PERSOALAN.

1. Apakah Pengerusi SPAD itu tidak tahu yang Aplikasi Uber dan Grabcar itu tidak menyediakan perkhidmatan kepada pemandu dan kenderaan yang sah?

2. Apakah Pengerusi SPAD yang bijaksana itu tidak faham dasar peniagaan pengendali Aplikasi itu?  Ups... Saya terlupa, Pekeliling SPAD pun beliau tak baca.. Inikan pula membaca dan memahami dasar perniagaan syarikat tersebut.

3. Apakah tujuaan Agensi beliau (SPAD) menambah bilangan Permit Kereta SewaPandu?

4. Adakah kenderaan Teksi Mewah dan kenderaan Kereta SewaPandu yang melanggar syarat lesen dan terlibat dengan Aplikasi itu dikenakan tindakan Undang-Undang atau mereka dibenarkan beroperasi dengan Aplikasi itu dan terus melanggar syarat lesen?

Pesanan ikhlas saya kepada Syed Hamid Albar, cari mangkuk-mangkuk dan pengampumu untuk diperbodohkan, tetapi bukan kami dari PERS1M.

http://m.thesundaily.my/node/317470#sthash.7JZOcJnP.0wM9EA4O

PERS1M

Monday, June 29, 2015

Pengkianat utama pemandu teksi adalah MyTeksi.

Begitulah perumpamaan yang dapat saya berikan terhadap pengkianatan yang dilakukan oleh MyTeksi terhadap kita (pemandu teksi).

Sebelum ini saya diantara beberapa individu yang pernah dijemput bersemuka dengan mereka (MyTeksi) bagi membincangkan jalan penyelesaian terhadap penceroboh luar (Uber).

Kononnya MyTeksi mewujudkan Grabcar bagi bersaing dan mengalahkan Uber demi melindungi kebajikan pemandu teksi.

Pada awal pertemuan saya dengan pihak MyTeksi di sebuah Restoran di Putrajaya yang disertai beberapa individu-individu ternama didalam Industri Teksi, saya dengan jelas membantah hasrat MyTeksi meneruskan Grabcar mereka.

Beberapa persetujuan dicapai ketika itu, termasuklah memansuhkan Aplikasi Grabcar setelah Uber berjaya dihalau keluar dari industri teksi Negara.

Diatas persetujuan itu yang diketahui semua pihak yang hadir, saya terus menjalinkan persahabatan dengan pihak MyTeksi, sehinggalah satu ketika saya dituduh menerima sogokan dari MyTeksi apabila saya hanya menghentam Uber dan tidak menghentam Grabcar.

Ketika itu saya masih memberi peluang kepada MyTeksi untuk menarik semula Aplikasi Grabcar mereka, namun diatas keGAGALan SPAD menangani masalah Uber, MyTeksi mengambil kesempatan untuk menambah jumlah bilangan kenderaan Grabcar mereka dengan kenderaan yang melanggar syarat lesen pengendali (permit) Teksi Mewah dan Kereta SewaPandu.

Dan kini, MyTeksi semakin berani, mereka kini bukan sahaja menggunakan 2 jenis kenderaan itu, mereka kini mula mengeluarkan kenderaan mereka sendiri, kenderaan yang langsung tidak memiliki Lesen Pengendali, malah pemandu mereka juga tidak memiliki Lesen memandu perkhidmatan awam (PSV).

Selain itu janji MyTeksi untuk meletakkan kadar tambang Grabcar lebih tinggi berbanding kadar tambang Teksi juga didapati palsu. Cuba lihat perbezaan kadar tambang diantara Teksi Budjet Bermiter dengan kadar tambang Grabcar (ekonomi).

Q-DER PUCHONG UTAMA to SUNWAY INTERCHANGE.
Jarak perjalanan 18.8KM
Kadar Tambang Budget Taxi - RM38-59
Kadar Tambang Grabcar 18.8KM - RM31

Saya berpendapat MyTeksi memang berhajat menguasai industri teksi Negara dan membunuh kerjaya pemandu teksi.

Ini adalah satu pengkianatan yang tidak boleh dipandang enteng oleh seluruh warga pemandu teksi.

Sekalipun benar Uber penceroboh, namun Uber tidak mengkhianati pemandu teksi sepertimana MyTeksi mengkhianati pemandu teksi.

Walau bagaimanapun kedua-dua Aplikasi ini harus perjuangkan agar ia diharamkam.

Pemandu teksi disarankan BERSATU HATI berjuang bersama-sama bagi mempertahankan industri kita, jangan jadi golongan yang dayus.

Kesempatan ini saya menyeru semua Persatuan-Persatuan Teksi yang sedia ada supaya bagun dan membela nasib ahli dan memperjuangkan hak pemandu teksi, saya/PERS1M sedia membantu dan memberi sokongan. Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh.

"BERSATU KEARAH TRANSFORMASI"

PERS1M

Dimana keprihatinan Kerajaan?

Kami melahirkan rasa kesal dan kecewa diatas senario industri teksi Negara ketika ini.

Kami mendapati Kerajaan seakan-akan tidak lagi menghiraukan masalah dan bebanan yang kami (pemandu teksi) hadapi.

Apakah Memorendum dan perhimpunan yang kami buat selama ini masih tidak mencukupi untuk kami memaklumkan masalah kami kepada Kerajaan?

perlu kami menghentikan sokongan kami kepada Kerajaan?

Apakah perlu kami memberi sokongan penuh kepada pihak pembangkang bagi membela nasib kami?

Kami bukan ingin menentang Kerajaan, kami hanya ingin menyahut seruan Kerajaan untuk menaik taraf mutu perkhidmatan kami.

Tetapi bagaimana kami mampu melakukannya, sekiranya kebajikan dan ekonomi kami tidak dilindungi?

Bagaimana kami mampu bertahan, jika mata pencarian kami terus dirompak tanpa pembelaan dari Kerajaan?

Cuba lihat sedutan video ini, ia dengan jelas membuktikan bagaimana mata pencarian kami dirompak.
Selama ini kami dibebani dengan segala macam peraturan dan Undang-Undang, sehinggalah pemilihan kenderaan, namun keadaan seperti ini benar-benar mencabar kesabaran kami.

Apakah pemandu ini memiliki Lesen PSV seperti mana ditetapkan kepada kami?

Apakah kenderaan yang digunakan pemandu ini mempunyai Permit seperti kenderaan yang kami gunakan untuk mencari rezeki?
Apakah kenderaan ini menjalani ujian Puspakom seperti mana kenderaan kami diperiksa?
Dimanakah ketegasan Kerajaan selama ini berkenaan keselamatan pengguna?

Wahai Kerajaan kami, bantulah dan lindungilah kebajikan dan ekonomi kami. Kami perlukan pembelaan dan bukannya janji-janji manis dimusim pilihan raya. Sesungguhnya keadaan seperti ini menawarkan sokongan kami terhadap Kerajaan.

Tetapi kami masih menaruh keyakinan kepada Kerajaan, semoga Kerajaan memandang serius masalah kami.

"BERSATU KEARAH TRANSFORMASI"
PERS1M

*Copy dari page fb  TEKSI & PersimBersatu


http://www.youtube.com/watch?v=6gpRYNrvCq4&sns=em

PENYERAHAN MEMORENDUM PERS1M KEPADA YAB PERDANA MENTERI.

25hb Febuari 2015




Alhamdullilah,

Peningkatan kesedaran pemandu teksi untuk BERSATU kian meningkat tinggi.

Penyerahan Memorandum Kepada YAB PM.

10 TUNTUTAN.


01 Memohon keprihatinan Kerajaan agar merombak SPAD.
02 Mencadangkan Pelan Migrasi Lesen Pengendali diwujudkan.
03 Mencadangkan Kerajaan menyediakan kemudahan pembiayaan.
04 Pemohonan menyegerakan kenaikkan kadar tambang teksi.
05 Ketidakadilan teksi bermeter dibenarkan beroperasi di KLIA dan Klia2.
06 Menghapuskan budaya monopoli didalam industri teksi Negara.
07 Pemohonan pelepasan Cukai GST terhadap pemandu teksi.
08 Bantahan terhadap Uber, Blacklane dan Grabcar.
09 Tuntutan penyelarasan sistem teksi Negara.
10 Pemohonan kemudahan asas bagi melancarkan perkhidmatan teksi Negara. 





Baca selanjutnya di page TEKSI & PersimBersatu​

PPTSJ serah Memorendum kepada MyTeksi bantah Aplikasi Grabcar.

Seikhlas-ikhlasnya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Pemandu-Pemandu Teksi Subang Jaya (PPTSJ) yang telah berjaya menyerahkan Memorandum bantahan Aplikasi Grabcar kepada pihak MyTeksi.

Saya berpendapat ini satu kejayaan yang harus diakui oleh setiap warga pemandu teksi.

PPTSJ telah berjaya mendapatkan sokongan sahabat-sahabat (pemandu teksi) dari berbilang kaum, sekalipun PPTSJ masih muda di dalam menjadi penganjur perhimpunan aman seperti ini.

Saya berharap selepas ini akan lebih banyak Persatuan-Persatuan Teksi akan tampil membuat bantahan terhadap penceroboh industri teksi kita, InshaAllah saya akan sentiasa menyokong dan berkerjasama dengan mereka.

Untuk mengadakan Perhimpunan Bantahan Grabcar ini, saya dimaklumkan PPTSJ tidak sempat membuat kempen mahupun mengedarkan risalah, namun jumlah kehadiran sahabat-sahabat yang hadir pagi tadi amat membanggakan. Tahniah kepada PPTSJ.

Seharusnya semangat seperti ini harus dipupukkan di setiap jiwa warga teksi, terutama disetiap jiwa pucuk pimpinan setiap Persatuan Teksi, supaya kita akan terus bersatu hati memperjuangkan hak kita.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada #PPTSJ yang sudi memberi peluang kepada #PERS1M untuk bersama-sama mereka menjayakan program penyerahan Memorendum kepada MyTeksi.

Terima kasih juga diucapkan kepada #PDRM yang sentiasa memberi nasihat dan memberi kerjasama supaya proses penyerahan Memorendum berjalan lancar.

Tidak lupa, ucapan terima kasih setinggi-tingginya harus diberikan kepada seluruh sahabat-sahabat yang hadir memberi sokongan pagi tadi, sesungguhnya tanpa sokongan dari sahabat-sahabat, kami tidak bererti bagi mereka (MyTeksi).

Terima kasih semua, semoga kesepakatan ini dapat dieratkan lagi. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Ayuh kita berikan ucapan Tahniah kepada PPTSJ.

"BERSATU KEARAH TRANSFORMASI"

#PERS1M

☆Hal semasa industri teksi Negara, sila lawati Fb TEKSI & PersimBersatu.

Monday, June 22, 2015

Mampukah pemandu teksi menyelamatkan industri mereka?

Percaya atau tidak jika saya katakan, sekiranya kita semua masih terus berpendirian seperti hari ini, Uber dan Grabcar tidak akan diharamkan, sebaliknya kita semua berhadapan kepupusan, kerjaya kita sebagai pemandu teksi yang sah akan terkubur.

Kenapa?

Kerana kita semua (pemandu teksi) tidak mampu BERSATU hati membulatkan suara kita dan menjitukan perjuangan kita.

Kita sedia maklum adalah menjadi tanggungjawap dan kewajiban SPAD melindungi industri kita, tapi selama ini mereka (SPAD) hanya menyusahkan kita dan menabur pasir ke dalam periuk nasi. 

Surcaj RM12 mereka mansuhkan, mereka wujudkan Bas Percuma, mereka longgokan Kenderaan Kereta SewaPandu Pelancongan sekalipun mereka sedar teksi yang sedia ada telah melebihi keperluan semasa, malah mereka membenarkan kenderaan tersebut melanggar syarat lesen bagi menghalalkan App Uber dan App Grabcar terus hidup dalam industri kita. Adakah ini yang kita mahu? 

Jika TIDAK, mengapa ketika ini masih ada sahabat-sahabat kita yang masih menyebelahi SPAD, mengapa?

Adakah itu dinamakan strategi? 

Jika itulah strategi, maka selayaknya kita semua menerima padahnya.

Kita telah gagal membuktikan kepada Kerajaan, bahawa SPAD sebuah Suruhanjaya yang sedang membunuh industri kita dan sebuah Suruhanjaya yang menghilangkan keyakinan kita terhadap Kerajaan.

Malah masih ada sahabat-sahabat kita yang menyokong Syed Hamid Albar, mereka menyokong seorang Pengerusi SPAD yang tidak memantau dan tidak membaca Pekeliling #SPAD.

Terus terang saya katakan, saya sebenarnya tidak faham apa sebenarnya yang terbuku didalam hati dan kepala otak sahabat-sahabat kita itu, saya tidak tahu apa yang menyebabkan mereka berpendirian seperti #LALANG?

Bagi saya, walau dalam apa keadaan sekalipun, kita semua seharusnya sebulat suara menghentam dan menyalahkan SPAD, kerana TELAH terbukti Suruhanjaya itu tidak menjalankan tugas mereka melindungi industri kita, sekalipun Kerajaan sendiri telah mengarahkan mereka melindungi dan menjamin kebajikan kita.

Selama ini SPAD hanya memberi alasan "Diluar bidang kuasa kami" dan "Kami tidak mempunyai Akta". 

Jika sebelum ini mereka ingin memansuhkan Surcaj RM12, mereka boleh bawa kepada Kerajaan, kenapa isu #Uber dan #Grabcar tidak bawa secara rasmi kepada Kerajaan? Mengapa mereka hanya berpeluk tubuh dan bermain wayang?

KESIMPULAN.

Bila kita (segelintir sahabat-sahabat kita) tak ubah seperti lalang, kita tidak akan mampu menyelamatkan industri kita, malah menyelamatkan periuk nasi sendiri pun belum tentu.

Hanya kerana gula-gula (kenaikkan tambang), kita sanggup mengadaikan maruah kita dengan menunjukan kepada Kerajaan dan rakyat, bahawa kita berdiri dibelakang SPAD. Murah sungguh maruah kita.

Siapakah yang harus dipersalahkan?

Nasihat ikhlas dari saya, lembutkan jiwa dan fikirkanlah dengan hati yang tenang dan telus, apa yang sebenarnya kita cari?

Adakah gula-gula, pujian, ampuan, atau kita benar-benar ingin memartabatkan nasib sahabat-sahabat yang menaruh harapan kepada kita?

#PERS1M

Wednesday, June 17, 2015

Pemandu TEKS1M menghadapi kesukaran membayar semula pinjaman pembiayaan kenderaan TEKS1M.

Alhamdulilah, hari ini saya dan saudara Yong Zainal telah menghadiri satu mesyuarat bersama pihak BSN.

Diantara isu yang dibincangkan adalah berkenaan keupayaan pemandu TEKS1M membayar semula pinjaman pembiayaan kenderaan TEKS1M.

Perbincangan hari ini tidak dapat mencapai matlamat yang diharapkan, kerana pihak BSN terikat dengan peraturan perbankan dimana beberapa maklumat tidak dapat didedahkan.

Namun dari perbincangan tadi, jelas mengesahkan pihak BSN menghadapi masalah mendapatkan semula bayaran pinjaman yang telah diberikan kepada pemandu TEKS1M.

Pihak BSN berkali-kali menasihati pemandu agar lebih rajin, namun saya telah menyangkal perkataan rajin itu dengan hujah
"Bagaimana pemandu TEKS1M yang rajin ingin mendapatkan penumpang apabila penumpang itu sendiri enggan menggunakan TEKS1M?".

Masalah ini timbul diatas kebijaksanaan SPAD mengharu birukan kadar tambang TEKS1M dan kadar Teksi Baget.

Saya turut dimaklumkan pihak SPAD juga ada mengadakan pertemuan dengan pihak BSN bagi mendapatkan statistik keupayaan pemandu TEKS1M membayar semula pinjaman, namun perkembangan seterusnya tidak diketahui.

Keadaan akan menjadi lebih parah jika SPAD tidak bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah yang mereka sendiri ciptakan, dan yang menjadi mangsa ketika ini adalah pemandu teksi (TEKS1M).

Sedangkan dari pengaduan yang saya terima dari pemandu TEKS1M, SPAD bersikap lepas tangan.

Satu mesyuarat susulan akan diadakan semula pada tarikh yang bakal dimaklumkan kelak. Insha'Allah.

"BERSATU KEARAH TRANSFORMASI".

PERS1M

Tuesday, June 16, 2015

Duri semalu didalam industri teksi.

Jika kita mahu halaman rumah kita ditumbuhi rumput dan selesa dipijak walaupun tanpa berselipar.

Kita hendaklah membuang tumbuhan duri semalu yang selalu tumbuh dan membinasakan tapak kaki kita.

Tetapi untuk membuang tumbuhan duri semalu itu, kita harus cabuk pokok duri semalu itu sehingga tercabut akarnya.

Namun jika kita hanya sekadar memotong pucuk atau memotong ranting tumbuhan duri semalu itu, ia akan tumbuh semula dan akan memudaratkan kita.

Malah lebih teruk jika ada diantara kita yang membajai akar tumbuhan duri samalu itu.

So renung-renungkan lah.

Jangan dibiarkan sokongan dan kepercayaan kita terus dikianati.

#PERS1M

Duri semalu didalam industri teksi.

Jika kita mahu halaman rumah kita ditumbuhi rumput dan selesa dipijak walaupun tanpa berselipar.

Kita hendaklah membuang tumbuhan duri semalu yang selalu tumbuh dan membinasakan tapak kaki kita.

Tetapi untuk membuang tumbuhan duri semalu itu, kita harus cabuk pokok duri semalu itu sehingga tercabut akarnya.

Namun jika kita hanya sekadar memotong pucuk atau memotong ranting tumbuhan duri semalu itu, ia akan tumbuh semula dan akan memudaratkan kita.

Malah lebih teruk jika kita ada diantara kita yang membajai akar tumbuhan duri samalu itu.

So renung-renungkan lah.

Jangan dibiarkan sokongan dan kepercayaan kita terus dikianati.

#PERS1M

Duri semalu didalam industri teksi.

Jika kita mahu halaman rumah kita ditumbuhi rumput dan selesa dipijak walaupun tanpa berselipar.

Kita hendaklah membuang tumbuhan duri semalu yang selalu tumbuh dan membinasakan tapak kaki kita.

Tetapi untuk membuang tumbuhan duri semalu itu, kita harus cabuk pokok duri semalu itu sehingga tercabut akarnya.

Namun jika kita hanya sekadar memotong pucuk atau memotong ranting tumbuhan duri semalu itu, ia akan tumbuh semula dan akan memudaratkan kita.

Malah lebih teruk jika kita ada diantara kita yang membajai akar tumbuhan duri samalu itu.

So renung-renungkan lah.

Jangan dibiarkan sokongan dan kepercayaan kita terus dikianati.

#PERS1M

Duri semalu didalam industri teksi.

Jika kita mahu halaman rumah kita ditumbuhi rumput dan selesa dipijak walaupun tanpa berselipar.

Kita hendaklah membuang tumbuhan duri semalu yang selalu tumbuh dan membinasakan tapak kaki kita.

Tetapi untuk membuang tumbuhan duri semalu itu, kita harus cabuk pokok duri semalu itu sehingga tercabut akarnya.

Namun jika kita hanya sekadar memotong pucuk atau memotong ranting tumbuhan duri semalu itu, ia akan tumbuh semula dan akan memudaratkan kita.

Malah lebih teruk jika kita ada diantara kita yang membajai akar tumbuhan duri samalu itu.

So renung-renungkan lah.

Jangan dibiarkan sokongan dan kepercayaan kita terus dikianati.

#PERS1M

Duri semalu didalam industri teksi.

Jika kita mahu halaman rumah kita ditumbuhi rumput dan selesa dipijak walaupun tanpa berselipar.

Kita hendaklah membuang tumbuhan duri semalu yang selalu tumbuh dan membinasakan tapak kaki kita.

Tetapi untuk membuang tumbuhan duri semalu itu, kita harus cabuk pokok duri semalu itu sehingga tercabut akarnya.

Namun jika kita hanya sekadar memotong pucuk atau memotong ranting tumbuhan duri semalu itu, ia akan tumbuh semula dan akan memudaratkan kita.

Malah lebih teruk jika kita ada diantara kita yang membajai akar tumbuhan duri samalu itu.

So renung-renungkan lah.

Jangan dibiarkan sokongan dan kepercayaan kita terus dikianati.

#PERS1M

Sunday, June 14, 2015

Benarkah SPAD tidak berkompromi akan keselamatan penumpang?

Jika jawapannya benar, kenapakah sehingga hari ini gejala Ulat dan pengangkutan haram terus belaku?

Cuba lihat gambar ini, ia adalah sebuah kenderaan teksi yang telah tamat tempoh, namun pemiliknya masih menggunakan kenderaan ini seperti teksi.

Diatas kelemahan SPAD, pemandu kenderaan ini berani memandu kenderaannya dan menghantar penumpang ke Lapangan Terbang Antara Bangsa KLIA.

Apakah perbuatan seperti ini tidak meletakkan keselamatan penumpang didalam kemerbahayaan?

Namun sekiranya kenderaan ini hanya menghantar ahli keluarga atau kenalan ke Lapangan Terbang KLIA tanpa sebarang bayaran, mungkin kita boleh terima.

Tetapi menceritakan pengalaman saya hampir 12 Tahun didalam industri teksi, saya sendiri pernah menemui kenderaan seperti ini masih digunapakai seperti teksi.

Maklumat yang saya terima, pengadu yang mengekori kenderaan ini telah melaporkan kejadian ini kepada pihak Polis Trafik yang ketika itu berada diTerminal KLIA.

Namun tindakan beliau tidak mendatangkan hasil, apabila pihak Polis Trafik yang berada disitu tidak mengendahkan dan tidak berminat untuk menerima gambar mahupun nombor pendaftaran kenderaan tersebut.

Dalam hal seperti ini, saya tidak menyalahkan pihak Polis Trafik tersebut, kerana saya sedia maklum setiap pihak penguatkuasaan, mereka tertakluk kepada tugas Agensi mereka.

Walau bagaimanapun perkara ini jelas membuktikan dimana SPAD telah gagal mewujudkan jalinan kerjasama dengan seluruh pihak penguatkuasaan dalam menambah baik sistem pengangkutan teksi Negara.

Dan apa yang amat saya kesalkan ialah, SPAD "GAGAL" memastikan sistem pengangkutan awam darat Negara selamat digunakan.

Saya yakin kegagalan ini berpunca dari kelemahan SPAD menangani masalah Ulat dan membenteras kenderaan haram.

Inilah akibatnya bila SPAD dikendalikan oleh individu-induvidu yang tidak berpengetahuan dan tidak berpengalaman didalam bidang yang mereka ceburi.

Mereka akan hanya meniru kulit buku dan mereka akan cuba merialisasikan dengan berpandukan text, tanpa mengkaji rialiti sebenar.

Kerajaan harus melihat perkara ini sabagai satu perkara yang serius, SPAD seharusnya dirombak. Jika tidak, tidak mustahil sokongan warga pemandu teksi kepada #Kerajaan akan berkurangan, dan tidak mustahil janji-janji Kerajaan tidak akan dipercayai lagi.

Soalan saya: Adakah perkara seperti ini pun diluar bidang kuasa #SPAD?

#PERS1M

Saturday, June 13, 2015

Benda haram nak dihalalkan SPAD.

Terimalah kesannya... Ini baru permulaan, tunggulah sampai ada yang dah jadi korban, baru lah masa tu SPAD terhegeh-hegeh.

Dari maklumat SPAD sendiri, mereka pernah memaklumkan kepada saya, mereka bercadang ingin menggunakan Aplikasi Uber untuk PHV mereka kelak.

Negara Yahudi haramkan Uber, tapi Malaysia dibawah SPAD yang dikendalikan oleh umat Islam, mereka ingin menyokong produk Yahudi.

SPAD harus dirombak, tukarkan pengurusan SPAD dengan wajah baru.

http://m.www.astroawani.com/berita-hiburan/insiden-diganggu-daniella-sebar-kesedaran-uber-ambil-tindakan-55585

Wednesday, June 10, 2015

PERS1M bawa isu GST ke meja rundingan bersama Kementerian Kewangan Malaysia.

PERS1M menuntut Layanan GST Ke Atas Insentif Yang Melibatkan Pengecualian Cukai Jualan dilaksanakan dengan lebih telus.

Merujuk kepada surat rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang bertarikh 06 April 2015. Surat tersebut jelas menyatakan bahawa setiap pembelian kenderaan Nasional yang dijadikan Teksi diberi pengecualian cukai GST.

Itu bermaksud pemandu teksi tidak perlu lagi membayar cukai GST 6% diatas pembelian teksi dari Syarikat Teksi.

Namun sehingga hari ini pihak Syarikat masib terus mengenakan cukai tersebut didalam nilai bayaran yang dibuat oleh pemandu teksi.

Sehubungan dengan itu PERS1M telah memohon pihak MOF memastikan pengecualian dan pelepasan cukai yang telah diberikan oleh MOF dapat dilaksanakan dengan telus, dan sebagai rakyat Malaysia pelepasan cukai itu seharusnya dinikmati oleh seluruh pemandu teksi yang ada perjanjian sewabeli dengan Syarikat Teksi.

Pihak MOF bersetuju, seharusnya pihak Syarikat mengistiharkan setiap item yang dibayar pemandu teksi didalam resit, agar ia dapat mengasingkan item yang dikenakan cukai GST dan Item yang tidak harus dikenakan GST.

Pihak MOF telah meminta pihak SPAD memastikan perkara tersebut dapat dilaksanakan.

Pihak SPAD berjanji akan cuba melaksanakan perkara tersebut setelah mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Pengusaha dalam tempoh 2 minggu dari sekarang.

Diharapkan perlaksanaan tersebut akan membebaskan cengkaman kerakusan Syarikat teksi mengutip 6% dari item yang tidak sewajarnya dikenakan cukai 6% (pembelian kenderaan Nasional).

Walau bagaimanapun, nilai 6% yang telah dibayar pemandu teksi kepada Syarikat Teksi tidak akan dipulangkan, wang tersebut akan dimasukkan ke dalam Hasil Kastam.

Kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada #MOF, #SPAD, #Kastam dan sahabat yang sudi hadir.

"BERSATU KEARAH TRANSFORMASI"

#PERS1M

Thursday, June 4, 2015

Benarkah spad telah berjaya membenteras gejala haram easytaxi (easyplus)?

Mungkin benar EasyPlus tidak lagi aktif, dan mungkin telah terkubur, maka itu hadir seorang hamba Allah didalam Fb mempertahankan SPAD dan menuduh hati saya telah hitam, kerana saya tidak mempercayai SPAD. 

Tapi bagaimana pula dengan gambar ini? Gambar ini dikirimkan seorang sahabat (pemandu teksi) kepada saya?

Saya dimaklumkan, oleh kerana terdorong rasa curiga apabila beliau ternampak stiker EasyTaxi terpapar dicermin belakang kenderaan ini, beliau bertindak mengekori kenderaan Viva ini. 

Hasilnya beliau mengesan satu lagi stiker EasyTaxi dibahagian cermin hadapan kenderaan Viva ini. 

Agak pelik sebuah kenderaan persendirian berminat menampal stiker EasyTaxi, sedangkan pemandu teksi yang menggunakan Aplikasi EasyTaxi pun tidak berminat menampal stiker EasyTaxi.

Beliau yang mencurigai terus mengekori kenderaan Viva ini dari Hartamas hinggalah ke Mont Kiara, pada awalnya kenderaan Viva ini tidak mempunyai penumpang, namun bebarapa ketika kenderaan Viva ini keluar dari Mont Kiara dengan membawa penumpang.

Apa yang menghairankan penumpang yang dibawa kenderaan Viva ini hanya duduk dibahagian belakang dan membiarkan bahagian tempat duduk depan kosong. 

Oleh kerana tidak puas hati, sahabat tadi terus mengekori kenderaan Viva ini, namun mungkin kerana pemandu kenderaan Viva ini menyedari ia diekori, lalu pemandu kenderaan Viva bertindak melarikan diri.

PERSOALANNYA:
~ Siapakah yang dibawa kenderaan Viva ini?

~ Mungkinkah ini hanya sebuah prasangka atau ini satu kebenaran bahawa EasyPlus masih aktif dan mereka menyembunyikan aktiviti haram mereka dengan menggunakan Aplikasi EasyTaxi?

~ Adakah kenderaan Kereta SewaPandu Pelancongan dan Teksi Mewah yang melanggar syarat Lesen Pengendali (permit) dan bekerjasama dengan Aplikasi seperti Uber, Grabcar dan EasyPlus akan disita?

~ Apakah tujuan SPAD mengeluarkan permit Kereta SewaPandu Pelancongan, sedangkan jumlah teksi yang sedia ada telah melebihi keperluan semasa, malah TEKS1M dan Teksi Eksekutif yang sedia ada masih mampu memberi perkhidmatan yang diperlukan Syarikat Pelancongan?

KESIMPULANNYA:
Jika ditanya pendirian saya, terus terang saya katakan, selagi SPAD tidak dirombak, selagi itulah masalah didalam industri teksi Negara tidak akan selesai, malah hari demi hari hak pemandu teksi akan terus dirompak dan tidak mustahil kerjaya pemandu teksi bakal terkubur.

#SPAD #PERS1M.