Monday, June 29, 2015

Dimana keprihatinan Kerajaan?

Kami melahirkan rasa kesal dan kecewa diatas senario industri teksi Negara ketika ini.

Kami mendapati Kerajaan seakan-akan tidak lagi menghiraukan masalah dan bebanan yang kami (pemandu teksi) hadapi.

Apakah Memorendum dan perhimpunan yang kami buat selama ini masih tidak mencukupi untuk kami memaklumkan masalah kami kepada Kerajaan?

perlu kami menghentikan sokongan kami kepada Kerajaan?

Apakah perlu kami memberi sokongan penuh kepada pihak pembangkang bagi membela nasib kami?

Kami bukan ingin menentang Kerajaan, kami hanya ingin menyahut seruan Kerajaan untuk menaik taraf mutu perkhidmatan kami.

Tetapi bagaimana kami mampu melakukannya, sekiranya kebajikan dan ekonomi kami tidak dilindungi?

Bagaimana kami mampu bertahan, jika mata pencarian kami terus dirompak tanpa pembelaan dari Kerajaan?

Cuba lihat sedutan video ini, ia dengan jelas membuktikan bagaimana mata pencarian kami dirompak.
Selama ini kami dibebani dengan segala macam peraturan dan Undang-Undang, sehinggalah pemilihan kenderaan, namun keadaan seperti ini benar-benar mencabar kesabaran kami.

Apakah pemandu ini memiliki Lesen PSV seperti mana ditetapkan kepada kami?

Apakah kenderaan yang digunakan pemandu ini mempunyai Permit seperti kenderaan yang kami gunakan untuk mencari rezeki?
Apakah kenderaan ini menjalani ujian Puspakom seperti mana kenderaan kami diperiksa?
Dimanakah ketegasan Kerajaan selama ini berkenaan keselamatan pengguna?

Wahai Kerajaan kami, bantulah dan lindungilah kebajikan dan ekonomi kami. Kami perlukan pembelaan dan bukannya janji-janji manis dimusim pilihan raya. Sesungguhnya keadaan seperti ini menawarkan sokongan kami terhadap Kerajaan.

Tetapi kami masih menaruh keyakinan kepada Kerajaan, semoga Kerajaan memandang serius masalah kami.

"BERSATU KEARAH TRANSFORMASI"
PERS1M

*Copy dari page fb  TEKSI & PersimBersatu


http://www.youtube.com/watch?v=6gpRYNrvCq4&sns=em

No comments:

Post a Comment