Monday, June 29, 2015

PPTSJ serah Memorendum kepada MyTeksi bantah Aplikasi Grabcar.

Seikhlas-ikhlasnya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Pemandu-Pemandu Teksi Subang Jaya (PPTSJ) yang telah berjaya menyerahkan Memorandum bantahan Aplikasi Grabcar kepada pihak MyTeksi.

Saya berpendapat ini satu kejayaan yang harus diakui oleh setiap warga pemandu teksi.

PPTSJ telah berjaya mendapatkan sokongan sahabat-sahabat (pemandu teksi) dari berbilang kaum, sekalipun PPTSJ masih muda di dalam menjadi penganjur perhimpunan aman seperti ini.

Saya berharap selepas ini akan lebih banyak Persatuan-Persatuan Teksi akan tampil membuat bantahan terhadap penceroboh industri teksi kita, InshaAllah saya akan sentiasa menyokong dan berkerjasama dengan mereka.

Untuk mengadakan Perhimpunan Bantahan Grabcar ini, saya dimaklumkan PPTSJ tidak sempat membuat kempen mahupun mengedarkan risalah, namun jumlah kehadiran sahabat-sahabat yang hadir pagi tadi amat membanggakan. Tahniah kepada PPTSJ.

Seharusnya semangat seperti ini harus dipupukkan di setiap jiwa warga teksi, terutama disetiap jiwa pucuk pimpinan setiap Persatuan Teksi, supaya kita akan terus bersatu hati memperjuangkan hak kita.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada #PPTSJ yang sudi memberi peluang kepada #PERS1M untuk bersama-sama mereka menjayakan program penyerahan Memorendum kepada MyTeksi.

Terima kasih juga diucapkan kepada #PDRM yang sentiasa memberi nasihat dan memberi kerjasama supaya proses penyerahan Memorendum berjalan lancar.

Tidak lupa, ucapan terima kasih setinggi-tingginya harus diberikan kepada seluruh sahabat-sahabat yang hadir memberi sokongan pagi tadi, sesungguhnya tanpa sokongan dari sahabat-sahabat, kami tidak bererti bagi mereka (MyTeksi).

Terima kasih semua, semoga kesepakatan ini dapat dieratkan lagi. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Ayuh kita berikan ucapan Tahniah kepada PPTSJ.

"BERSATU KEARAH TRANSFORMASI"

#PERS1M

☆Hal semasa industri teksi Negara, sila lawati Fb TEKSI & PersimBersatu.

No comments:

Post a Comment