Tuesday, December 8, 2015
KEBODOHAN SPAD TIDAK DAPAT DINAFIKAN LAGI.
TANAH AIRKU UNTUK BANGSA ASING.
BENARKAH HANYA 500 PEMANDU TEKSI MENYERTAI PERHIMPUNAN AMAN PEMANDU TEKSI?
PERHIMPUNAN AMAN PEMANDU TEKSI DEMI MEMARTABATKAN HAK PEMANDU TEKSI AKAN HANYA ROSAKKAN IMEJ PEMANDU TEKSI, BETULKAH?
Apakah selama ini imej pemandu teksi tidak tercemar atau rosak diatas birokrasi yang sedia ada?
Apakah kebijaksanaan Pertubuhan ini berunding dengan SPAD telah berjaya menyelesaikan masalah industri teksi, atau Pertubuhan ini semakin rancak memonopoli kaunter-kaunter teksi seperti kaunter-kaunter teksi di KTM Berhad untuk kepentingan mereka?
FAKTA:
Dulu Pertubuhan ini telah mengajak saya/PERS1M menyertai gabungan mereka bagi mengadakan satu konvensyen, kononnya ada mantan Menteri simpati dengan nasib pemandu teksi, dan mantan menteri itu sanggup membantu.
Agenda mengadakan konvensyen adalah untuk menyerah memorendum kepada YAB Perdana Menteri diatas ketidakpuasan hati warga teksi terhadap SPAD yang telah gagal menyelesaikan masalah industri teksi Negara. Tapi dalam sedar tak sedar mereka mempunyai agenda meminta dana Kerajaan sebanyak RM60 Juta untuk buka Bank Pemandu Teksi yang kononnya untuk pemandu teksi. Tetapi disebabkan bantahan dari saya dan Perhimpunan Aman anjuran PERS1M di Pejabat SPRM, mantan Menteri yang simpati dengan nasib pemandu teksi telah menarik diri dan konvensyen itu terpaksa dibatalkan.
Persoalannya kenapa waktu mantan Menteri itu masih menjadi Menteri, beliau tidak mahu membantu pemandu teksi dan kenapa konvensyen itu harus dibatalkan tanpa penyertaan saya/PERS1M?
Dari sumber yang saya terima ketika terlibat dengan gabungan ini, Pertubuhan ini bertanggungjawab diatas kes tayar TR1Ma yang menyebabkan harga tayar lebih mahal dari harga pasaran.
Saya tertanya-tanya bolehkah pertubuhan ini dipercayai?
Dari info terbaru, pertubuhan ini akan melucutkan keahlian ahli mereka yang terlibat dengan Perhimpunan Aman Pemandu Teksi memartabatkan hak pemandu teksi, ada apa dengan pertubuhan ini?
WARGA TEKSI DIJADIKAN KAMBING SPAD.
Kononnya lebih dari 1000 pengusaha dan pemandu teksi dari seluruh Lembah Klang hadir bagi membuktikan perbincang secara damai adalah jalan terbaik untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah industri teksi.
Pemandu teksi diumpan dengan perkataan "BERINTERAKSI", wahal pemandu teksi tidak diberi ruang untuk mengemukan soalan atau bercakap.
Pemandu teksi perlepasan sewa, bagi makan, bagi kad Touch'nGo RM10, SPAD beranggapan pemandu teksi menyebelahi mereka dan sebilangan besar pemandu teksi menolak Perhimpunan Aman Pemandu Teksi 18hb November 2015.
Cuba kita kaji semula berapa jumlah sebenar kehadiran pemandu teksi yang benar-benar menyokong SPAD, berbanding kakitangan SPAD, Persatuan Penjilat SPAD dan balaci SPAD?
Keadaan ini sangat berbeza dengan kehadiran pemandu teksi di Majlis Sidang Media JKBPTLK di Kari Kepala Ikan Sentul.
PERSOALANNYA:
1. Apakah penyelesaian yang pernah dicapai sejak SPAD ditubuhkan?
2. Berapa lama lagi warga teksi harus mengharapkan SPAD yang sedia ada menyelesaikan masalah industri teksi, apakah selama 4 Tahun SPAD ditubuhkan masih tidak cukup untuk SPAD menyelesaikan masalah industri teksi Negara?
3. Perlukah warga teksi terus mempercayai janji-janji sampah didalam SPAD dan mempercayai percakapan barua-barua SPAD yang selama ini mementingkan kepentingan mereka sendiri?
4. Apakah pencapaian yang telah berjaya diperoleh oleh balaci-balaci SPAD yang selama ini berunding dengan SPAD, adakah memberi kebaikkan kepada seluruh warga teksi, atau hanya memberi kebaikkan untuk tekak mereka sendiri?
KESIMPULAN:
Warga teksi harus bersatu hati menggunakan tarikh 18hb November 2015 ini untuk memperjuangkan hak mereka.
Saya yang bertanggungjawab menetapkan tarikh 18hb November 2015, sebenarnya saya langsung tidak tahu tarikh tersebut akan ada persidangan Kemuncak Negara ASEAN, tarikh itu terlintas difikiran saya setelah saya menetapkan 1 bulan dari tarikh Sidang Media tindakan peguam JKBPTLK.
Kita harus ingat Allah telah beri kita peluang untuk kita singkirkan sampah-sampah didalam SPAD, perumpamaan bola didepan pintu goal, adakah kita nak tendang, atau kita nak biarkan? Fikirlah....
Saya dan JKBPTLK hanya mampu merancang dan mengusahakannya, tapi untuk mencapai matlamat itu sahabat-sahabat perlu berjuang bersama-sama kami, atau sahabat-sahabat biarkan hidup sahabat-sahabat terus diperalatkan dan dijajah.
#PERS1M
HANYA ORANG BODOH SAHAJA YANG AKAN TERUS PERCAYAKAN SPAD.
Apakah Akta yang bakal dipinda itu akan memberi kebaikkan kepada permain industri, atau akan lebih menzalimi pemandu teksi?
...
Nasib baik pengadu itu (pemandu teksi) dapat usahakan wang denda RM8000, jika gagal bayar denda itu, sudah pasti dia masuk penjara hanya kerana kad pemandu tamat tempoh.
Agak-agaknya lepas SPAD buat pindaan Akta, ada kemungkinan atau tidak hukuman gantung sampai mati diperkenalkan?
Bagi saya kenyataan "SPAD AKAN usul cadangan pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010", adalah sebuah tektik untuk meredakan kebangkitan warga teksi dan sekaligus melemahkan Perhimpunan Aman pemandu teksi pada 18hb Nov 2015.
Masalah Uber dan Grabcar bukanlah sebuah masalah yang dihadapi warga teksi untuk tempoh sebulan dua, tetapi ia adalah masalah yang telah lama berlanjutan dan telah memasuki tahun ketiga, namun SPAD hanya baru terfikir "AKAN" mengemaskini Akta.
Sedangkan untuk mengurangkan pendapatan pemandu teksi (memansuhkan surcaj RM12) SPAD boleh laksanakan kurang dari 6 bulan. Tapi melindungi ekonomi pemandu teksi, SPAD mengambil masa hampir 3 Tahun untuk berfikir.
Kemudian SPAD cuba mempolitikan fikiran masyarakat dan amnya fikiran pemandu teksi dengan keprihatinan Kerajaan. "Sebelum ini, kerajaan mewujudkan program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pada 2012 dan program Teksi 1Malaysia (TEKS1M) pada 2013 untuk mengatasi masalah industri teksi negara".
Dasar Kerajaan memang dah betul, Kerajaan mahu kebajikan dan ekonomi pemandu teksi dibela, dan sekaligus pemandu teksi mampu memberi perkhidmatan yang memuaskan selari dengan hasrat Kerajaan untuk melihat mutu perkhidmatan teksi Negara di menaiktaraf.
Sebagai contoh:
Kerajaan bagi bantuan tayar TR1Ma kepada pemandu teksi, dengan harapan dapat meringankan bebanan pemandu teksi, namun SPAD menyebabkan harga tayar dijual lebih mahal dari harga pasaran.
Kerajaan wujudkan program Teksi 1Malaysia (TEKS1M) bagi memberi imej dan keselesaan, tetapi SPAD menyebabkan ketirisan wang pemandu teksi berlaku sehingga 15% bagi setiap pembelian kenderaan TEKS1M (Proton Extra), setelah itu SPAD menghuru-harakan kenaikkan kadar tambang hingga menyebabkan TEKS1M mengalami kesukaran mendapatkan penumpang.
SPAD bukan sahaja menyusahkan pemandu teksi, sebaliknya SPAD menyusahkan Kerajaan, SPAD bertanggungjawab diatas kemarahan warga teksi terhadap Kerajaan.
SPAD harus dirombak demi kesejahteraan pemandu teksi dan Negara
BILA DIKATAKAN BODOH DIA MARAH, TAPI....?
Saya percaya mahluk Allah ni tidak tahu siapa sebenarnya yang selama ini mengiktiraf diri mereka sebagai wakil pemandu teksi.
...
Sebenarnya saya kesian melihat mahluk Allah ini, sini kena tebuk, sana kena cocok, sini masuk wayer, sana masuk hose, makanya selama ini saya hanya mengabaikan status beliau.. Apa nak jadi lah, dah Allah beri peringatan pun, masih tak ingat nak insaf.
Kononnya nak tolong pemandu teksi, tapi dalam masa yang sama dia pajak teksi dan bagi sewa teksi kepada pemandu teksi yang tersepit dengan sistem sewa yang mencekik darah pemandu teksi. Mungkin dia ingat perbuatan dia baik dan tidak diketahui umum.
Inilah dikatakan penyakit hati, manusia bila diserang penyakit hati mereka akan melihat perkara yang benar sebagai benda yang salah, dan melihat benda yang salah sebagai perkara yang benar.
Tapi lebih buruk lagi bila penyakit hati ditahap kratikal seperti hamba Allah sorang ni. Semoga dia dapat hidayah sebelum terlewat.
Thursday, October 8, 2015
UBER MULA MENUNJUKKAN SIFAT YAHUDI MEREKA.
Industri teksi Negara kini tidak ubah seperti keadaan ditebing Gaza, dimana Uber mula menunjukkan sifat sebenar meraka.
Jika keadaan ini masih tidak mampu menyedarkan setiap jiwa pemandu teksi, tifak mustahil, kita semua (warga teksi) akan menerima nasib seperti rakyat Palestin. Ketika itu penyesalan tidak berguna lagi.
Sehubungan dengan itu saya menyeru kepada seluruh warga teksi agar BERSATU hati bersama-sama kami (JKPTLK) memperjuangkan hak kita, sebelum kita menjadi mangsa kerakusan Yahudi.
SPAD harus dirombak. Kerana segala masalah dan musibah didalam industri teksi berpunya dari individu-individu didalam SPAD.
Mereka bukan sahaja tidak berpengalaman, dan tidak berpengetahuan, malah mereka berpendirian seperti Israel. (Syed Hamid Alba sendiri pernah menggunakan perkataan "Israil" kepada pegawai-pegawainya).
Ayuh bersama-sama kami (JKPTLK) meluahkan rasa kecewa dan ketidakpuasan hati kita di Jalan Raya, setelah usaha secara demokrasi tidak diendahkan.
21hb Oktober 2015, kami akan umumkan tarikh perhimpunan besar-besaran warga teksi. Anda semua harus beri sokongan demi masa depan bersama.
PERHIMPUNAN BESAR-BESARAN WARGA TEKSI.
Assalammualaikum & Salam Sejahtera diucapkan kepada semua sahabat-sahabat, terutamanya kepada ahli-ahli PERS1M yang amat dihormati dan dikasihi.
Suka cita dimaklumkan bahawa mesyuarat JKPTLK telah sebulat suara bersetuju mengadakan perhimpunan besar-besaran warga teksi di Pusat Bandar dalam waktu terdekat.
Saya sekali lagi diberi kepercayaan untuk menguruskan perhimpunan tersebut, satu tarikh telah saya cadangkan, dan Alhamdullilah, cadangan saya dipersetujui sebulat suara. Namun penghormatan diberikan kepada Pengerusi JKPTLK bagi mengumumkan tarikh tersebut.
Pengumuman tarikh tersebut akan dibuat dalam sidang media pada 14hb October 2015, bertempat di Restoran Kari Kepala Ikan Sentul, setelah pihak Peguam yang mewakili JKPTLK menamatkan PC mereka.
Sehubungan dengan itu saya pohon kepada semua sahabat-sahabat, terutamanya ahli-ahli PERS1M agar hadir pada sidang media 14hb October 2015 bagi memberi sokongan kepada pihak Peguam yang membantu kita dan kepada JKPTLK yang berjuang memartabatkan hak kita.
Selain itu satu tabung kutipan derma ikhlas akan diadakan bagi mengumpul dana. Namun ditegaskan tiada paksaan, terpulanglah kepada diri masing-masing, nak hulur derma atau sebaliknya.
Cuma..... Tanyalah diri sendiri, sampai bilakah anda akan biarkan kederat anda dirompak dan kerjaya yang menjadi sumber mata pencarian menyara anak bini anda dihina.
Perjuangan memerlukan pengorbanan.
Apakah anda sanggup berkorban, atau anda manusia yang bacul, yang sanggup dikeldaikan?
Persoalannya, sampai bilakah anda ingin hidup dijajah didalam Negara sendiri?
Sekian Terima kasih
"BERSATU KEARAH TRANSFORMASI"
#PERS1M
*sharekan maklumat ini di fb anda, tanda anda seorang pemandu teksi yang mahukan pembelaan, perubahan dan perbaharuan.
Update :
Kita berhampun!!!
Lokasi : Restoran Kari Kepala Ikan Sentul. Masa : 11:30am.
Agenda : Memberi sokongan kepada pihak Peguam yang mewakili kita mengumumkan tindakan mereka dan pengumuman Tuan Pengerusi JKPTLK mengumumkan tarikh perhimpunan besar-besaran.
Sebarang perubahan dimaklumkan kelak. InshaAllah.
07/10/15 UPDATE!!! PENUNDAAN TARIKH SIDANG MEDIA BARISAN PEGUAM.
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Dengan segala hormat, dimaklumkan tarikh sidang media barisan Peguam yang bakal diadakan di Restoran Kari Kepala pada 14/10/2015 terpaksa ditunda pada 21/10/2015, ia berikutan barisan Peguam yang membantu kita menghadapi kesempitan waktu.
Mohon sebarkan info ini kepada semua sahabat-sahabat kita.
Jumpa kami di Restoran Kari Kepala Ikan Sentul KL pada 21/10/15 Jam 11:00 pagi, sebarang perubahan dimaklumkan kelak. InshaAllah.
Tq
Thursday, October 1, 2015
Beza antara pihak yang benar-benar telus dan pihak pembohong.
Hari ini saya telah diundang oleh EN HAJI ABDUL AZIZ dari Persatuan Teksi Rawang bagi membantu beliau berdailog dengan wakil Y.B HAJI ZAIDY BIN ABDUL TALIB (Ahli Dewan Negeri Selangor), MPS dan SPAD. Berhubung 3 masalah yang dihadapi warga pemandu teksi sekitar Selayang.
Seharusnya ucapan terima kasih dan tahniah diberikan kepada pihak YB Haji Zaidy yang prihatin dan bersungguh-sungguh ingin membantu warga teksi di Selayang, saya amat terharu dengan keprihatian beliau.
Saya difahamkan YB Zaidy mahu masalah yang dihadapi warga teksi di Selayang diselesaikan.
Saya diberi kesempatan untuk memulakan sesi mesyuarat, saya telah menerangkan secara terperinci 3 masalah yang dihadapi warga teksi di Selayang, dan seterusnya saya telah mencadangkan kepada pihak PBT.
1. Membuat atau menyediakan satu Perhentian Teksi di Magna Ville Selayang.
2. Sistem Perhentian teksi di Selayang Mall harus dinaiktaraf.
3. Aliran trafik di Hospital Selayang dikemaskini agar memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan teksi.
4. Beberapa langkah-langkah bagi mengelakkan kesesakan di Perhentian Teksi dan melarang sama sekali gejala monopoli oleh mana-mana pihak mahupun dari Persatuan teksi.
Pihak SPAD bersetuju dengan cadangan yang saya kemukakan, namun sedikit mengecewakan apabila SPAD menyentuh isu Uber dan Grabcar, SPAD seolah-oleh bertindak mempertahankan Uber dan Grabcar. Katanya pengguna mempunyai hak memilih perkhidmatan.
Keadaan menjadi sedikit tegang apabila saya mempersoalkan pendirian SPAD, saya bertanya apakah SPAD mengiktiraf Uber dan Grabcar sebagai perkhidmatan sah? SPAD menjawad "TIDAK". Lalu keadan diredakan oleh pengerusi mesyuarat.
Sekalipun saya bersetuju SPAD tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengharamkan Aplikasi Uber dan Grabcar, namun saya percaya SPAD masih mempunyai tanggungjawap memastikan pengguna menggunakan perkhidmatan yang sah, selamat dan seterusnya bertanggungjawap melindungi kebajikan warga pemandu teksi.
Saya berpendapat SPAD seharusnya memberi tekanan kepada SKM dengan memaklumkan bahawa statistik penangkapan jelas membuktikan Aplikasi itu telah disalahgunakan. Tapi kenapa hingga kini Aplikasi itu masih aktif dan terus merompak mata pencarian pemandu teksi?
KESIMPULANNYA
SPAD terlalu gairah mengejar perubahan yang ditiru di Negara Maju tanpa mengambil berat keupayaan pengguna, dan keupayaan pemandu teksi.
SPAD gagal mengenal pasti tanggungjawap dan kewajipan mereka, malah tanpa pengalaman dan pengetahuan, mereka merasakan apa sahaja yang mereka buat adalah betul dan benar, sekalipun mendapat teguran dan bantahan.
RENUNGAN BERSAMA.
Insan yang zalim tidak akan merasakan diri mereka zalim, kerana mereka tidak merasa kezaliman itu, lalu mereka merasakan apa sahaja yang mereka fikir adalah benar dan tepat.
Tuesday, September 22, 2015
SELAGI SPAD TIDAK DITRANSFORMASI. INDUSTRI TEKSI NEGARA AKAN HANCUR DAN WARGA TEKSI AKAN MERANA.
Inilah akibatnya bila Kerajaan meletakkan individu-individu yang tidak berkelayakkan didalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Negara.
Mereka (SPAD) tidak akan mampu mengenal pasti segala masalah-masalah dan perkara-perkara yang amat perlu dititik beratkan bagi merialisasikan pelan transformasi industri teksi Negara.
Sebaliknya mereka akan hanya berpendapat, untuk mentransformasikan industri teksi Negara, mereka hanya perlu melihat kepada dua aspek, dan 2 aspek ini sangat perlu diberi perhatian.
1. Perubahan fizikal.
2. Perubahan cara pemandu teksi berfikir.
Mereka (SPAD) tidak mampu mengenal pasti beberapa perkara-perkara yang lebih penting, yang seharusnya mereka titik beratkan bagi meringankan bebanan warga teksi dan sekaligus merialisasikan pelan transformasi.
Selain itu saya mendapati, SPAD tidak mampu menangani segala masalah yang diajukan warga teksi kepada mereka, malah kebajikan dan ekonomi pemandu teksi tidak dijaga mahupun dilindungi.
APA yang SPAD buat selama ini ialah:
1. Mengalakkan warga teksi menjadi hamba syarikat.
2. Membiarkan kenderaan haram Uber dan Grabcar terus merompak mata pencarian pemandu teksi.
3. Membenarkan permit-permit teksi syarikat dijadikan harta pusaka syarikat teksi.
4. Tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas ribuan permit teksi individu yang dipajakkan kepada syarikat teksi.
5. Mengiktiraf gejala monopoli yang diamalkan beberapa syarikat dibeberapa kawasan, dan banyak lagi masalah-masalah berbangkit yang tidak ingin diselesaikan SPAD.
Saya berpendapat sekiranya Kerajaan benar-benar telus terhadap warga teksi, Kerajaan harus merombak SPAD. Suruhanjaya itu harus diberi nafas baru, agar keyakinan rakyat (warga teksi) berputik kembali.
SAMPAH yang selama ini menyusahkan warga teksi harus dihapuskan.
*Petikaan pengucapan Syed Hamid Alba “Terdapat dua aspek yang perlu diberi perhatian apabila mengubah industri teksi – perubahan fizikal dan mengubah cara berfikir pemandu teksi".
Sunday, September 20, 2015
DIMANA KEPRIHATIAN KERAJAAN TERHADAP WARGA TEKSI BERBANDING ANAK PANDA?
Kini warga teksi semakin terbeban dan tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat tinggi, disamping kepayahan mendapatkan penumpang.
Sebelum ini warga teksi terpaksa memperhambakan diri kepada syarikat, setelah SPAD membenarkan permit teksi dijadikan harta pusaka syarikat teksi dan Kerajaan mempolitikan hasrat membebaskan pemandu teksi dari penjajahan moden.
Selain itu pemandu teksi juga terpaksa menanggung ketirisan penumpang, setelah SPAD tidak bertindak bersungguh-sungguh membenteras gejala perkhidmatan haram Uber dan Grabcar.
Kini warga teksi terpaksa pula menanggung kos operasi yang amat tinggi setelah harga bahan bakar NGV dinaikkan berlipat kali ganda berbanding kenaikan kadar tambang teksi.
Saya pernah dimaklumkan oleh pihak Petronas, bahawa sebelum Petronas memperkenalkan bahan bakar NGV kepada perkhidmatan awam darat Negara, Kerajaan telah bersetuju membenarkan Petronas menjual bahan bakar NGV pada kadar 50% dari harga bahan bakar petro.
Namun diatas keprihatian Kerajaan ketika itu, Kerajaan telah meminta Petronas menjual bahan bakar NGV itu dibawah kadar sebenar, dan diatas rasa simpati dan tanggungjawap, Petronas menuruti pemintaan Kerajaan dengan menjual bahan bakar NGV itu dibawah harga sebenar.
Saya berpendapat sekalipun Petronas wajar mengemaskini harga bahan bakar NGV, namun adalah tidak wajar Kerajaan membazirkan wang rakyat sejumlah lebih kurang RM2,527,482.00 (US600,000) untuk setiap anak panda yang dilahirkan dibumi Malaysia.
Saya tidak pasti selama mana wang tersebut mampu memberi subsidi bahan bakar kepada warga teksi, tetapi yang pastinya subsidi tersebut mampu meringankan bebanan warga teksi (manusia) tanpa menafikan hak Petronas.
Persoalannya: Adakah anak PANDA (binatang) lebih bernilai dari rakyat Malaysia (melayu)?
Kami bukan menentang Kerajaan, tetapi kami kecewa diatas ketidaktelusan dan ketidakprihatian Kerajaan terhadap nasib kami. Janji Kerajaan membebaskan kami dari penjajahan moden, tetapi hingga kini Kerajaan mengabaikan kami.
Saturday, September 19, 2015
SPAD SEBUAH SURUHANJAYA SAMPAH.
Mungkin itulah perumpamaan yang layak diberikan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dikendalikan oleh individu-individu yang bodoh sombong.
Mereka bukan sahaja tidak mampu mentranformasikan industri teksi Negara, malah mereka juga tidak akan pernah mampu menyahut seruan Kerajaan untuk menaiktaraf mutu perkhidmatan teksi Negara.
Lalu mereka menunding jari kepada pemandu teksi, kononya pemandu teksi tidak mahu berubah, wahal telah menjadi kewajiban dan tanggungjawap mereka (SPAD) melindungi dan menjamin kebajikan pemandu teksi.
Tetapi tanpa pengetahuan dan tanpa pengalaman didalam bidang pengangkutan awam darat Negara, mereka telah gagal melindungi dan menjamin kebajikan warga pemandu teksi. Malah mereka (SPAD) tidak telus membebaskan pemandu teksi dari penjajahan syarikat teksi, dan kini SPAD cuba menyalahkan pengguna pula.
Selain itu SPAD dikesan menutup mata terhadap permit teksi individu yang dipajakkan kepada syarikat teksi, tak cukup dengan itu, mereka menambah jumlah permit kepada syarikat dengan helah permit kereta sewapandu pelancongan.
Berhubung kereta sapu, cuba baca dan fahami kenyataan yang dibuat oleh SPAD "Ini yang menyukarkan usaha kita, sebab itu SPAD meminta orang ramai menggunakan perkhidmatan yang sah".
(http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1172356)
SPAD hanya mampu meminta orang ramai menggunakan perkhidmatan yang sah?
Cuba bayangkan jika PDRM juga mengeluh dan hanya meminta orabg ramai, terutamanya penjenayah, penagih dadah, perogol, pembunuh, dan sebagainya mematuhi undang-undang tanpa PDRM sendiri bersungguh-sungguh menguatkuasakan undang-undang. Agak-agaknya apa akan jadi kepada Negara yang tercinta ini?
Dalam isu kereta sapu yang makin berluas-luasa, saya berpendapat ia berpunca diatas sikap SPAD, terutama Syed Hamid Alba yang selama ini mempertahankan Aplikasi Uber dan Aplikasi Grabcar.
Syed Hamid Alba selalu mengatakan Aplikasi tersebut tidak salah, walaupun beliau sendiri tahu aplikasi itu telah disalahgunakan. Saya tidak pasti kenapa beliau terus mempertahankan aplikasi tersebut.
Saya pernah bertemu dengan Syed Hamid Alba dan mengatakan kepada beliau secara bersemuka, bahawa SPAD telah gagal, namun beliau menyangkal dakwaan saya. Tetapi hakikatnya? Mereka kini mengakuinya.
Monday, September 14, 2015
PEMANDU TEKSI MUDAH DIPERALATKAN
Saya amat mengagumi sajak yang ditulis oleh mantan Perdana Menteri Keempat Dr Mahathir Mohammad yang bertajuk "MELAYU MUDAH LUPA".
Diantara petikan sajak beliau "Ingatlah...Wahai bangsaku, Jangan mudah lupa lagi, Kerana perjuanganmu belum selesai".
Hari ini sahabat-sahabatku dari golongan TEKSIM merasa bangga bekerjasama dengan UBER, seperti yang belaku ketika sahabat-sahabat teksi bekerjasama dengan MyTeksi.
• Tapi apa yang belaku setelah MyTeksi mendapat tempat dihati pengguna?
• Apakah keadaan serupa tidak akan belaku setelah UBER juga mendapat tempat dihati pengguna?
• Siapa yang boleh beri jaminan, Aplikasi Yahudi itu akan menghotmati undang-undang Negara dan menghotmati hak asasi kita?
• Dan siapa pula yang boleh beri jaminan bahawa SPAD akan melindungi dan menjamin kebajikan kita semua?
Saya percaya, kerjasama ini dirancang SPAD bagi menjayakan program Migarsi PHV dan program CTS mereka.
Inilah program yang bakal melingkupkan masa depan warga pemandu teksi dan sekaligus meletakkan pemandu teksi secara 100% didalam penjajahan moden.
Pemandu teksi akan dipantau sepenuh masa, dikerah mengambil penumpang, dijadikan alasan membatalkan permit atau dijadikan penyebab permit teksi 7 Tahun (TEKSIM) tidak disambung.
Fikirlah secara bijak wahai sahabat-sahabatku, masa depan kita terletak ditangan kita sendiri.
Ingat sahabat-sahabatku!!!
Bukan bangsa lain yang sedang membinasakan kita, tetapi bangsa yang selama ini merompak, menzalimi dan menyusahkan kita adalah bangsa kita sendiri
APLIKASI DADAH 1MALAYSIA.
Saya bercadang ingin membangunkan sebuah Aplikasi DRUG4U, yang memudahkan orang ramai, terutamanya anak Syed Hamid Alba dan ahli keluarga SPAD menggunakan najis dadah.
Mungkin dengan adanya App seperti ini, pengedar dan penagih dadah akan terselamat dari tindakan undang-undang, seperti yang belaku didalam industri teksi Negara, apabila SPAD yang dipertanggungjawapkan mengendali sistem pengangkutan awam darat Negara bertindak melepas tangan.
SPAD dibawah pentakbiran Syed Hamid Alba tidak bersungguh-sungguh menangani isu pencerobohan yang dilakukan oleh kereta sapu, dulu LPKP dan JPJ bekerjasama membenteras gejala kereta sapu, namun setelah tubuhnya SPAD dan wujudnya Aplikasi Uber dan Grabcar, perkhidmatan haram itu seolah-olah telah dihalalkan SPAD.
PERTANYAAN:
• Apakah PDRM juga akan membiarkan saya (pemilik Aplikasi Drug4U) terus bebas mengaut keuntungan tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang?
• Apakah SKMM akan membiarkan App Drug4U saya terus dimuat turun oleh orang ramai?
• Apakah PDRM akan membuat statement seperti Syed Hamid Alba dan SPAD buat berhubung penyalahgunaan Aplikasi Uber dan Grabcar .
"Ia diluar bidang kuasa kami, tidak ada Akta, aplikasi Drug4U tidak salah, dan orang ramai sukakan dadah"?
Wednesday, September 9, 2015
KEBIJAKSANAAN SPAD MENAMPAKKAN KEBODOHAN SEBENAR MEREKA.
Inilah akibatnya bila sesebuah organisasi Kerajaan dikendalikan oleh manusia yang tidak berpengetahuan dan tidak mempunyai pengalaman, mereka akan merasakan apa sahaja yang mereka buat adalah betul dan tepat.
Maka itu segala nasihat mahupun pandangan dari pihak lain, terutamanya dari pemain industri tidak mahu digunapakai ataupun diiktiraf. Tiada ungkapan yang lebih tepat untuk mengambarkan apa yang sedang belaku didalam SPAD melainkan satu ayat mudah, "BODOH SOMBONG".
SPAD merasakan tindakan yang mereka buat mampu menaiktaraf mutu perkhidmatan teksi Negara tanpa perlu menjaga kebajikan dan melindungi ekonomi pemandu teksi.
PERS1M telah berkali-kali memberi cadangan dan mendesak SPAD agar mewujudkan pelan migrasi lesen pengendali, dimana semua pemandu teksi dijanjikan penganugerahan permit teksi setelah tamat penjanjian sewa beli dengan syarikat tanpa ada tunggakan atau saman.
Cadangan tersebut bukan bermaksud SPAD harus menambah jumlah bilangan Permit teksi, sebaliknya permit syarikat yang diniagakan diataskan keperitan pemandu teksi dimigrasikan kepada permit individu dan seterusnya diserahkan kepada pemandu teksi.
Tetapi SPAD dan Syed Hamid Albar berpendirian tanpa syarikat teksi, pemandu teksi tidak ada kerja, makanya hingga ke hari ini SPAD dan mahluk Allah itu terus membiarkan sebilangan besar permit individu dipajakkan kepada Syarikat teksi.
Saya amat pasti jika pelan migrasi lesen pengendali diwujudkan, seluruh warga pemandu teksi akan berubah sikap, mereka akan lebih berdisiplin dan mematuhi Undang-Undang, malah mereka lebih bimbang melakukan kesalahan, secara tidak langsung keadaan itu meringankan tugasan penguatkuasaan SPAD, dan SPAD boleh menumpukan perhatian terhadap penceroboh industri teksi Negara.
Tapi apa yang belaku hari ini?
● SPAD menjadi pembela kepada Aplikasi Uber dan Grabcar.
● SPAD bermain wayang dengan operasi cabuk mereka membenteras gejala haram (Uber dan Grabcar).
● SPAD membiarkan sebahagian besar permit individu dipajakkan kepada Syarikat teksi.
● SPAD membiarkan syarikat teksi menjadikan permit teksi sebagai harta pusaka.
● SPAD menghukum pemandu teksi tanpa menyelesaikan masalah sebenar terlebih dahulu.
SPAD harus dirombak!
Tapi bagaimana jika Kerajaan sendiri berpura-pura prihatin terhadap masalah pemandu teksi?
*Pelantikan dari kroni dan bukan dari kelayakkan.
Thursday, September 3, 2015
Pengguna di KLIA dan Klia2 sentiasa terdedah dengan penipuan sistem teksi.
Merujuk kepada sebuah catatan seorang pengguna dilaman Facebook, beliau menceritakan pengalaman beliau ditipu pengendali kaunter teksi (Mesra Indah Jaya) di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.
Sebenarnya perkara ini telah lama belaku dan #PERS1M adalah sebuah Persatuan Teksi yang satu ketika dulu sering mempersoalkan ketelusan pengendali kaunter (MIJ) dalam menguruskan aliran teksi dan pengagihan penumpang di Terminal KLIA, mahupun di Klia2.
Ketidaktelusan MIJ sering dibawa ke meja runding bersama SPAD, Segi Astana dan MAHB, namun segalanya hanya sia-sia. MAHB, Segi Astana dan SPAD seolah-olah telah dirasuah.
Mereka (SPAD) bukan sahaja tidak berminat menyiasat laporan yang dikemukakan PERS1M kepada mereka, malah mereka turut memberi jawapan "Setelah membuat siasatan dan penyamaran, perkara yang dilaporkan tidak belaku". Sedangkan PERS1M pernah menyertakan rakaman perbualan dan video kepada mereka.
Kini satu lagi bukti dicatatkan sendiri oleh seorang pengguna dilaman Facebook beliau, sekalipun perkara ini tidak diketengahkan oleh pengguna tersebut, namun ia jelas menjadi bukti diatas laporan yang pernah PERS1M laporkan kepada MAHB, Segi Astana dan SPAD.
Diantara kesalahan yang sering dilakukan MIJ dibawah seksyen 205, mempengaruhi penumpang:
● Mengelirukan penumpang terutama pelancong luar yang ingin menggunakan "BlueCab" kepada teksi berkupon dengan mewarnakan biru pada kaunter teksi berkupon.
● Menafikan perkhidmatan teksi bermeter dengan memberi alasan kepada penumpang bahawa teksi bermeter sudah habis.
● Mengosongkan tapak teksi bermeter, dengan membekukan teksi bermeter dipadang menunggu.
● Memburukkan dan menakut-nakutkan penumpang, kononnya kadar tambang Teksi bermeter lebih mahal dan pemandu teksi bermeter akan menggunakan laluan yang jauh dan sebagainya.
Segala tindakan durjana MIJ ini dilakukan diatas sebab MIJ mengaut untung lebih diatas penjualan kupon, sedangkan penggunaan teksi bermeter sekadar memberi keuntungan RM2 bagi setiap trip perjalanan.
KESIMPULANNYA: Pengguna harus lebih bijak dan harus tegas, hapuskan pembohongan MIJ yang kononnya teksi bermeter mahal atau telah habis.
Sunday, August 30, 2015
Kami telah bersedia menyahut seruan Kerajaan, tapi.....
"Kami telah bersedia menyahut seruan Kerajaan untuk menaik taraf mutu perkhidmatan teksi Negara".
Itulah ikrar yang selalu saya laungkan ketika saya mengetuai atau melibatkan diri didalam mana-mana perhimpuan warga teksi.
Ikrar itu dilaungkan agar ia menjadi satu keazaman disetiap jiwa warga pemandu teksi, supaya mereka akan berusaha menaik taraf mutu perkhidmatan teksi Negara sejajar dengan hasrat Kerajaan.
Namun malangnya Kerajaan sendiri tidak prihatin dan tidak bersungguh-sungguh membantu warga teksi, kebajikan dan ekonomi pemandu teksi terjejas teruk di bawah kendalian SPAD.
Permit teksi makin bertambah dengan longgokkan permit kepada syarikat Pelancongan, walaupun YAB Perdana Menteri sendiri mahu permit teksi diberikan kepada pemandu teksi. Mata pencarian pemandu teksi dirompak Uber, Grabcar dan seangkatan dengannya.
Janji "Penghapusan penjajahan moden" di PRU lepas hanya menjadi satu lipat sejarah, malah rungutan dan keluhan yang di adukan kepada Kerajaan (Perdana Menteri) melalui penyerahan Memorendum pun tidak dipeduli.
Apakah warga teksi satu golongan "BANGSAT" yang mudah untuk diperbodoh-bodohkan? Malang sungguh nasib kami (pemandu teksi).
Watch "10 tuntutan dikemukakan Persatuan Teksi (PERS1M)" on YouTube
https://youtu.be/Us8wzWUyKis
Thursday, August 27, 2015
Persatuan dan pemandu teksi jangan jadi seperti buih sabun.
Sejak akhir-akhir ini saya dapat melihat kebangkitan warga pemandu teksi dan Persatuan Pemandu Teksi dalam membenteras gejala Uber dan Grabcar..
Tahniah diucapkan kepada mereka, namun saya memohon maaf jika kenyataan saya agak tidak menepati kemahuan hati pihak-pihak tertentu.
Sejujurnya saya berpendapat tindakan dan semangat yang ditunjukkan itu tidak mendatangkan sebarang faedah, melainkan hanya membuang masa dan meletakkan diri sendiri didalam kemerbahayaan.
Tindakan tersebut bukan sahaja gagal mengharamkan Grabcar atau Uber, malah pemandu teksi bakal dikenakan tindakan Undang-Undang dengan pelbagai kesalahan yang mampu direka pemandu haram itu.
Dalam satu info yang saya terima, penumpang yang ditahan dan membuat pengakuan menggunakan perkhidmatan haram dibeli (dibayar) syarikat yang empunya Aplikasi, kesudahan penumpang tersebut menafikan pengakuan mereka di Makamah, lalu kes ditutup.
Dalam keadaan yang sama, pemandu teksi yang menahan atau menangkap kenderaan haram bakal disabit kesalahan dengan pelbagai kesalahan, sebagai contoh, mereka boleh didakwa menyebabkan pergaduhan atau menyebabkan kemalangan.
Tugas menahan menangkap dan menyabit kesalahan Uber dan Grabcar adalah tanggungjawab SPAD, JPJ, dan PDRM. Sedangkan kita langsung tidak memiliki sebarang kuasa untuk berbuat demikian.
Saya tahu ketika ini ramai sahabat-sahabat (pemandu teksi) yang terkesan dengan Uber dan Grabcar, namun percayalah kita tidak mampu berbuat apa-apa melainkan kita semua bersatu hati.
Seluruh warga pemandu teksi dan Persatuan Pemandu Teksi harus bergerak didalam sebuah organisasi dan bukannya bertindak bersendirian.
Kita ramai, tapi kita tidak ubah seperti pasir ditepi pantai.
Thursday, August 13, 2015
PENGEDAR DADAH TIDAK SALAH!
"Pengedar DADAH tidak salah dan yang salah, patut ditangkap dan dihukum hanya penagih dadah"
Itulah perumpamaan yang dapat saya ringkaskan bagi menterjemahkan kenyataan yang dibuat oleh manusia yang bernama Syed Hamid Albar bagi masalah Aplikasi Uber dan Aplikasi Grabcar.
Selama ini Syed Hamid Albar sering membuat statement kepada pihak media bahawa Aplikasi Uber dan Grabcar tidak salah, yang salah adalah kenderaan dan pemandu (tidak sah) yang terlibat dengan Aplikasi itu.
Diatas faktor itu, MyTeksi yang menyedari bahawa SPAD yang sedang diterajui oleh manusia terpandai didunia tidak akan menggenakan sebarang tindakan Undang-Undang terhadap mereka (MyTeksi).
Lalu MyTeksi menjadi semakin berani untuk terus mencabuli industri teksi Negara dan dengan secara senyap-senyap MyTeksi sedang menabur pasir ke dalam pemandu teksi.
Sebagai contoh:
Sehingga hari ini MyTeksi bebas mengiklankan perkhidmatan "HARAM" mereka dilaman-laman media sosial dan sebagainya.
Tetapi SPAD hanya mengatakan Aplikasi tersebut tidak salah, dan menasihatkan pemandu teksi yang tersempit dan dihimpit memberi perkhidmatan yang memuaskan.
#PERS1M
Tuesday, August 4, 2015
DERMA RM2.6 BILLION KEPADA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA.
Saya mengucapkan "JUTAAN" terima kasih kepada mahluk Allah yang sudi menderma wang sebanyak itu kepada Perdana Menteri kami.
Saya berharap penderma itu sanggup memberi derma kepada rumah-rumah anak yatim di seluruh Malaysia dan membantu industri teksi Negara.
Dikesempatan ini, dengan rasa rendah diri saya merayu kepada YAB Perdana Menteri agar memberi sedikit sumbangan kepada seluruh warga pemandu teksi, bagi membantu mereka menaiktaraf mutu perkhidmatan teksi Negara dan menjana pendapatan mereka.
Sumbangan yang diharapkan seperti:
● Pengurangan 50% harga kenderaan Nasional mahupun kenderaan bukan Nasional.
● Memberi peluang kedua kepada pemandu teksi dengan membersihkan nama mereka dari senarai hitam perbankan.
● Menamatkan semua kontrak pengendali kaunter teksi diseluruh kawasan, diantara syarikat pengendali dan pemilik premis, supaya semua pemandu teksi boleh beroperasi di seluruh kawasan dan tempat tanpa halangan.
● Membuat Aplikasi Teksi yang dimiliki Kerajaan sepenuhnya, agar dengan adanya Aplikasi milik Kerajaan, ia akan memberi manfaat kepada seluruh warga pemandu teksi tanpa mempunyai niat mengkhianati pemandu teksi Negara. Aplikasi-Aplikasi penceroboh dan pengkianat seperti Uber dan Grabcar termasuk MyTeksi diharamkan sepunuhnya, sebagai satu pengajaran kepada mereka.
Sunday, July 26, 2015
SPAD temui kuasa, tetapi...
Mungkin sesuai saya katakan manusia didalam SPAD adalah sampah, Suruhanjaya itu bakal menyumbang kepupusan kepercayaan dan sokongan pemandu teksi kepada kepimpinan YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak dan kepada Kerajaan.
Mungkin selepas ini warga pemandu teksi tidak akan mempercayai lagi segala janji-janji yang ditaburkan Kerajaan ketika menjelang Pilihan Raya.
Merujuk kepada pertikaian yang dibuat PERS1M dan beberapa pihak kepada SPAD berhubung penceroboh Uber dan Grabcar yang merompak mata pencarian pemandu teksi selama ini, SPAD hanya memberi alasan bahawa isu tersebut diluar bidang kuasa mereka.
Namun pada 30hb Jun 2015 (Selasa) di Majlis pelancaran Kenderaan Operasi Bergerak Armada Penguatkuasaan SPAD, Syed Hamid Albar bercakap kepada pihak berita bahawa kenderaan persendirian yang terlibat dengan Uber, Grabcar dan seangkatan dengannya adalah salah dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat.
Syed Hamid Albar turut menjelaskan kepada pihak berita bahawa kenderaan Sewa & Pandu, dan Kenderaan limosin yang memiliki lesen pengendali boleh dianggap tidak sah jika penggunaan kenderaan itu melanggar syarat yang dicatatkan didalam lesen pengendali mereka.
Tambahan beliau, kebanyakan pemandu Uber dan Grabcar tidak mempunyai lesen memandu Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV), dan itu suatu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Selain itu manusia bernama Syed Hamid Albar telah menjadi HERO kepada Uber, apabila beliau mempertahankan Uber dengan menyatakan kepada pemberita bahawa Aplikasi Uber tidak salah disisi Undang-Undang, sekalipun Syed Hamid Albar sedar Aplikasi itu telah disalahgunakan. Tahniah diucapkan kepada beliau.
PERSOALAN SAYA:
● Kenapa selama ini pertikaian pemandu teksi terhadap Uber dan Grabcar, SPAD hanya memberi alasan "diluar bidang kuasa kami" dan pengguna suka perkhidmatan haram itu?
● Berapakah jumlah sebenar kenderaan Sewa & Pandu dan kenderaan Limosin yang disita diatas kesalahan terlibat dengan Uber dan Grabcar atau tidak ada satu pun kenderaan tersebut dikenakan tindakan Undang-Undang?
● Apakah tujuan sebenar SPAD menambah bilangan Permit Kereta Sewa dan Pandu, sedangkan jumlah permit teksi yang sedia ada telah melebihi keperluan semasa, malah terdapat ribuan kenderaan Sewa dan Pandu tersadai tanpa disewa pelancong?
Statistik : Terdapat hampir 91,000 pemandu telah berdaftar dengan MyTeksi dan GrabCar. Sedangkan pemandu teksi sah Lembah Klang sekitar 40,000. Persoalannya siapakah mereka dari jumlah 51,000 itu?
Kesimpulannya: Jika sahabat-sahabat masih leka dan terus mengamalkan sikap pentingkan diri sendiri, kita semua bakal terkubur.
#SPADharusdirombak.
#PERS1M #SPAD #Uber #Grabcar
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/06/30/SPAD-to-clamp-down-uber-grabcar/
Ikrar pemandu teksi kepada Kerajaan 2015
Kami tidak meminta Kerajaan memberi kemewahan kepada kami, kami tidak meminta Kerajaan memberi kami pelbagai subsidi.
Tetapi...
Kami hanya meminta Kerajaan prihatin dengan masalah kami, kami hanya minta Kerajaan melindungi ekonomi kami, dan memartabatkan kebajikan kami.
Kami bukan sombong atau angkuh.
Tetapi kami yakin tulang empat kerat kami masih mampu berusaha untuk memajukan industri kami dan membersihkan imej kami, serta menampung kos sara hidup kami.
Namun apa yang belaku hari ini, kelihatan Kerajaan tidak prihatin dengan masalah kami, SPAD yang ditubuhkan demi memartabatkan industri kami hanya menabur pasir ke dalam periuk nasi kami.
Jika ini berterusan, kami pasti Pilihan Raya akan datang kami tidak akan lagi memberi sokongan kepada Kerajaan, dan sudah pasti segala janji-janji Kerajaan terhadap kami di Pilihan Raya lepas yang tidak tertunai akan kami pertikaian. Inilah ikrar kami.
PERS1M
Monday, July 13, 2015
SPAD SEHARUSNYA DIROMBAK.
Text pc dari saya:
Hari ini kami berhimpun disini adalah bertujuan mendapatkan penyerahan atau jawapan berhubung penyerahan memorandum bantahan kami terhadap Aplikasi Grabcar milik MyTeksi.
MyTeksi adalah sebuah syarikat penyedia Aplikasi teksi, selama ini kami yang bertanggungjawap memajukan syarikat ini.
Tanpa sokongan dari kami, Aplikasi MyTeksi tidak ubah seperti sebuah sampah.
Namun setelah MyTeksi berjaya dan menguasai industri kami, MyTeksi telah mengkianati kami, MyTeksi menyediakan perkhidmatan haram mereka bagi merompak mata pencarian kami.
Malah lebih mengecewakan, MyTeksi mengelar kami yang hadir hari ini bagi memperjuangkan kesinambungan periuk nasi kami sebagai "PENCEROBOH".
Saya tak pasti sama ada MyTeksi sedar atau pura-pura tidak sedar bahawa mereka yang sebenarnya sedang menceroboh industri kami.
Saya berpendapat segala masalah yang timbul hari ini didalam industri teksi Negara adalah berpunca dari kelalaian dan sikap lepas tangan yang diamalkan SPAD.
Bagi saya SPAD adalah sebuah Suruhanjaya yang paling teruk didalam Negara kita.
SPAD bukan sahaja telah GAGAL menaik taraf mutu perkhidmatan teksi Negara, sebaliknya SPAD telah mengingkari arahan Kerajaan supaya menjaga dan melindungi kebajikan dan ekonomi kami.
Dulu industri kami dibawah pentakbiran LPKP, tapi kami tidak pernah menghadapi masalah seteruk hari ini.
Namun setelah SPAD mengambil alih, kami menghadapi macam-macam masalah, malah dalam satu kajian yang dibuat oleh pihak luar baru-baru ini, Teksi Negara dikenali yang terburuk didunia.
Persoalannya : Haruskan kami dipersalahkan atau SPAD yang seharusnya dipertanggungjawapkan?
Saya difahamkan LPKP dulu dikendalikan oleh individu-individu yang mempunyai pengetahuan dan mempunyai hubung kait dengan system pengangkutan, seperti anggota JPJ dan sebagainya.
Namun didalam SPAD pula ia sangat berbeza, dari beberapa sumber yang boleh dipercayai, saya difahamkan ada diantara pegawai-pegawai tertinggi SPAD terdiri dari bekas wartawan hiburan dan sebagainya.
Mereka ini bukan sahaja tidak berpengetahuan, malah mereka tidak mempunyai pengalaman.
Jadi layakkah mereka ini dikekalkan didalam SPAD?
Biagaimana mereka ini mampu merangka atau mencari jalan penyelesaian bagi menaik taraf mutu perkhidmatan teksi Negara?
Jika ini caranya SPAD dibentuk, saya percaya, hasrat Kerajaan untuk melihat industri pengangkutan awam darat, terutamanya Industri Teksi Negara kita bertaraf dunia tidak akan tercapai.
Kerajaan seharusnya lebih telus dalam melantik individu-individu yang berpengetahuan, berpengalaman dan berkualiti untuk mengendalikan SPAD.
Sebagai satu contoh:
SPAD telah membazirkan wang rakyat, terbang ke Kota Landon dan buat kajian berkenaan system teksi disana, lalu mereka pulang ke tanah air dan ingin melaksanakan system teksi Landon (PHV) di Malaysia.
Persoalanya: Adakah SPAD telah mengkaji keupayaan rakyat Malaysia membayar seperti mana rakyat Landon membayar kadar tambang perkhidmatan teksi mereka?
Kedua - Berapa pula jumlah penduduk Landon jika berbanding jumlah teksi mereka, adakah teksi Negara kita seimbang dengan jumlah penduduk seperti di Kota Landon?
Saya berpendapat di Landon pemandu teksi mereka memperolehi pendapatan yang cukup lumayan, maka itu mereka mampu mengimbangi kos sara hidup dan membaik pulih kenderan mereka.
Sedangkan di Malaysia ia sangat berbeza, pemandu teksi berpendapatan rendah, jangankan nak membaik pulih kenderaan, nak tampung kos sara hidup pun kadang-kadang tak mampu. Itupun masih banyak mulut-mulut yang sedang ternganga mengisap wang kederat kami.
Kami warga pemandu teksi telah bersedia menyahut seruan Kerajaan untuk menaik taraf mutu perkhidmatan teksi Negara dan membersihkan imej kami.
Tetapi bagaimana kami mampu melakukannya sekiranya SPAD hanya tahu meminta kami melakukannya tanpa menyelesaikan masalah kami?
Sehubungan dengan itu kami merayu keprihatinan Kerajaan agar merombak semula SPAD.
Berikan kami sebuah Suruhanjaya yang benar-benar telus memajukan industri kami. Kami tidak meminta Kerajaan membubarkan SPAD, kami cuma mahu SPAD dikendalikan oleh individu-individu yang benar-benar telus, jujur, amanah, berpengalaman, berpengetahuan dan mempunyai sifat insan.
Sekian.
Kamal
Selanjutnya si #PERS1M
Sunday, July 12, 2015
Perhimpunan pemandu teksi di Pejabat Myteksi.
Wahai sahabat-sahabatku, ayuh kita semua berhimpun beramai-ramai di Pejabat MyTeksi.
● MyTeksi telah mengkhianati kita.
● MyTeksi merompak mata pencarian kita.
● MyTeksi bersikap kurang ajar dengan mengelar kita penceroboh, wahal penceroboh sebenar adalah MyTeksi.
Perumpaan seseorang yang masuk ke rumah kita dan menghalau kita keluar dari rumah kita,
Apakah kita cukup bermaruah atau kita bangsa yang bacul?
Diatas kesedaran itu, saya menyeru semua sahabat-sahabatku agar bersatu hati memperjuangkan hak kita.
● Ini periuk nasi kita.
● Ini maruah kita.
● Ini industri kita.
● Ini hak kita dan kita adalah bangsa yang Merdeka.
Ayuh sahabat-sahabatku, ayuh kita berhimpun beramai-ramai di sini (MyTeksi), kita gegarkan MyTeksi yang mengkhianati kita.
Kita yang beri sokongan dan memajukan mereka, kini mereka merompak mata pencarian kita pula, dasar.
Buat pengetahuan sahabat-sahabat, saya telah berada disini menunggu kehadiran sahabat-sahabat semua.
Sampaikan salam saya kepada sahabat-sahabat yang menyokong dan selama ini melaungkan statement berjuang demi memartabat hak pemandu teksi.
Kalau setakat buat statement "Saya sokong dari belakang" baik tak payah, anak saya umur 6 Tahun pun boleh buat. Jangan hanya pandai menggunakan istilah "BERSATU" tetapi hakikatnya hati tidak ikhlas bersatu.
Ini perjuangan untuk memartabatkan hak kita semua dan bukan masanya untuk mencari nama.
☆Keadaan semasa kelihatan beberapa anggota keselamatan milik MyTeksi telah bersiap sedia menghalang kemasukkan pemandu teksi ke kawasan pejabat mereka, malah tempat letak kenderaan yang selalu digunakan oleh pemandu teksi telah ditutup.
Ia jelas membuktikan MyTeksi tidak mahu memberi kerjasama dan jelas membuktikan statement mereka selama ini mahu membela nasib pemandu teksi adalah palsu.
Selanjutnya di Fb page TEKSI & PersimBersatu atau klik #PERS1M.
Terima kasih.
Rialiti Agensi-Agensi Kerajaan Negara kita.
Inilah rialiti Agensi-Agensi Kerajaan kita, bila belaku sesuatu perkara atau musibah, barulah mereka akan bertindak.
Perkara serupa belaku dengan sebuah Suruhanjaya yang paling tidak berguna didalam Negara kita, iaitu SPAD.
Saya tidak bermaksudkan penubuhan Suruhanjaya itu, penubuhan Suruhanjaya adalah satu tindakan yang baik bagi menaiktaraf mutu atau sistem pengangkutan awam darat Negara.
Tetapi yang saya maksudkan adalah individu-individu yang diberi amanah mengendali dan menguruskan Suruhanjaya itu. Mereka bukan sahaja telah GAGAL menaik taraf mutu perkhidmatan teksi Negara, malah mereka telah mengingkari arahan Kerajaan supaya menjamin kebajikan dan ekonomi pemandu teksi.
Hari ini mereka (SPAD) membiarkan industri teksi Negara dicabuli kereta sapu, alasan yang sering diberi "Diluar bidang kuasa kami" atau "Sukar didakwa, kerana modul operasi haram itu menggunakan Aplikasi dan tiada wang tunai".
Cuba belaku kejadian rogol, rompak dan sebagainya, pasti ketika itu #SyedHamidAlbar dan pegawai-pegawainya akan kelang kabut membuat operasi disana sini membenteras operasi haram itu.
Tetapi selagi tidak belaku musibah kepada masyarakat, SPAD yang dikendalikan oleh manusia tidak bertanggungjawap itu akan terus berdiam diri, sekalipun Persatuan-Persatuan Teksi dan Pemandu teksi membuat bantahan.
Mungkin pemandu teksi harus bertindak agresif, menyekat atau menterbalikkan kenderaan yang terlibat dengan Uber dan Grabcar, sehinggalah perkara tersebut menjadi viral dilaman media, barulah ketika itu SPAD, Kementerian Pengangkutan, JPJ, PDRM, SKMM dan sebagainya akan bertindak dan berkerjasama mengharamkan Aplikasi Haram Jadah tu.
Selanjutnya di Fb page TEKSI & PersimBersatu atau #PERS1M
Pemandu teksi ganas digari SPAD.
Merujuk kepada kejadian pemandu teksi digari SPAD, saya mendapat jawapan dari seorang individu yang selama ini menjadi pembela SPAD.
Menurut beliau, pemandu teksi di Larkin sering bertindak "GANAS" sehingga memberi ancaman kepada pegawai-pegawai SPAD yang bertugas.
Pada dasarnya saya bersetuju tindakan gari itu dilakukan kepada mana-mana individu-individu yang melakukan perbuatan jenayah atau memberi ancaman kepada pihak berkuasa, kerana telah menjadi kewajiban kita semua mematuhi Undang-Undang dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
Seikhlas-ikhlasnya saya mengucapkan "TAHNIAH" kepada anggota-anggota SPAD yang menguatkuasakan kuasa yang telah diperuntukkan kepada mereka. Tahniah sekali lagi.
PERSOALANNYA:
● Apakah SPAD akan hanya menguatkuasakan kuasa yang telah diperuntukkan kepada mereka terhadap perkara-perkara yang memberi ancaman kepada pegawai-pegawai mereka sahaja?
● Apakah selama ini SPAD telah menguatkuasakan kuasa mereka bagi melindungi kebajikan dan ekonomi pemandu teksi?
● Apakah "ARAHAN" yang telah diberikan Kerajaan kepada SPAD supaya menjamin kebajikan dan ekonomi pemandu teksi tidak diboleh dianggap sebagai satu kuasa bagi membenteras penceroboh seperti Uber dan Grabcar?
● Kenapakah hingga ke hari ini SPAD tidak pernah membuat kenyataan rasmi secara terbuka kepada masyarakat bahawa kenderaan dan pemandu yang terlibat dengan Uber dan Grabcar tidak sah di sisi Undang-Undang, seperti mana pengumuman rasmi PDRM kepada masyarakat berhubung gejala najis DADAH?
Oooo..... Mungkin saya yang tidak sedar dan tidak faham bahawa pegawai-pegawai SPAD adalah manusia sedangkan kami ini (pemandu teksi) adalah binatang yang tidak perlu dilindungi.
Maka itu SPAD tidak memperdulikan tentang kebajikan dan ekonomi kami. SPAD akan hanya melindungi kepentingan pegawai-pegawai SPAD sahaja....
Cuba saudara Kamaruddin beri pencerahan berhubung perkara yang dipaparkan di dalam Akbar ini.
Ikut kami di page Fb TEKSI & PersimBersatu atau #PERS1M
Saturday, July 11, 2015
Mana operasi revus spad?
Agak-agaknya SPAD akan buat Operasi Revus di Stadium Bukit Jalil, atau SPAD akan buat bodoh sambil memberi alasan "Ia di luar bidang kuasa kami"?
Bilakah SPAD akan membuat kenyataan media memaklumkan kepada masyarakat bahawa Uber menyediakan perkhidmatan yang haram?
Saya berpendapat perkara ini tidak akan selesai selagi ada diantara kita masih membela SPAD.
Seharusnya kita semua bersatu hati menjitukan hala tujuan perjuangan kita untuk mendesak Kerajaan merombak SPAD.
Percaya atau tidak hanya dengan rombakan SPAD sahaja, kita akan berjaya mengekalkan kesinambungan industri teksi kita. Tetapi selagi SPAD tidak dirombak, kita akan semua bakal terkubur.
PERS1M
Friday, July 10, 2015
Perhimpunan Bantah Grabcar - MyTeksi.
📣📣📣 PENGUMUMAN📣📣📣
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Adalah dimaklumkan kepada semua sahabat-sahabat yang dihormati,
Agenda : Perhimpunan Bantahan Grabcar.
Pada : 13hb Julai 2015
Waktu : 09:30 pagi
Tempat : Pejabat Myteksi
Dengan rendah diri saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat agar memberi sokongan penuh kepada Persatuan Pemandu-Pemandu Teksi Subang Jaya (PPTSJ) yang bakal mengadakan 1 perhimpuan di Pejabat Myteksi.
Dari sumber yang saya terima, pihak #MyTeksi telah menghantar text kepada sebilangan besar pemandu teksi dan memaklumkan satu gangguan awam akan dilakukan oleh "PENCEROBOH" (pemandu teksi yang membantah Aplikasi Grabcar).
Adakah layak MyTeksi mengelar pemandu teksi yang berjuang mempertahankan periuk nasi mereka sebagai penceroboh?
Apakah MyTeksi ingin mengistiharkan Aplikasi Grabcar dan perkhidmatan haram mereka sebagai yang punya industri teksi kita?
Tidakkah MyTeksi sedar MyTeksi sebenarnya yang telah dan sedang menceroboh industri kita?
Saya amat mengharapkan sahabat-sahabat semua dapat meluangkan sedikit masa berhimpun beramai-ramai di Pejabat Myteksi bagi menyedarkan MyTeksi bahawa MyTeksi hanya menumpang berniaga didalam Industri kita.
Kita jangan biarkan pihak luar seperti MyTeksi besar kepala dengan kita, selama ini kita lah yang bertanggungjawab menjayakan dan mengukuhkan MyTeksi.
Tetapi MyTeksi membalas jasa kita dengan mengkhianatikita, MyTeksi menyedikan Grabcar untuk merompak mata pencarian kita, malah lagi menyedihkan apabila MyTeksi mengelar kita (tuan rumah) sebagai penceroboh.
MyTeksi terlupa, tanpa sokongan dari kita, MyTeksi hanyalah sebuah syarikat sampah. Dan kini kita wajar jadikan mereka sampah.
Sehubungan dengan itu saya menyeru sahabat-sahabat semua, ayuh kita bersatu. Jangan bimbang dengan ugutan MyTeksi akan menyekat Aplikasi MyTeksi kita.
MyTeksi menunjukkan berani di sebalik ketakutan mereka, kehilangan kita adalah sesuatu yang amat merugikan mereka, mereka boleh terkubur bila kita semua #BAN Aplikasi MyTeksi.
Diharapkan sahabat-sahabat akan hadir dengan mematuhi segala peraturan dan Undang-Undang.
● Sila berpakaian kemas dan berkasut.
● Sentiasa berdisiplin dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa (PDRM).
● Elakkan membawa sebarang banda tajam atau bahaya.
● Elakkan mencetuskan sebarang provokasi dan tindakan ganas.
● Elakkan berjalan dengan membawa sepanduk.
● Elakkan sebarang bentuk Politik.
Semoga dengan tindakan dan kesepakatan kita ini, kita sama-sama mampu mempertahankan kesinambungan mata pencarian kita dari perompak seperti MyTeksi dan Uber.
Kita berjuang bukan atas nama atau kepentingan diri, tetapi kita berjuang demi periuk nasi kita. Kita lah bangsa yang bermaruah dan merdeka.
Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh.
Sila sharekan pengumuman ini. Terima kasih.
PERS1M
Info selanjutnya di Page fb TEKSI & PersimBersatu atau klik #PERS1M.
Hujung bulan selesai isu teksi berkupon.
Thursday, July 9, 2015
Satu penghinaan kepada pemandu teksi oleh MyTeksi
Terima kasih dan Tahniah diucapkan kepada SPAD kerana Suruhanjaya itu telah terbukti sebuah Suruhanjaya sampah.
SPAD bukan sahaja telah GAGAL menaik taraf mutu perkhidmatan teksi Negara, malah SPAD telah ingkar arahan Kerajaan agar melindungi kebajikan dan ekonomi pemandu teksi.
Dan kini MyTeksi pula mengelar pemandu teksi yang berjuang mempertahankan periuk nasi mereka sebagai penceroboh.
Mungkin MyTeksi tidak sedar atau berpura-pura tidak sedar bahawa MyTeksi sedang menceroboh industri teksi Negara dengan mewujudkan Aplikasi Grabcar.
13hb Julai 2015, satu perhimpunan akan diadakan diPejabat MyTeksi.
Baca selanjutnya di Page fb TEKSI & PersimBersatu atau klik #PERS1M. Tq