Alhamdulilah, hari ini saya dan saudara Yong Zainal telah menghadiri satu mesyuarat bersama pihak BSN.
Diantara isu yang dibincangkan adalah berkenaan keupayaan pemandu TEKS1M membayar semula pinjaman pembiayaan kenderaan TEKS1M.
Perbincangan hari ini tidak dapat mencapai matlamat yang diharapkan, kerana pihak BSN terikat dengan peraturan perbankan dimana beberapa maklumat tidak dapat didedahkan.
Namun dari perbincangan tadi, jelas mengesahkan pihak BSN menghadapi masalah mendapatkan semula bayaran pinjaman yang telah diberikan kepada pemandu TEKS1M.
Pihak BSN berkali-kali menasihati pemandu agar lebih rajin, namun saya telah menyangkal perkataan rajin itu dengan hujah
"Bagaimana pemandu TEKS1M yang rajin ingin mendapatkan penumpang apabila penumpang itu sendiri enggan menggunakan TEKS1M?".
Masalah ini timbul diatas kebijaksanaan SPAD mengharu birukan kadar tambang TEKS1M dan kadar Teksi Baget.
Saya turut dimaklumkan pihak SPAD juga ada mengadakan pertemuan dengan pihak BSN bagi mendapatkan statistik keupayaan pemandu TEKS1M membayar semula pinjaman, namun perkembangan seterusnya tidak diketahui.
Keadaan akan menjadi lebih parah jika SPAD tidak bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah yang mereka sendiri ciptakan, dan yang menjadi mangsa ketika ini adalah pemandu teksi (TEKS1M).
Sedangkan dari pengaduan yang saya terima dari pemandu TEKS1M, SPAD bersikap lepas tangan.
Satu mesyuarat susulan akan diadakan semula pada tarikh yang bakal dimaklumkan kelak. Insha'Allah.
"BERSATU KEARAH TRANSFORMASI".
PERS1M
No comments:
Post a Comment