Monday, June 22, 2015

Mampukah pemandu teksi menyelamatkan industri mereka?

Percaya atau tidak jika saya katakan, sekiranya kita semua masih terus berpendirian seperti hari ini, Uber dan Grabcar tidak akan diharamkan, sebaliknya kita semua berhadapan kepupusan, kerjaya kita sebagai pemandu teksi yang sah akan terkubur.

Kenapa?

Kerana kita semua (pemandu teksi) tidak mampu BERSATU hati membulatkan suara kita dan menjitukan perjuangan kita.

Kita sedia maklum adalah menjadi tanggungjawap dan kewajiban SPAD melindungi industri kita, tapi selama ini mereka (SPAD) hanya menyusahkan kita dan menabur pasir ke dalam periuk nasi. 

Surcaj RM12 mereka mansuhkan, mereka wujudkan Bas Percuma, mereka longgokan Kenderaan Kereta SewaPandu Pelancongan sekalipun mereka sedar teksi yang sedia ada telah melebihi keperluan semasa, malah mereka membenarkan kenderaan tersebut melanggar syarat lesen bagi menghalalkan App Uber dan App Grabcar terus hidup dalam industri kita. Adakah ini yang kita mahu? 

Jika TIDAK, mengapa ketika ini masih ada sahabat-sahabat kita yang masih menyebelahi SPAD, mengapa?

Adakah itu dinamakan strategi? 

Jika itulah strategi, maka selayaknya kita semua menerima padahnya.

Kita telah gagal membuktikan kepada Kerajaan, bahawa SPAD sebuah Suruhanjaya yang sedang membunuh industri kita dan sebuah Suruhanjaya yang menghilangkan keyakinan kita terhadap Kerajaan.

Malah masih ada sahabat-sahabat kita yang menyokong Syed Hamid Albar, mereka menyokong seorang Pengerusi SPAD yang tidak memantau dan tidak membaca Pekeliling #SPAD.

Terus terang saya katakan, saya sebenarnya tidak faham apa sebenarnya yang terbuku didalam hati dan kepala otak sahabat-sahabat kita itu, saya tidak tahu apa yang menyebabkan mereka berpendirian seperti #LALANG?

Bagi saya, walau dalam apa keadaan sekalipun, kita semua seharusnya sebulat suara menghentam dan menyalahkan SPAD, kerana TELAH terbukti Suruhanjaya itu tidak menjalankan tugas mereka melindungi industri kita, sekalipun Kerajaan sendiri telah mengarahkan mereka melindungi dan menjamin kebajikan kita.

Selama ini SPAD hanya memberi alasan "Diluar bidang kuasa kami" dan "Kami tidak mempunyai Akta". 

Jika sebelum ini mereka ingin memansuhkan Surcaj RM12, mereka boleh bawa kepada Kerajaan, kenapa isu #Uber dan #Grabcar tidak bawa secara rasmi kepada Kerajaan? Mengapa mereka hanya berpeluk tubuh dan bermain wayang?

KESIMPULAN.

Bila kita (segelintir sahabat-sahabat kita) tak ubah seperti lalang, kita tidak akan mampu menyelamatkan industri kita, malah menyelamatkan periuk nasi sendiri pun belum tentu.

Hanya kerana gula-gula (kenaikkan tambang), kita sanggup mengadaikan maruah kita dengan menunjukan kepada Kerajaan dan rakyat, bahawa kita berdiri dibelakang SPAD. Murah sungguh maruah kita.

Siapakah yang harus dipersalahkan?

Nasihat ikhlas dari saya, lembutkan jiwa dan fikirkanlah dengan hati yang tenang dan telus, apa yang sebenarnya kita cari?

Adakah gula-gula, pujian, ampuan, atau kita benar-benar ingin memartabatkan nasib sahabat-sahabat yang menaruh harapan kepada kita?

#PERS1M

No comments:

Post a Comment