PERS1M menuntut Layanan GST Ke Atas Insentif Yang Melibatkan Pengecualian Cukai Jualan dilaksanakan dengan lebih telus.
Merujuk kepada surat rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang bertarikh 06 April 2015. Surat tersebut jelas menyatakan bahawa setiap pembelian kenderaan Nasional yang dijadikan Teksi diberi pengecualian cukai GST.
Itu bermaksud pemandu teksi tidak perlu lagi membayar cukai GST 6% diatas pembelian teksi dari Syarikat Teksi.
Namun sehingga hari ini pihak Syarikat masib terus mengenakan cukai tersebut didalam nilai bayaran yang dibuat oleh pemandu teksi.
Sehubungan dengan itu PERS1M telah memohon pihak MOF memastikan pengecualian dan pelepasan cukai yang telah diberikan oleh MOF dapat dilaksanakan dengan telus, dan sebagai rakyat Malaysia pelepasan cukai itu seharusnya dinikmati oleh seluruh pemandu teksi yang ada perjanjian sewabeli dengan Syarikat Teksi.
Pihak MOF bersetuju, seharusnya pihak Syarikat mengistiharkan setiap item yang dibayar pemandu teksi didalam resit, agar ia dapat mengasingkan item yang dikenakan cukai GST dan Item yang tidak harus dikenakan GST.
Pihak MOF telah meminta pihak SPAD memastikan perkara tersebut dapat dilaksanakan.
Pihak SPAD berjanji akan cuba melaksanakan perkara tersebut setelah mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Pengusaha dalam tempoh 2 minggu dari sekarang.
Diharapkan perlaksanaan tersebut akan membebaskan cengkaman kerakusan Syarikat teksi mengutip 6% dari item yang tidak sewajarnya dikenakan cukai 6% (pembelian kenderaan Nasional).
Walau bagaimanapun, nilai 6% yang telah dibayar pemandu teksi kepada Syarikat Teksi tidak akan dipulangkan, wang tersebut akan dimasukkan ke dalam Hasil Kastam.
Kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada #MOF, #SPAD, #Kastam dan sahabat yang sudi hadir.
"BERSATU KEARAH TRANSFORMASI"
#PERS1M
No comments:
Post a Comment