Begitulah perumpamaan yang dapat saya berikan terhadap pengkianatan yang dilakukan oleh MyTeksi terhadap kita (pemandu teksi).
Sebelum ini saya diantara beberapa individu yang pernah dijemput bersemuka dengan mereka (MyTeksi) bagi membincangkan jalan penyelesaian terhadap penceroboh luar (Uber).
Kononnya MyTeksi mewujudkan Grabcar bagi bersaing dan mengalahkan Uber demi melindungi kebajikan pemandu teksi.
Pada awal pertemuan saya dengan pihak MyTeksi di sebuah Restoran di Putrajaya yang disertai beberapa individu-individu ternama didalam Industri Teksi, saya dengan jelas membantah hasrat MyTeksi meneruskan Grabcar mereka.
Beberapa persetujuan dicapai ketika itu, termasuklah memansuhkan Aplikasi Grabcar setelah Uber berjaya dihalau keluar dari industri teksi Negara.
Diatas persetujuan itu yang diketahui semua pihak yang hadir, saya terus menjalinkan persahabatan dengan pihak MyTeksi, sehinggalah satu ketika saya dituduh menerima sogokan dari MyTeksi apabila saya hanya menghentam Uber dan tidak menghentam Grabcar.
Ketika itu saya masih memberi peluang kepada MyTeksi untuk menarik semula Aplikasi Grabcar mereka, namun diatas keGAGALan SPAD menangani masalah Uber, MyTeksi mengambil kesempatan untuk menambah jumlah bilangan kenderaan Grabcar mereka dengan kenderaan yang melanggar syarat lesen pengendali (permit) Teksi Mewah dan Kereta SewaPandu.
Dan kini, MyTeksi semakin berani, mereka kini bukan sahaja menggunakan 2 jenis kenderaan itu, mereka kini mula mengeluarkan kenderaan mereka sendiri, kenderaan yang langsung tidak memiliki Lesen Pengendali, malah pemandu mereka juga tidak memiliki Lesen memandu perkhidmatan awam (PSV).
Selain itu janji MyTeksi untuk meletakkan kadar tambang Grabcar lebih tinggi berbanding kadar tambang Teksi juga didapati palsu. Cuba lihat perbezaan kadar tambang diantara Teksi Budjet Bermiter dengan kadar tambang Grabcar (ekonomi).
Q-DER PUCHONG UTAMA to SUNWAY INTERCHANGE.
Jarak perjalanan 18.8KM
Kadar Tambang Budget Taxi - RM38-59
Kadar Tambang Grabcar 18.8KM - RM31
Saya berpendapat MyTeksi memang berhajat menguasai industri teksi Negara dan membunuh kerjaya pemandu teksi.
Ini adalah satu pengkianatan yang tidak boleh dipandang enteng oleh seluruh warga pemandu teksi.
Sekalipun benar Uber penceroboh, namun Uber tidak mengkhianati pemandu teksi sepertimana MyTeksi mengkhianati pemandu teksi.
Walau bagaimanapun kedua-dua Aplikasi ini harus perjuangkan agar ia diharamkam.
Pemandu teksi disarankan BERSATU HATI berjuang bersama-sama bagi mempertahankan industri kita, jangan jadi golongan yang dayus.
Kesempatan ini saya menyeru semua Persatuan-Persatuan Teksi yang sedia ada supaya bagun dan membela nasib ahli dan memperjuangkan hak pemandu teksi, saya/PERS1M sedia membantu dan memberi sokongan. Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh.
"BERSATU KEARAH TRANSFORMASI"
PERS1M
Pengalaman saya..jujur..bkn buat cerita..
ReplyDelete1. Tbs - setapak dgn teksi rm 30
2. Setapak - tbs dgn grabcar rm 24 + tol rm2. Tahan 3 taxi xnak pegi alasan jammed..try grabcar terus on..Waktu yg sama (7pm)..
Ok..klu tuan pnya page ni bkn driver taxi, xda kaitan dgn taxi..agak2 guna yg mna?
Teksi bermeter tapi x guna meter..cas terus..
Grabcar hrga fixed..tol tu sbb customer requset nak fastest route utk elak jammed..
Nasihat dulu driver taxi telus n ikhlas bekerja..jgn nak kejar airport je..